Bab62 Urutan Laila

3K 141 91
                                    

Azan subuh kedengaran. Hanif terus terbangun dan melihat jam. Sudah pukul enam pagi. Dia menguap seketika, merasa masih mengantuk. Dia cuba berfikir malam tadi pukul berapa agaknya dia tertidur.

Matanya beralih kepada Laila Azwa yang masih nyenyak tidur. Lama dia merenung. Dia ingin membangunkan Laila Azwa, tapi sudah tidak tahu cara bagaimana.

Dengan perlahan Hanif bergerak untuk mengubah dirinya dari katil ke kerusi roda yang memang telah tersedia di tepi katil itu. Pergerakannya itu menganggu tidur Laila Azwa. Terus Laila Azwa terbangun.

"Ehh.... encik dah bangun. Kejap saya bantu encik." terburu-buru Laila Azwa bangun untuk membantu mengangkat Hanif ke kerusi roda.

"Tak payah... tak payah. Saya boleh buat sendiri. Kau pergi la buat kerja kau. Solat ke apa ke. Dah lama dah azan."

"Ohhh...." pelik pula Laila Azwa dengan sikap Hanif.

"Hah... apa tercegat lagi, pergi la solat. Lepas tu buat sarapan untuk aku. Err, hari ni aku nak makan nasi goreng....." Hanif terus mengarah Laila Azwa. Sebenarnya dia memang teringin sangat hendak makan nasi goreng yang dibuat oleh Laila Azwa . Cuma malu untuk meminta dengan baik.

"Ye lah encik Hanif....."

Laila Azwa bergerak untuk keluar dari bilik itu sambil memasang lampu utama bilik itu. Bilik itu menjadi terang.

Hanif terus merenung Laila Azwa.

"Pintu bilik tu kau tutup rapat. Nanti kau nak masuk ketuk dulu. Jangan kau main terjah je masuk." Berpaling seketika Laila Azwa memandang Hanif bila mendengar arahan itu. Apa kes sampai kena tutup pintu rapat. Kalau jatuh nanti siapa pun tidak dengar jeritan lelaki itu.

"Asal? Pelik ke? Kau nak tengok aku bogel ke apa? Mana tau aku sedang tak pakai baju ke masa tu...." Hanif mula memberi alasan.

Laila Azwa malas hendak bersoal jawab, lalu dia keluar dan pintu bilik itu ditutup rapat.

Hanif menarik nafas lega. Dia pun memulakan aktivitinya dengan keupayaannya sendiri tanpa bantuan Laila Azwa. Lagipun dia tidak mahu membebankan Laila Azwa dengan kerja-kerja yang berat. Ayahnya telah memberitahunya yang kandungan Laila Azwa hampir gugur kerana jatuh dahulu dan doktor menasihatkan supaya Laila Azwa tidak melakukan kerja yang berat.

Setelah selesai mandi dan solat subuh, Hanif masih di kerusi roda itu, menanti Laila Azwa membawa nasi goreng untuk sarapan. Sementara menanti dia memeriksa panggilan dan mesej yang masuk.

"Hermmm... tak habis-habis lah dia ni..."  rungut Hanif bila terbaca satu pesanan yang masuk.

Tanpa membalas pun pesanan dari orang yang tidak disukainya itu, Hanif pergi kepada mesej-mesej yang lain.

"Mana Laila ni..... lambat pula dia... Aku ni dah la lapar."  Entah mengapa pagi ini dia terasa sangat lapar.

Terdengar pintu bilik diketuk, muncul Laila Azwa dengan membawa segelas susu dan sepinggan nasi goreng. Laila Azwa meletakkan makanan itu di meja sisi katil. Seperti semalam juga, Laila Azwa terus berpaling hendak keluar.

"Ehh, ehhh.... nasi ni untuk siapa ni?" Hanif memang geram dengan sikap diam Laila Azwa.

Pelik lagi Laila Azwa rasakan. Ada orang lain lagi ke dalam bilik ini.

"Nasi goreng tu untuk encik la....."

"Habis kau tak pelawa pun aku makan...."

Terdiam Laila Azwa di situ. Dua minggu dia tiada, nampak macam Hanif seperti pelik kelakuannya.

"Ooo.... makanlah encik...." pelawa Laila Azwa kemudian. Selepas itu Laila Azwa berura-ura untuk keluar.

"Tu kau nak kemana? Tak nak teman aku makan ke?" Hanif terpaksa juga membuang egonya.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now