Bab 9 Niat Di Hati Mereka

1.8K 107 107
                                    

Lagu Tergantung Sepi...

Laila Azwa mengeliat keletihan. Rasa mengantuk masih ada. Ketukan pada pintu biliknya itu membuat dia terpisat -pisat bangun dari tidurnya. Sambil menguap dengan rambut yang serabai serta kusut , dia bangun membuka pintu bilik itu.

"Arghhhh!!!... " Terjerit sekejap Ikram melihat rupa paras Laila Azwa yang asli tanpa make up. Mengurut dadanya yang bidang itu. Fikirnya hantu Mak Limah menemani Laila Azwa tidur.

Masih cantik gadis itu sebenarnya,  tapi dengan keadaan rambut panjang Laila Azwa yang kusut ke depan seperti pontianak menyebabkan Ikram terkejut. Yelah,  manalah Ikram pernah melihat keadaan Laila Azwa begitu. Selalu Laila Azwa menyolek wajahnya dan rambut sentiasa terurus.

"Arghhhh!  Mak... " Laila Azwa juga terkejut mendengar jeritan Ikram.

Dia menyelak rambutnya ke belakang.

"Nape? " soalnya sambil bergerak semula ke tilam. Masih mengantuk.

"Abang terkejut. Ingat hantu tadi... " jawab  Ikram jujur.

Laila Azwa tidak membalas tetapi seperti ingin merebah diri semula ke tilam. Ikram menghampiri dengan debaran.  Apa tidaknya,  Laila Azwa memakai baju t-shirt tanpa lengan dan berseluar pendek paras lutut. Tidak pernah dia menyaksikan Laila seksi begitu setakat ini. Hatinya jadi tidak menentu. Fikirannya pula jangan diceritakan lagi.  Mula menerawang menjangkau batasan. Lebih lagi bila melihat peha Laila yang putih gebu itu.  Air liur Ikram pun terasa nak meleleh aje . Sabar Ikram...

"Sayang nak tidur ke? " soal Ikram sambil duduk di tilam itu,  di sisi Laila Azwa yang sudah pun berbaring semula. Bertambah berdebar jiwa Ikram. Laila pula selamba aje, tidak terasa curiga sedikitpun pada Ikram.

"Ermmm,  mengantuk... " jawab Laila ringkas.

Ikram mendengar suara itu seperti lunak sahaja. Berfikir ada ke Laila Azwa sedang menggoda dia,  atau mungkin Laila Azwa tidak kisah hubungan sebelum nikah.  Ikram merasa dia juga tidak kisah asalkan jangan Laila Azwa mengandung sudahlah. Sampai ke situ fikiran Ikram.

Ikram mula tersenyum gatal. Perlahan dia menyelak rambut Laila Azwa yang panjang itu. Dia menatap wajah Laila Azwa sepuasnya. Menilik tubuh Laila Azwa yang sedang berbaring itu. Tidak pula Laila Azwa menepis tangan kekar itu.

"Huhhh! Tidur pun nampak cantik juga. " Ikram sudah rasa terpancing.

Dia tanpa berlengah mengusap wajah Laila Azwa. Menundukkan wajahnya untuk mencari bibir gadis itu. Laila dalam mamai itu merasa tidak selesa seperti ada yang melata wajahnya, lalu dia menepis tangan Ikram dan beralih baringan.  Tidak kesampaian niat Ikram.

Ikram ingin mencuba lagi. Dia hendak mencium telinga Laila Azwa yang terdedah pada pandangan matanya. Melihat telinga sahaja pun Ikram merasa ingin menciumnya. Hidungnya mencecah telinga Laila Azwa.

Tanpa diduga,  gadis itu bingkas bangun. Terasa kegelian pula pada telinganya.  Terkejut dia bila hidung ikram tersentuh telinga comelnya.

"Abang buat apa ni...!??" Laila Azwa menjauh diri dan mengesat-ngesat telinganya.

"Ala,  abang cium sikit aje..." Ikram merasa seperti tiada kesalahan pun.

"Mana boleh?  Kita kan belum kawin.  Berdosa tau tak? "

Ikram ketawa mendengar kata-kata Laila Azwa. Tahulah mulut comel itu mengungkap kata dosa.

"Habis yang sayang ajak abang lari tu tak berdosa?" Ikram cuba menyedarkan Laila Azwa.

"Itu dosa lain, ini dosa lain. Abang jangan nak buat tak senonoh pada Laila ye? Kalau tak Laila lari dari abang pula.." Laila Azwa memberi amaran.

"Yelah, yelah... Abang minta maaf. Dahlah jangan tidur lagi... dah nak malam ni... jom kita makan. Abang dah beli makanan tu..." ujar Ikram sambil bangun dari tilam itu dan berjalan ke pintu bilik.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now