21

1.4K 52 3
                                    

Bunyi deringan alarm membuatkan aku tersedar dari lena. Mata aku gosok dan tangan mengapai jam untuk menutup alarm yang berdering ditepi katil.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi dan aku bangun sebelum kepalaku terlanggar satu objek keras.

Terus terbuka luas mataku apabila melihat wajah marteen yang hanya berapa inci denganku dan kedua belah tangannya juga sedang melingkari pinggangku. Terasa deruan nafasnya menerpa pada kulitku.

Tangannya aku alihkan ketepi tapi semakin dia mengeratkan pelukannya.

Aku terdiam.

Dia ni sedar ke tidur? Tapi mata masih tertutup rapat.

Tangannya aku cuba alihkan lagi tapi dia masih memeluknya erat.

Aku buntu. Apa aku nak buat ni? Ke nak kejutkan je dia.

Kejutkanlah.

"awak... Awak". Bahunya aku tepuk.

"awakkk...!".kini aku goncang pulak bahunya.

Namun masih tiada sahutan.

"awak bangunlahhh!". Bahunya aku pukul kuat sehingga matanya terbuka luas. Hah, kan dah sedar!

"kau kenapa?" marahnya dengan suara serak serak basah.

"tangan awak ni! Lepaslah, saya nak bangun solat subuh!". Aku menunjukkan pada tangannya.

Matanya jatuh pada lingkaran tangannya pada pinggangku dan buru buru dia menarik tangannya.

"kau ni sengaja je kan letak tangan aku dekat pinggang kau!" marahnya.

Eah, aku pulak yang dipersalahkan!

"takk... Tangan awak tu yang peluk saya dulu! Eah dahlah, saya taknak gaduh dengan awak pepagi ni! Baik saya bangun lepastu solat subuh". Ujarku dan aku terus bangun.

Beberapa langkah kemudian, aku memalingkan badan kebelakang kembali. Matanya juga sudah terpejam rapat.

Dengan langkah perlahan aku mendekatinya dan bahunya aku tepuk.

"kau nak apaaa lagi!!". Bibirnya dikertap. " aku baru je nak terlelap ."

" awak jomlah solat subuh sama sama".

"eah kalau kau nak solat subuh, kau solat jelahh! Takpayah nak ajak aku bagai!". Keras nadanya.

"tapi awakk...".

"kau tak faham bahasa ke! Kau pergi jelah solat sengsorang! Kalau aku taknak solat sekalipun, itu masalah akulahh! Bukan masalah kau! Dah berambus". Tengkingnya dan tangannya menarik comforter menyelubungi seluruh tubuhnya.

Tergaman seketika aku mendengar Tengkingannya itu. Selepas itu, aku bangun dan menuju kebilik air.

Hailah, pepagi lagi dah kena tengking!! Sabar jelah wahai iman mikayla.


Malam itu, selepas solat isyak aku menelefon mia untuk memberitahunya tentang aku yang ingin berhenti kerja dengannya dan bekerja di syarikat Marteen.

Seperti yang aku jangkakan, mia memang sedih gila dengan keputusan aku.

"takpelah, nak buat macam mana kan? Ni pun pasal masa depan kau jugak! Lagipun kalau kau kerja dengan aku, berapa sangat gaji yang kau dapat!". Sayu suaranya.

"alah mia kau janganlah cakap macamtu! Aku memang dah suka sangat kerja dengan kau tapi aku kena akur dengan permintaan papa mertua aku! Kau janganlah sedih macam ni mia, serba salah pulak aku".

"takpe iman, aku faham! Aku okay je, aku doakan agar kau lebih berjaya dekat sana. Bila dah berjaya tu jangan lupa aku tau".

"mana boleh aku lupa kau mia. Kau tu sahabat dunia akhirat aku tau! Aku pun doakan agar kau lebih berjaya dan bisnes kek kau tu akan lebih maju lagi".

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now