Pada malam itu, hanya Laila Azwa dan Encik Marzuki sahaja makan bersama di meja makan.
"Laila kena banyak bersabar. Hanif tu tertekan dengan peristiwa Laila lari dulu tu. Dan sekarang dia pula tak boleh berjalan. Jadi ayah harap Laila jangan buat keputusan semasa hati berada dalam keadaan tidak tenang."
Encik Marzuki masih menasihati Laila Azwa. Jika Laila Azwa tetap dengan keputusan untuk berpisah pasti ada masalah yang timbul kerana Laila Azwa sedang mengandung.
Laila Azwa hanya berdiam dan terus menyuap makanan. Tidak tahu untuk membalas bicara Encik Marzuki. Lagipun apa yang akan dia lakukan hanya mengikut permintaan Encik Hanif. Sudah orang tidak suka, takkan dia nak terhegeh-hegeh pula.
Sebelum mereka makan tadi Laila Azwa telah membantu ibu mertuanya makan. Walaupun agak sukar, tapi tidaklah sedegil Hanif. Manakala Hanif pula tadi di bantu oleh Encik Marzuki untuk makan.
"Nanti sebelum tidur Laila beri Hanif makan ubat. Ubat tu ada dalam bekas dekat meja tepi katil tu....." Pesan Encik Marzuki. Dia sudah selesai makan dan berura-ura untuk ke biliknya.
"Baik ayah...."
Laila Azwa bangun mengemas meja dan kemudian mengumpul pinggan mangkuk yang kotor untuk dibasuh.
Selesai kerja di dapur Laila Azwa mendaki anak tangga menuju ke bilik Hanif. Debaran di dada mula menjelma. Memang Laila Azwa berasa takut, kerana ini merupakan malam pertama dia akan tidur sebilik dengan Hanif sejak mengetahui Hanif adalah suaminya.
Terfikir juga Laila Azwa patutlah Hanif merogolnya dulu tanpa mengira dosa. Rupanya Hanif memang sengaja berbuat begitu sebab tahu mereka suami isteri.
Perlahan-lahan Laila Azwa membuka pintu bilik itu. Hanif kelihatannya sudah memejamkan mata, tidur mungkin. Laila Azwa menarik nafas perlahan memikirkan pesanan Encik Marzuki tadi. Dia perlu beri ubat kepada Hanif sebelum tidur.
Laila Azwa menghampiri meja kecil itu. Beberapa sampul ubat dibuka. Tiga jenis ubat di letakkan di dalam bekas kecil. Dia memandang sekejap ke wajah Hanif yang sedang tidur itu.
'Macam mana nak kejutkan dia? Dia marah tak nanti?' Laila Azwa gusar, tangannya perlahan-lahan menyentuh bahu Hanif. Hatinya merasa kecut dek kerana kerisauan. Perangai Hanif bukan boleh dijangka. Silap haribulan terbang ubat itu ke lantai. Namun Laila Azwa perlu juga mengejutkannya.
"Encik..... encik.... bangun makan ubat dulu...."
Hanif masih memejamkan mata. Entah tidur entah pura-pura pun tiada siapa yang tahu.
"Encikkk.... encikkkk....." Laila Azwa kuatkan sedikit suara dan gerakan tangannya pada bahu Hanif.
Apa yang Laila Azwa dapat seperti yang dijangka adalah tempikan kasar Hanif.
"Apaaaa!!!!!!"
Terkedu Laila Azwa dengan tengkingan Hanif padanya.
"Err, encik tak makan ubat lagi....." perlahan suara Laila Azwa kerana terperanjat.
Hanif menjeling ke arah ubat yang ditunjukkan di atas meja sisi katil.
"Menyibuk je. Kau tak nampak ke aku dah tidur?" Hanif merengus marah.
"Maaf, tadi ayah pesan kena bagi encik makan ubat dulu sebelum tidur."
"Huh...." Bosan dia mendengar asyik ayah pesan , ayah pesan saja sejak dia kembali ke rumah ini. Takde benda lain yang keluar dari mulut Laila Azwa.
Melihat Hanif yang seperti bertenang itu, Laila Azwa mengambil bekas ubat dan mengunjukkan ke arah Hanif.
"Tak boleh tengok orang senang...." rungut Hanif sambil merampas bekas ubat itu dengan kasar dari tangan Laila Azwa.
"Air, encik...." Laila Azwa menghulurkan air pula. Nasib kali ini air itu tidak dirampas kasar. Mungkin tidak mahu katilnya basah mungkin.
Setelah menelan ubat dan meneguk sedikit air, Hanif terus memejamkan matanya. Tinggallah Laila Azwa terkebil-kebil berdiri di sisi katil. Memikirkan macam mana dia nak tidur di sisi Hanif. Ruang yang diambil oleh Hanif atas katil itu lebih dari separuh katil. Nasib badannya kecil sahaja. Mungkin muat kut, fikir Laila Azwa.
Harap malam ini dia tidak tidur buas, mana tahu terkena Hanif pula, tidak pun mungkin dia jatuh katil kerana sikit sangat ruang untuknya atas katil itu. Bermacam-macam yang bermain di fikirannya saat ini.
Laila Azwa memasang lampu tidur. Lampu utama dipadamkan. Malam itu Laila Azwa memakai baju tidur biasa sahaja berlengan panjang dan seluar panjang dari jenis kain cotton bercorak kartun upin ipin.
Dengan berhati-hati Laila Azwa menaiki katil itu. Dia tahu Hanif belum tidur, hanya mata sahaja pejam. Merasa lega kerana Hanif terus memejamkan mata seperti tidak hiraukan pergerakannya di sisi lelaki itu.
Laila Azwa berusaha memposisikan dirinya di ruang sempit itu. Kemudian dia meletakkan kepala di bantal. Dia melepaskan nafas lega kerana Hanif tidak menengking atau menolak dia.
Oleh kerana terlalu letih dengan aktiviti mengemas dan memasak tadi, maka dengan cepat Laila Azwa terlena. Lagipun dia tidak perlu risau Hanif merogolnya lagi, kerana lelaki disebelahnya itu sudah tidak berdaya untuk berbuat apa-apa.
Hanif sebenarnya agak sukar untuk tidur apabila ada orang asing di atas katilnya. Tapi oleh kerana pengaruh ubat penenang yang dimakan tadi, maka perlahan-lahan mata dan mindanya berlayar ke alam mimpi.
Lama mereka tidur hingga entah ke pukul berapa. Tiba-tiba...
"Arghhhh.... makkk...."
Kedebuk Laila Azwa jatuh ke lantai.
Terjerit Laila Azwa terkejut dan sakit. Memang betullah sangkaannya sebelum tidur tadi. Dia menggosok-gosok belakang badan dan punggungnya yang sakit mencecah lantai itu.
Hanif juga terkejut mendengar seperti bunyi nangka busuk sedang gugur, terjaga dari lenanya. Sempat dia menoleh melihat Laila Azwa yang tidak ada di sebelahnya tetapi terselit di celah katil. Mendengus geram Hanif kerana tidurnya terganggu. ''Perempuan apa entah tidur sampai jatuh katil." kutuk Hanif dalam hati.
"Hoiii.... kau tidur jangan bising boleh tak? Kau ni tak pernah tidur atas katil apa. Entah apa punya perempuan lah kau ni. Aku ni dah la sakit, boleh jadi bertambah sakit dengan kau ni." Hanif menarik bantal kecil menutup mukanya. Semoga dia boleh tidur semula.
Kalau tidak kerana arahan dari ayahnya, sudah lama Laila Azwa dihalaunya keluar dari bilik itu.
Laila Azwa hanya diam tidak menjawab. Perlahan-lahan dia bangun dari tepi katil itu untuk naik semula ke atas katil. Terasa malu juga dia, pertama kali tidur bersama suaminya, dia sudah tunjuk sikap yang tidak sepatutnya. Terasa macam budak kecil lah pula . Nasib keadaan bilik itu hanya di sinari samar-samar lampu tidur. Jadi wajahnya yang memerah kerana malu tidak kelihatan.
Sempat juga Laila Azwa berfikir yang suaminya itu memang tidak berperasaan. Kalau orang lain mungkin sudah menghamburkan ketawanya melihat kejadian dia jatuh katil tadi.
"Hati beku betullah Encik Hanif ni." Sempat Laila Azwa mengutuk Hanif dalam hati.
Akhirnya dalam kekalutan itu, Laila Azwa terlena semula. Harap Laila Azwa tidak terjatuh katil lagi.
/Bersambung.
Tadaaaaa. Terimalah bab baru BDL. Semoga yg membacanya akan terhibur.
Terima kasih D ✌️😍🌹 dan semua✌️🌹🌹💐 yang sentiasa support cerita sab. Doa Sab semoga anda semua sht sejahtera dan dilindungi Allah SWT sentiasa. Aamiin.
Take care#staysafe...✌️🌹🌹💐🤩.
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...