Bab 82 Niat Buruk Puan Hasnah

2.2K 137 85
                                    

Buk! Buk!

Belakang badan Najwa ditumbuk oleh Puan Natrah. Hancur hatinya melihat Najwa dan pasangannya yang ditangkap basah itu. Najwa sedari tadi hanya menangis sahaja.

"Saya nak bayar denda. Saya taknak anak saya kahwin dengan orang tua kutuk ni. Saya tak izinkan!" bentak Puan Natrah.

"Natrah! Tolong jangan buat malu kat sini. Jaga percakapan awak tu," tegur Encik Hadi.

Puan Natrah hanya menunduk dan mengelap air mata. Kesal kerana tidak mendidik Najwa betul-betul. Ingatnya, didikan yang diberi pada Najwa sudah cukup. Nampaknya terpaksalah dia menahan malu bila berhadapan dengan orang kampung, terutama dengan suami dan anak tirinya Laila Azwa.

Beberapa orang dari pejabat agama cuba menasihati Puan Najwa.

"Makcik, saya memang sayangkan Najwa. Sebenarnya kami dah beberapa kali terlanjur." Akhirnya jawapan yang kurang menyenangkan keluar dari mulut Dato' Amar. Sebenarnya dia lagi malu kalau semua pihak tahu tentang penakapan khalwat itu. Kalau dia mengambil Najwa sebagai isteri semuanya akan jadi mudah dan pasti akan ditutup dari pihak media.

"Gila kau kan. Anak aku muda lagilah. Lagipun kau tu sebaya aku dah. Jangan perasan nak panggil aku makcik."

"Natrah, kan abang kata cukup. Jom kita balik selesaikan masalah ni." Encik Hadi ingin segera meninggalkan pejabat agama itu. Kalau tidak bertambah berang Puan Natrah nanti dan malu pula muka Encik Hadi menghadap pegawai pejabat agama Islam itu.

"Dato', nanti tolong kita berbincang hal ni. Kalau boleh, esok saya nak Dato' nikah dengan Najwa. Saya taknak lewatkan masalah ni," pesan Encik Hadi sebelum beredar dari situ.

"Abanggg!!!?" terjerit Puan Natrah dengan keputusan Encik Hadi.

Cepat-cepat Encik Hadi menarik Puan Natrah keluar dari pejabat agama Islam itu.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

"Hanif, Kenapa dengan awak ni? Awak ni macam ada masalah je."

Terkejut Hanif bila dia ditegur oleh bossnya yang perasan Hanif asyik mengelamun dan tidak memberi perhatian pada fasilitator yang sedang memberi ceramah di hadapan dewan.

"Eh, bos... sebenarnya , saya ni risaukan isteri saya yang sedang sarat mengandung tu."

"Laaa, kenapa awak tak beritahu awal-awal yang isteri awak sedang sarat. Kan boleh je saya gantikan awak dengan staf lain."

"Saya taknak menyusahkan  bos . Lagipun, saya baru aje masuk kerja. Takkan nak mengelak pula. Apa dia orang cakap nanti."

"Anif, awak pekerja yang saya harapkan. Awak dah banyak menaikkan nama syarikat. Takkan saya nak biarkan kalau pekerja seperti awak ada masalah macam ni. Lepas ni, awak boleh berkemas dan balik. Nanti saya tempahkan flight untuk awak. Saya akan suruh driver saya hantar awak ke lapangan terbang  nanti."

" Ya Allah, terima kasih bos. Terima kasih."

"Sama-sama."

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Wajah Puan Hasnah nampak beku sahaja. Selama dua hari ini, dirinya terpaksa berlakon sebagai ibu mertua yang baik dan prihatin. Laila Azwa pula rasa selamat bila Hanisa ada di rumah itu. Kak Suria juga ada untuk membuat kerja rumah dan memasak untuk keluarga itu. Laila Azwa ada juga menolong Suria walaupun beberapa kali dihalang oleh Suria.

Hasmira seperti biasa akan datang bertandang ke rumah teres itu untuk berjumpa Mak Long kesayangannya. Pasti ada plan baru  yang dibincangkan kerana plan lama semuanya gagal.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now