Bab 42 Cubaan Hasmira

2.1K 111 119
                                    


Setelah keluar dari perkarangan balai polis, Hanif memang rasa membahang sahaja kemarahannya kepada Laila Azwa. Hanif telah berjumpa dengan kawannya seorang anggota polis di balai itu. Dia perlu mendapatkan pandangan rakannya itu sebelum membuat laporan berkaitan Ikram. Dia takut jika polis ingin menyiasat Laila Azwa pula, pasti banyak benda yang terbongkar. Baik tak baik , nanti tidak pasal-pasal dia pulak yang masuk penjara dengan Ikram.

Oleh itu dia masih memikirkan hal yang berkaitan dengan Ikram dan Laila Azwa.

Hanif sebenarnya ingin segera memandu pulang ke rumah. Dia ingin segera bersemuka dengan Laila Azwa bagi melepaskan rasa marah dan cemburu yang meluap-luap dalam dirinya. Suami mana yang dapat bertahan jika melihat video kecurangan isteri. Kerana semua itu ada dalam dirinya dia terlupa memikirkan yang Laila masih dara sebelum itu dan mana mungkin cerita itu adalah benar.

Namun hajatnya itu terbantut bila seseorang datang menegurnya.

"Ehhh, abang Hanif!!!!!"

Namanya dilaung oleh seorang.

Hanif menoleh ke arah suara itu. Dia terdiam seketika. Kelihatan Hasmira menuju ke arahnya.

"Abang dari mana ni? Balai polis ke?" tanya Hasmira sambil melihat ke balai polis.

Hanif tidak dapat mengelak sebab dia baru keluar dari perkarangan balai polis. Mesti Hasmira sudah melihatnya.

"Haah...ada hal sikit tadi, tapi dah selesai dah. Ni abang dah nak balik." Hanif ingin segera pergi kerana risau Hasmira akan bertanya lebih lanjut lagi.

"Alaaa, abang ni... baru kali ni Mira dapat jumpa abang. Selalu ajak abang keluar asyik sibuk je." Hasmira mula beraksi manja.

Hanif segera melihat jam. Sudah hampir ke pukul dua petang.

"Betul, abang busy ni..." Hanif memang sudah tidak sabar untuk balik ke rumah sementara darjah kemarahannya masih di puncak. Sekarang Hasmira melambatkannya pula. Rasa seperti naik sekali ganda marah itu, tapi dia mengawal riak wajahnya sebaik mungkin di depan sepupunya itu.

"Alaaa abang... jom la teman Mira kejap. Mira belum makan lagi. Tadi Mira ada perjumpaan dengan klien syarikat tentang kerja. Ni baru habis. Jom laaa abang..." Hasmira beraksi lagi manja sambil meliang liukkan badannya sambil menyentuh lengan Hanif. Dia menggerak-gerakkan kedua kakinya macam budak kecil mahukan ice cream sahaja.

Hanif merenung seketika wajah Hasmira. Memang seksi dengan blaus yang sedikit ketat. Kemudian matanya turun lagi ke bawah, melihat betis Hasmira yang terdedah nampak cantik dan putih. Hasmira hanya memakai skirt pendek paras lutut. Naluri lelakinya mengatakan Hasmira memang cantik. Dia menelan air liur. Terliur pula melihat Hasmira yang ala-ala gedik manja macam kucing parsi itu.

"Abang ni , kenapa tengok Mira macam tu?" Hasmira terperasan pandangan Hanif padanya, tapi dia sangat suka sebenarnya.

"Ohhh... errrr, jom lah kita pergi makan." Hanif termalu sendiri , menyebabkan dia spontan menurut ajakan Hasmira. Lelaki kan mudah cair bila umur dah terlalu dewasa, digoda pula oleh gadis muda yang seksi dan jelita. 😂😂😂

Hanif membawa Hasmira makan di sebuah restoran. Dia juga belum makan sebenarnya dari tadi sejak membelasah Ikram. Lapar dan marah. Nasib tidak balik terus ke rumah. Kalau tidak memang naya Laila Azwa kena makan oleh Hanif.

Sementara menunggu makanan yang dipesan, Hasmira mula berfikir untuk menjalankan siasatannya. Dia telah mendapat tahu cerita isteri Hanif lari semasa persandingan dari Hanisa.

Suatu masa dahulu, Hasmira di zaman umur masih setahun jagung, dia ada perasaan pada Hanif. Namun dia takut untuk luahkan perasaanya kerana wajah Hanif yang garang serta serius. Malah kadangkala Hanif berperangai baran. Sekarang lain cerita sebab Hasmira sudah berani, mungkin kerana umurnya yang sudah dewasa atau kerana pengalaman belajar di luar negara memberi keberanian dan keyakinan diri.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now