Laila Azwa terkejut mendengar berita tentang Hasmira yang kemalangan dan menyebabkan dia kehilangan kedua belah kakinya. Amran ada menelefonnya untuk mengkhabarkan berita yang menyayat hati itu. Cuma dia belum dapat berbual dengan suaminya lagi.
"Kenapa tu Laila. Ibu tengok Laila macam terkejut aje berbual di telefon tadi. Siapa yang call Laila tu?"
"Haah ibu. Laila memang terkejut sangat. Tadi Amran yang call Laila. Dia ada bagi tahu yang sepupu abang Hanif kemalangan."
"Innalillah... Teruk ke?"
"Teruk juga ibu. Kakinya dua - dua kena potong."
"Allahuakbar... Sepupu dia yang mana satu ni? Lelaki ke?" Sudah macam polis pencen pula Puan Natrah menyoal.
"Perempuan. Yang ada masa ayah Zuki meninggal tu. Dia pula memang rapat dengan ibu abang Anif."
Puan Natrah cuba memikirkan siapa Hasmira yang rapat dengan Puan Hasnah masa hari Encik Marzuki meninggal dunia.
"Sepupu Anif ni, yang duduk peluk Puan Senah masa Puan Senah sibuk memaki Laila hari tu ke?"
Laila Azwa tidak menjawab tetapi hanya mengangguk sahaja.
"Oo, padanlah kena potong kaki. Perangai sama dengan orang tua tu. Badi lah tu. Tumpang malang ibu si Anif tu." Sedap sahaja mulut Puan Natrah mengata Puan Hasnah.
Hampir hendak tergelak Laila Azwa tapi bila difikirkan tidak baik ketawakan orang yang ditimpa musibah dia menahan ketawanya. Sebenarnya Laila Azwa pun tidak tahu yang Hasmira dan Puan Hasnah tidak rapat lagi.
Sementara di hospital, Hasmira sudah sedar. Semasa cuba untuk bangun dia merasakan kelainan pada kedua belah kakinya. Meraba kedua kakinya yang berbalut separas peha , hatinya menjadi cuak. Selimut yang menutup separuh dari badannya diselak dan terkejut besar Hasmira bila melihat kedua kakinya yang sudah dipotong separas peha itu. Hasmira terus meraung dan meronta-ronta.
"Argghhh!!!! Mana perginya kaki Mira? Siapa yang potong kaki Mira ni? Mama, kenapa doktor potong kaki Mira. Mira taknak hidup lagi. Mira dah jadi cacat. Tolonglah mama, Mira taknak hidup lagi. Kau orang semua pergiiiii. Aku taknak tengok muka kau orangggg!!!!?" Terjerit-jerit Hasmira seperti dirasuk.
Puan Alia yang sedang menunggu di atas kerusi tepi katil Hasmira terkejut.
"Mira, anak mama. Ni mama ni sayang. Mira janganlah macam ni." Puan Alia memujuk Hasmira. Dia cuba duduk di sebelah Hasmira untuk menenangkannya namun Hasmira yang sedang agresif menolak Puan Alia. Jatuh terduduk Puan Alia di atas lantai wad itu. Amran yang ada di situ membantu Puan Alia bangun.
"Miraaaa!! kamu boleh bawa bertenang tak? Kamu nak salahkan takdir pula. Kamu ingat kalau kamu mati, hidup kamu akan senang. Macam tu? Cuba ingat balik kenapa Allah jadikan Mira macam ni?" Encik Ali menegur anaknya. Geram pula Encik Ali bila melihat Puan Alia yang jatuh ditolak Hasmira.
Hanif mengusap bahu Pak Ngahnya bagi menenangkan bapa saudaranya itu.
"Tapi Mira dah cacat. Mira dah takde kaki. Kenapa Tuhan tak ambil aje nyawa Mira. Biar Mira mati. Mak Long... Mira berdosa dengan Mak Long. Laila...Mira berdosa dengan Laila. Mira berdosa dengan papa dan mama juga. Dosa dengan abang Hanif . Mira berdosa dengan anak Mira. Mira berdosa dengan Tuhan." Esakan Hasmira memenuhi ruangan wad hospital itu.
Terkejut Encik Ali, Puan Alia , Hanif dan Amran."
"Anak? Mira ada anak ke, atau Mira separa amnesia. Itu yang terimbas di fikiran mereka sekarang.
"Mira , anak? Mira takde anak sayang." puan Alia yang sudah duduk kembali di tepi katil Hasmira cuba memujuk Hasmira lagi.
"Memang Mira ada anak. Anak luar nikah ma. Maafkan Mira. Mira berdosa ma..."
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...