Bab 64 Laila mengigau

2.7K 148 115
                                    

Amran terkejut melihat Hasmira yang menangis sambil memeluk erat tubuh Hanif.

"Ehhh Mira, lepaslah. Amran dah masuk tu." Hanif merasa malu tiba-tiba pada Amran, kerana lelaki itu sudah tahu dia ada isteri. Dan isterinya sedang ada di bawah.

Perlahan-lahan Hasmira melonggarkan pelukannya dan mengesat air mata.

"Tak elok macam ni encik.... Cik Mira. Berdosa. Tambahan pula dalam bilik bertutup macam ni. Boleh timbul fitnah. Cik Mira pun sebagai seorang gadis kena jaga maruah diri." Amran berani bercakap begitu kerana kelihatannya Hanif agak berlembut dengannya sepanjang dia menjaga lelaki itu. Lagipun Amran tidak mahu dituduh bersubahat, nampak maksiat di depan mata tapi tidak menegur. Nanti dia akan dipersoalkan di kemudian hari.

Mendengar nasihat dari Amran itu, Hasmira terus bangun.

"Sibuklah kau hal orang. Buat kerja kau tu elok-elok....." herdik Hasmira lalu melangkah keluar. Mungkin balik atau mungkin pergi mengadu kepada Puan Hasnah.

Hanif hanya berdiam. Terasa malu pula dia pada Amran.

"Encik dah makan ke belum ni....?"

"Belum lagi, baru nak makan ni..."

Hanif mengangkat pinggan lalu mula menyuap. Lega sedikit dia rasakan dengan perginya Hasmira dari bilik itu. Kebimbangan tetap wujud dalam dirinya. Hasmira seolah sangat mengharap.

Amran hanya memerhati.

"Saya runsing ni. Mira tu macam tak faham. Saya pun tak tahu apa yang dia nak dari lelaki macam saya ni. Nak kata kaya tak juga. Tinggal pun kat rumah ayah saya. Sekarang saya cacat pula. Kerja saya pun masih belum pasti lagi macam mana." Hanif mula berkongsi masalahnya dengan Amran.

"Encik terus terang lah pada dia. Errr , kan encik dah kahwin. Dia tak tahu ke? Cakap je la Cik Laila tu isteri encik." Amran mula memberi cadangan.

Hanif berhenti seketika menyuap makanan.

"Saya dah cakap saya dah kahwin tadi. Saya dah terus terang yang saya tak nak kat dia.... tapi dia entahlah..... saya tak faham pemikirannya macam mana?"

"Encik pun tadi saya tengok tak tolak dia betul-betul. Kita sebagai lelaki jangan lembik sangat. Nanti encik kena lebih usaha lagi menolak, biar dia tahu yang encik memang maksudkannya." Amran tersengih sambil berkata. Dalam sungguh bicara Amran itu.

Geram pula Hanif bila Amran berkata dia lembik. Nasib dia masih belum upaya berjalan jika tidak mahu kena Amran dengannya.

"Encik dah sudah makan kan.... saya bawa pinggan kotor ni turun bawah....."

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Pada pukul 3 petang itu, muncul kawan sekerja Hanif dengan beberapa fail yang tertunggak.

"Maaflah Anif, aku tak melawat kau kat rumah sejak kau balik. Ofis busy sebab kau tak de...."

Hanif memandang jengkel sahaja pada kawannya itu, "Banyaklah ofis busy..... bukan aku yang buat semua kerja kat ofis tu..."

Kawannya hanya gelak suka.

"Kaki kau macam mana. Ada sebulan lagi kan mc kau?"

Hanif memandang kakinya. Dia pun tidak pasti. "Entahlah..... ada rasa pada kaki aku ni, tapi bila berjalan rasa kebas..."

"Kau ada buat fisio tak....?"

"Ada, fisio tu datang dua kali seminggu..."

"Oooo....." kawannya menggangguk-angguk sahaja sambil menyentuh kakinya.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now