Bab 19 Plan Hanif

2K 107 74
                                    

Laila Azwa duduk di sofa rumah sewa yang disediakan oleh syarikatnya. Ada beberapa orang lain lagi dalam rumah sewa yang mempunyai tiga bilik tidur itu. Terasa getar juga hidup bila terpaksa berkongsi bilik dan tidur dalam keadaan tidak selesa. Terkenang biliknya yang serba lengkap di kampung, ada penghawa dingin dan bilik air sendiri  yang ayahnya sediakan. Walaupun Laila Azwa merasa sesal, tapi untuk pulang ke kampung tidak sama sekali. Dia takut akan kemarahan ayahnya, maki hamun ibu tirinya dan juga takut akan suaminya yang tua itu.

"Okey tak Laila kerja hari ni... dengar kak Su cerita kau kena marah hari ni..."

Suraya tidak tinggal sekali di situ. Suraya masih lagi tinggal bersama abang dan kakak iparnya. Mereka ada juga mempelawa Laila Azwa terus tinggal bersama mereka, tapi Laila terasa malu. Pada waktu yang sama, Laila juga takut Ikram menjumpainya kerana dia pasti rumah bilal masjid itu di dalam kawasan yang sama dengan tempat tinggal Ikram.

"Haah...  ada seorang staff kat situ marah Laila. Laila bukan salah pun...  tapi dia orang ada cakap yang dia memang baran... tapi Laila okey je..."

"Kau kena banyak sabar. Kerja tukang cuci macam kita ni memang orang pandang rendah. Semua tak betul..." Nasihat seorang teman serumah Laila Azwa.

"Ye lah kak... lagipun Laila baru dua hari kerja, memang belum pandai lagi. Sebab itu kena marah."

Laila Azwa sedang menerima secara positif pertukaran rentak hidupnya dalam masa lima bulan itu. Perbagai perkara yang dia alami, terasa teruja bila melarikan diri bersama Ikram, kemudian terasa indah hidup dalam kebebasan. Namun semua itu hanya seketika cuma. Dia dikejutkan dengan perubahan drastik Ikram. Perubahan itu memang memberi impak yang besar dalam hidupnya hingga dia terpaksa melarikan diri lagi dari nafsu buas manusia.

Saat itu baru dia kenal erti hidup bersama keluarga. Dia memang merasa rindu pada ayahnya, tetapi kemarahan ayahnya memadamkan api rindu itu.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Memasuki rumahnya pada petang itu setelah pulang dari kerja, Hanif terus mencari ibunya di dalam bilik. Kelihatan ibunya telah siap dimandikan dan berpakaian kemas di atas katil.

"Terima kasih kak..." ucap Hanif Mikail kepada pembantu yang diupah itu.

"Sama- sama. Ni, akak balik dulu ye... pagi esok kak datang lagi. Masakan pun akak dah siapkan. Nanti tolong panaskan aje bila nak makan." ujar pembantu itu pula.

Pembantu itu hanya bertugas semasa mereka keluar bekerja sahaja. Bila Hanif dan ayahnya pulang, pembantu itu akan pulang ke rumahnya.

"Ye lah kak..." balas Hanif.

Hanif duduk di disisi ibunya. Puan Hasnah memandang wajah Hanif. Tangan kirinya mengapai ke pipi anaknya. Hingga kini pun, Puan Hasnah masih berduka cita  perihal anaknya.

Hanif mencapai tangan ibunya dan menekup tangan tua itu ke pipinya. Dia ada perkhabaran buat ibunya. Dia ingin berkongsi berita tentang perjumpaan Laila Azwa dengan ibunya.

"Ibu... Hanif dah jumpa perempuan itu. Hanif janji akan bawa dia balik ke rumah ini."

Terbuka luas mata Puan Hasnah bila mendengar Hanif akan membawa balik Laila Azwa ke rumah mereka. Puan Hasnah ingin berkata sesuatu, tapi percakapannya tidak tentu butir.

"Uhhh... gan... bu... ak... uka... erai-erai." Susah payah Puan Hasnah bertutur hingga berjijir air liurnya kerana geram.

Hanif segera mengelap air liur itu dengan tuala yang memang sudah sedia ada di situ.

"Ibu, Hanif faham, Hanif faham... Ibu tak suka dia kannn..." Hanif memeluk ibunya erat.

Dia tahu maksud percakapan ibunya itu. Ibunya tidak mahu dia membawa masuk Laila Azwa ke rumah itu dan ibunya hendak dia ceraikan gadis itu. Mana mungkin dia ceraikan selagi dendamnya tidak terbalas.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now