Bab 43 Sudah tiada kesabaran lagi

2.2K 122 131
                                    

Laila Azwa termenung di biliknya setelah siap memasak untuk makan tengahari. Suria pastinya berada di bilik Puan Hasnah kerana melayan perempuan itu.

Sesekali Laila Azwa merasa leher dan dahinya. Terasa seperti sedikit panas. Tadi semasa memasak memang dia merasa tidak sedap badan. Dia terfikir mungkin disebabkan panik melihat Ikram ditangkap oleh orang yang tidak dikenali menyebabkan dia jadi begitu. Namun hingga ke tengahari dia merasa loya pula semasa memasak tadi.

"Demam kut," katanya sendiri.

Laila Azwa mengambil tuala dan berlalu ke bilik air untuk mandi bagi menurunkan suhu badannya. Dia mengambil sabun mandian dan meletakkan ke tapak tangan. Haruman sabun mandian itu semerbak mewangi di dalam bilik air , tetapi kesan wangian itu kepada Laila Azwa adalah sebaliknya.

"Uwerrkk... uwerrkk...uewrk..."

Laila Azwa terus muntah. Habis makanan yang dimakan sebentar tadi keluar. Dia juga menjadi pening lantas terduduk di lantai bilik air itu.

Setelah agak beberapa lama, pening dan muntahnya berkurangan, Laila Azwa bangun dan terus mandi.

"Kenapa muntah pulak ni?" Dia bertanya sendiri sambil mengelap badannya..

Dia teringat semasa di kampung dahulu, jika ada perempuan yang baru kahwin, muntah sahaja mula dikatakan mengandung oleh penduduk kampung.

Laila Azwa sudah berdebar. " "Aku mengandung ke?"🤭 Fikirnya dengan penuh kerisauan sambil memegang perutnya dan melihat ke cermin.

Dia mula memeriksa pada kalendar untuk melihat tarikh period terakhirnya.

"Ya Allah...apa aku nak buat ni?" Laila Azwa bertambah gentar bila tarikh datang periodnya ternyata sudah melewati tarikh sepatutnya.

Dalam kecemasan itu, Laila Azwa berfikir untuk ke klinik. Lantas dia bersiap ala kadar.

Laila Azwa keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Puan Hasnah di tingkat atas.

"Kak Suria... saya nak ke klinik... rasa macam nak demam..." Laila Azwa memberitahu Suria kerana takut nanti dia mencarinya pula.

Puan Hasnah kelihatan tidur sahaja, mungkin sudah kekenyangan.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Laila Azwa menaiki grab ke klinik yang berdekatan dengan kawasan perumahan itu. Dia menggunakan duit lima ratus ringgit yang tidak sempat diambil oleh Ikram tadi. Jika tidak entah duit mana yang hendak digunakannya.

Tiba di klinik satu masalah lagi timbul. Laila Azwa tidak ada kad pengenalan. Nasib baik nombor ic masih dia ingat.

"Minta kad pengenalan cik..."

Terkesima Laila Azwa.

"Errr, saya tertinggal kad pengenalan di rumah, sebab kelam kabut nak datang sini tadi..." Apa lagi alasan yang dia ada. Terpaksa dia berdalih begitu.

"Ooo, bagi nama cik dengan nombor kad pengenalan. Nanti kalau datang lagi bawa kad pengenalan ye..."

Nasib kerani di kaunter klinik itu mahu bertolak ansur.

"Nama saya Laila Azwa binti Abdul Hadi . No ic 000220-08-2020."(rekaan semata-mata)

Kerani itu merenung sekejap wajah Laila Azwa.

"Betul cik, tu nama saya dan nombor ic saya..." tegas Laila Azwa.

"He he he...ye ... tapi cantik nombor ic cik ni. Nombor 2 dan 0 je. Senang nak ingat," jelas kerani itu sambil  tersenyum.

"Oohh..." Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari bibir Laila Azwa. Ingat apalah tadi. He he... Ada ke nombor ic orang lain yang macam ni... Peaceee.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now