Bab 69 Semuanya Terbongkar

3.1K 164 180
                                    

Berserta dengan semangat yang kuat akhirnya Hanif berjaya turun ke bawah dibantu oleh Hasrul dan Zaki. Berpeluh juga mereka memapah Hanif turun. Apa lagi Hanif yang sedaya upaya cuba menggerakkan kakinya yang terasa berat itu. Namun melihat wajah kerisauan Laila Azwa memandangnya dia gagahkan juga gerakannya.

"Yeayyyy... Pak Su dah sampai bawah..." Melompat-lompat kedua anak perempuan Hanisa.

Sementara Laila Azwa merasa lega bila Hanif berjaya juga dibawa turun ke bawah walaupun kelihatan sukar dan merbahaya tadi.

Hasrul menolak kerusi roda yang diduduki oleh Hanif menuju ke dalam bilik bawah. Sementara Zaki duduk di sebelah Hanisa di ruang tamu itu.

Selepas Hasrul keluar dari bilik itu, Laila Azwa masuk ke dalam bilik itu.

"Encik nak apa-apa ke?" Laila bertanya pada Hanif. Lagipun dia ada kerja lagi untuk mencuci pakaian kotor dan lepas itu perlu memasak untuk makan tengahari.

"Kalau saya nak Laila boleh." sejurus itu ditariknya Laila Azwa ke atas ribanya. Kuat rangkulan Hanif pada badan Laila Azwa.

"Errrr, Encik Hanif... saya nak ke dapur kejap. Banyak lagi kerja yang belum siap."

"Sekejap lah..." Hanif memandang Laila Azwa tidak berkelip. Isterinya memang cantik. Entah kenapa dia tidak sedar selama ini. Permata di depan mata dianggap kaca.

"Encik, nanti dia orang dekat luar tunggu saya pula. Saya keluar dulu ye encik, nanti saya masuk balik." Terasa takut pula Laila Azwa bila Hanif memberikan pandangan gatal padanya.

"Saya rindu Laila... rindu sangat..." bisik Hanif lembut di telinga Laila Azwa. Dikucupnya telinga Laila Azwa. Kemudian pipi dan bibir merah Laila yang tanpa lipstik itu disentuh lembut.

Tidak semena-mena dengan sentuhan dari Hanif itu, membuatkan Laila Azwa memejamkan matanya. Deruan nafas Hanif terasa hangat.

Tidak tunggu lama, dipagut lembut bibir cantik Laila Azwa.

"Pak Suuuu..."  terkejut Laila Azwa dan serta merta dia bangun dari riba Hanif.

"Pak Su dan mama Laila buat apa tu..."

Tergelak Hanif dengan pertanyaan anak saudaranya itu. Sementara Laila Azwa sudah terkedu.

"Takde buat apapun... encik, saya keluar dulu." Tidak tunggu lama , Laila Azwa terus berlalu keluar dari bilik itu.

"Aduh! Nasib budak-budak kecil tu yang masuk. Kalau kak Nisa atau yang lain , malulah aku ... Adoiyai..." Laila Azwa berkata di dalam hati.

"Pak Su, tadi kita nampak Pak Su cium mama Laila kannn? Kat sini..." Siap ditunjukkan bibirnya pada bapa saudaranya itu.

"Errrr, mana ada. Tadi tu Pak Su bersihkan bibir mama Laila tu. " Tersenyum lebar Hanif mengingatkan Laila Azwa yang kalut dan malu itu. Mesti muka Laila Azwa merah bak tomato sekarang ini.

"He he he..."

"Eh, kenapa Pak Su ketawa. "

"Takde apa-apa lah budak kecil." Dicubitnya pipi anak saudaranya yang mulut macam murai itu.

"Kakak, adik... kenapa duduk kat bilik Pak Su pula ni. Pergi duk kat luar tu... Mama ada benda nak cakap dengan Pak Su..." Hanisa muncul di muka pintu bilik itu dan menegur kedua anak perempuannya.

"Alaaa... kakak baru nak duduk dengan Pak Su. Jom adik, kita pergi dekat mama Laila."

Kedua anak Hanisa keluar dari bilik itu.
Hanisa menghampiri Hanif dan melabuhkan punggungnya di atas katil . Dia memandang Hanif dengan rasa serba salah. Tapi inilah masanya dia patut meleraikan semua yang terjadi hari itu.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now