Bab 73 Tidak Puas Hati

2.3K 144 138
                                    


Puan Hasnah tidak puas hati dengan berita yang didengarnya dari mulut Puan Natrah tadi. Menyirap darahnya dengan mulut Puan Natrah yang tidak ada insuran menghina dia dan anaknya cacat. Lebih lagi hatinya tidak senang dengan berita yang Laila Azwa mengandung.

"Perempuan bodoh! Kau anak beranak memang suka menyusahkan orang. Aku takkan biarkan anak kau terus tinggal dekat rumah aku ni lah..." Terjerit kecil Puan Hasnah di dalam biliknya.

Krik...

Daun pintu biliknya dibuka. Terjengul wajah Encik Marzuki di dalam bilik itu.

"Apa yang Has jeritkan tu. Sampai dengar kat luar pintu bilik tadi. Ni, Encik Hadi dan keluarga dia dah balik dah. Encik Hadi kirim salam kat Has."

Tanpa menyahut salam yang disampaikan oleh suaminya, wajah Puan Hasnah mencuka. Langsung tiada riak gembira di wajahnya.

"Kenapa masam je ni? Salam Encik Hadi tu pun Has tak jawab. Tadi abang risau juga bila Puan Natrah nak jumpa Has. Abang takut Has tak suka dan tak layan Puan Natrah tu elok-elok." Encik Marzuki melabuhkan duduknya di atas katil menghadap Puan Hasnah yang berada di atas kerusi roda.

Bertambah sakit hati bila suaminya asyik bercerita pasal keluarga yang dibencinya itu. Boleh pula suaminya risau dan ambil berat pasal keluarga budak Laila Azwa itu. Takut pula dia tidak melayan dengan baik keluarga menantu kesayangannya.

"Yang abang tu risaukan sangat pasal dia orang tu dah kenapa? Dia orang tu penting sangat ke pada abang? Untuk pengetahuan abang memang Has tak layan pun besan kesayangan abang tu. Menyampah Has."

Terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Puan Hasnah, Encik Marzuki beristighfar. Patutlah Puan Natrah hanya menjamah sahaja makanan yang dihidang tadi dan segera mengajak Encik Hadi balik. Rupanya ada yang tidak kena antara Puan Natrah dan isterinya.

"Terpulang lah pada Has. Lagipun jangan ikutkan dendam di hati tu sangat. Nanti diri sendiri yang susah nak bahagia. Has fikirlah yang mana baik dan tidak baik. Has bukan budak-budak lagi yang perlu abang ajar dan tegur selalu." Sejurus berkata begitu, Encik Hadi ke bilik air . Mungkin untuk mandi kerana hampir hendak masuk waktu maghrib.

Puan Hasnah hanya memerhatikan sahaja . Dia nekad dengan tujuannya memisahkan Hanif dan Laila Azwa.. Tentang kandungan Laila Azwa dia tidak mahu bertanya suaminya. Biar dia sendiri buat Laila Azwa rasa tidak selamat dan mungkin akan ambil keputusan untuk keluar dari rumah itu sendiri.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

"Sayang risau ke bila Najwa kata abang cacat? Sayang menyesal ke tak tinggalkan abang hari tu? Mesti sayang rasa serba salah bila dengar kata-kata Najwa tu kan?" Bertujah-tujah pula soalan Hanif buat Laila Azwa. Laila Azwa yang sedang melipat baju dan menyusunnya di dalam almari menoleh ke arah wajah Hanif. Nampak muram sahaja wajah suaminya itu.

"Kenapa pula Laila nak rasa menyesal? Najwa tu bercakap ikut mulut dia sahaja. Kan abang boleh sembuh. Lagipun kalau abang tak sembuh pun Laila takde langsung nak menyesal."

Memang dari riak wajah Laila Azwa nampak ikhlas dan jujur. Mungkin Hanif sahaja yang berprasangka begitu.

Laila Azwa yang sudah selesai mengemas kain baju dan menyusunnya dalam almari, menghampiri Hanif. Tangan suaminya dicapai dan digenggam erat.

"Abang dengar sini. Laila takkan tinggalkan abang melainkan abang ulang perangai abang yang panas baran macam dulu. Laila rasa takut kalau abang baran macam dulu. Kalau abang nak tahu, abang dah serupa singa yang dalam zoo tu kalau marah. Cuma singa kat zoo tu lagi sweet dan romantik sikit dari abang." Laila Azwa cuba menyembunyikan senyumannya bila melihat wajah suami yang sudah bertukar kelat .

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now