Bab 14 Ikut Nafsu

2.4K 103 81
                                    


Lagu Aku Dalam Teka Teki

Hampir seminggu Ikram tidak muncul di rumah sewa Laila Azwa. Laila Azwa memang menangis setiap malam. Apa tidaknya , dia memang sayangkan Ikram. Malah sekarang dia merasa sangat rindukan Ikram.

Beberapa mesej dihantar kepada Ikram. Dia fikir mungkin Ikram takut dia marah agaknya bila Ikram mengambil barang kemas arwah ibunya. Dia cuba menghantar lagi pesanan ringkas buat Ikram.

"Abang... datanglah jumpa Laila. Laila tak marah dah pasal barang kemas tu. Laila faham abang betul - betul perlukan duit. Abang, Laila rindukan abang."

Laila Azwa tetap menanti jawapan Ikram seperti hari - hari sebelum ini, tapi hampa.  Dia menangis lagi malam itu.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Malam itu ikram berlumba seperti malam- malam sebelumnya. Dia merasa sangat geram kerana kalah. Susut duitnya seperti air yang keluar dari baldi bocor. Dia sakit hati tiap kali melihat gadis idaman dibawa pergi oleh orang lain. Hanya sekali sahaja dia berjaya mendapatkan gadis itu minggu lalu. Dia berangan akan bersama gadis itu lagi tetapi gagal.

Kerana tidak putus asa untuk memiliki gadis itu lagi, dia menyertai lumba haram itu setiap hari.

"Asal mahal sangat ni...  selalu lima ratus je... ni kejap seribu kejap dua ribu... apa hal ni? " Ikram mula merungut kepada kawan serumahnya mengenai wang taruhan yang dikenakan oleh ketua geng lumba motor itu.

"Entah... dia orang ingat kita kaya kut..." balas kawannya selamba sahaja.

"Kalau macam tu mahu pokai duit aku..." Ikram semakin susah hati. Duitnya sudah hampir habis.

"Kalau takde duit kita tak payah masuklah. Kita jadi penonton sahaja. "

"Huh... lagi baik tidur..." dengus Ikram sakit hati. Memang dia tidak boleh melihat  gadis idaman bersama lelaki lain.

"Kau bolehlah balik jumpa awek kau... macam aku ni... awek tak lekat... jadi berhibur kat sini aje." kata kawannya lagi.

Mendengar ungkapan kawannya itu, Ikram teringat Laila Azwa. Dia pasti Laila Azwa masih ada duit. Jadi untuk malam ini dia akan bertaruh lagi dan berharap untuk menang. Jika menang dia akan mendapat wang taruhan yang banyak dan juga gadis idamannya. Jika kalah dia akan menemui Laila Azwa dan menjadi lelaki baik semula.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Perlumbaan bermula untuk beberapa jam lagi.  Persaingan sengit diberikan oleh Ikram,  tapi ternyata malam itu dia kalah lagi. Melayang duit taruhannya sebanyak dua ribu ringgit. Gila! Fikirnya sambil menggelengkan kepala. Apakan daya dia sudah ketagih berlumba motorsikal.

Dengan wajah yang kecewa, Ikram menghidupkan enjin motorsikalnya untuk pulang. Hari sudah melewati tengah malam. Dia melihat jam. Sudah hampir dua pagi.

"Eleh,  bro... rilex arr...  Jom la kita pergi minum dan santai- santai dulu..."

Pelik pula Ikram dengan kebaikan tiba-tiba dari ketua geng motorsikal yang menganjurkan perlumbaan haram itu. Namun diikutkan juga ajakan mereka. Dia dan kawan serumahnya dibawa ke sebuah banglo yang agak besar. Ketua geng itu juga membawa beberapa orang kawannya . Terdapat juga beberapa orang gadis dalam kumpulan itu. Mata Ikram tidak lepas memandang gadis yang merupakan teman wanita ketua geng motorsikal itu. Gadis itulah yang diidamkannya. Mereka dijemput masuk ke dalam banglo itu. Makanan dan minuman ringan juga disediakan. Beberapa bungkus pizza, minuman dan kekacang diletakkan di meja makan.

"Okey, kita bergembira malam ini sebab aku menang besar... wuhuuuu..." jerit ketua geng motorsikal itu dengan gembira.

"Memang la kau menang besar... sebab habis duit kami seorang dua ribu kau balun..." maki Ikram dalam hati.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now