Bab 21 Tangisan Laila

2.5K 113 79
                                    


Laila Azwa bergegas ke bilik Hanif. Hatinya memang terasa cuak. Dia terfikir-fikir apakah kesalahan yang dia lakukan masa mengemas tadi. Rasanya sudah disusun fail dengan rapi dan kemas. Meja pun telah dilap dengan bersih. Sampah pun sudah dibuang.

"Ishhh, apa yang tak kena lagi tu..." Kakinya terus melangkah laju seiring laju saraf otaknya berfikir.

Sampai di depan pintu bilik office Hanif, Laila Azwa membaca doa dan menghembus ke kiri dan ke kanan. 😃
Staff yang berada di luar geli hati melihat perlakuan Laila Azwa. Pasti Laila Azwa takut untuk berjumpa bapa gorila itu.

"Ha ha.. Adoii, Laila oiii, kau bacalah apa pun. Orang dalam tu hati batu tu... baik kau bawa tukul besi je kalau nak lembutkan hati dia..." Mereka di luar memang suka mengusik Laila Azwa. Laila Azwa kan comel, jadi dia menjadi bahan usikan dalam office itu.

Laila Azwa tidak menghiraukan usikan itu. Dalam otaknya hanya membayangkan apa yang akan berlaku bila berhadapan dengan hanif.

Laila Azwa mengetuk pintu bilik office Hanif perlahan-lahan sebelum masuk.

"Masuk!!!" Memang sudah begitu suara Hanif, kuat dan kasar. Laila Azwa meletakkan tangannya di dada. Getaran kerana takut mula menyelubungi dirinya bila mendengar suara kasar Hanif.

Laila Azwa membuka pintu itu dan masuk. Kelihatan renungan tajam Hanif hadiahkan padanya . Rasa menggigil juga lutut Laila Azwa.

"Ada apa encik panggil saya..." Laila Azwa beranikan diri bertanya. Cuba mengawal ketakutan dalam dirinya.

Berdiri kaku Laila Azwa seperti orang salah di depan meja Hanif.

"Ooo, kau tanya ye kenapa aku panggil kau... hmmm." Hanif berkata dengan suara mendatar sambil mengambil sebuah fail yang berisi beberapa dokumen.

Bushhhh!!!  Fail itu dibaling kasar dan jatuh terkena sofa yang terletak di ruang tepi dinding bilik itu dan isinya bertaburan jatuh ke lantai. Laila Azwa terkejut bukan kepalang. Apa salahnya?, fikir Laila Azwa dengan cemas.

"Kau tengoklahhh apa yang kau dah buatttt!!!!" tengking Hanif tiba-tiba dengan suara yang kuat. Hanif memang tidak kisah pun kalau staff bawahannya dengar. Dia memang sudah berperangai begitu sedari awal.

Laila Azwa yang merasa cemas mengalih pandangannya ke arah fail itu. Dia hanya merenung kertas - kertas yang bertaburan itu. Namun tidak seinci pun Laila Azwa beralih. Masih juga berdiri di situ, tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

Melihat seolah Laila Azwa tidak bergerak dari kedudukan asal, Hanif menjadi baran. Bingkas dia bangun dari kerusinya dengan kasar sehingga tertolak kerusi itu ke belakang terkena dinding dan menghasilkan bunyi yang membuatkan bahu Laila Azwa terhenjut kerana terkejut.

"Kau pergilah tengok apa yang kau dah buat kat fail aku tuuu...!!!???" Hanif tanpa rasa bersalah terus menghampiri Laila Azwa, terlalu hampir hingga suara itu membingitkan telinga Laila Azwa.

"Sa... sa... saya tak buat apa pun kat fail encik..." Terketar -ketar Laila Azwa menjawab.

Hanif bertambah baran dengan jawapan itu. Tanpa terasa takut apapun, Hanif mencekak pada belakang leher Laila Azwa dan menarik Laila Azwa ke arah kertas yang bertaburan itu. Dia menekan belakang leher Laila Azwa sehingga Laila Azwa tertunduk dan wajahnya jatuh di atas permukaan kertas yang bertaburan itu. Terasa puas hati Hanif dapat berbuat begitu pada Laila Azwa.

"Kau tengok kertas-kertas tu, apa yang kau  dah buat..."

Hati Laila Azwa mula tercalar. Sebagai gadis yang tidak pernah dimarahi begitu, hati Laila Azwa menjadi sebak dan sedih. Bahang malu dan sedih menguasai diri. Laila Azwa hendak menangis tetapi terasa takut. Akhirnya setitis demi setitis air matanya gugur juga dengan suara yang tertahan. Hanif tegak berdiri megah sambil bercekak pinggang. Air mata Laila Azwa tidak sedikitpun memberi kesan padanya.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now