"ni bilik aku! Kau carilah bilik lain!". Luggagenya ditolak masuk kedalam sebuah bilik.
Ternganga aku melihat keadaan dalam kondo mewah ini. Dekorasinya usah dicakap, memang gempak habis!.
Belum sempat aku melangkah pergi, tudungku ditarik dari belakang.
" apa awak ni? ".
" aku nak bagi warning dekat kau! Jangan kau sesekali berani masuk dalam bilik aku kalau aku tak izinkan dan ingat yang apa apa yang aku buat takde kaitan langsung dengan kau! Faham? ".
"iyee, faham". Mata aku julingkan keatas, dari tadi lagi bagi warning yang sama.
"dah! Kau boleh berambus!".tubuhku ditolak keluar dari biliknya dan pintu dihempas kuat.
Bilik disebelahnya menjadi destinasiku.
Wow! Bilik ni cantik dan sesuai dengan aku.
Aku melangkah masuk kedalam bilik itu dengan gembiranya.
Tubuh aku hempas pada katil bersaiz'queen'.
" Ya Allah! Nikmatnya terasa hidup ni dapat tidur atas katil empuk ini!". Katil aku tepuk berkali kali.
Alhamdulillah, aku dah tak kena hadap kak deena dan sekarang hidup aku bebas!.
Selepas itu, aku mula mengemas bilik itu sehingga kemas dan meletakkan pakaianku didalam almari.
Tiba tiba, pintu diketuk dari luar dan pintu aku buka.
"aku nak keluar! Ikut pandai kaulah nak hidup macam mana dalam rumah ni, yang penting kau jangan cari aku!". Tegas suaranya.
"awak balik pukul berapa? Kalau tak saya nak masak".
"kan aku dah cakap jangan masuk campur urusan aku! Ikut suka hati akulah nak balik pukul berapa pun! Yang kau tak faham bahasa kenapa?". Jerkahnya membuatkan aku menikus.
Tanpa balasan, dia terus melangkah pergi.
"awak".
"kau nak apa lagi?".
"kalau saya nak ajak kawan saya datang sini boleh?". Pintaku.
" laki ke perempuan?".
"perempuan".
"ikut suka kaulah, asalkan kau tak malukan aku sudah!". Tanpa balasanku, dia terua melangkah pergi meninggalkan aku.
Yesss!.
Telefon aku ambil dan nombor mia aku dail. Kebetulan harini hari jumaat, kedai kek pun tutup. Jadi bolehlah dia jadi teman aku.
" imann! ".
Jerit mia dan kami saling berpelukan.
"overlah kau ni! Padahal baru berapa hari tak jumpa". Perliku.
"alah kau ni! Aku kan selalu je tengok muka kau hari hari, jadi bila tak tengok ni macam pelik pulak!"
Kami duduk di sofa yang berada di ruang tamu.
"kau macam mana hidup lepas kahwin? Best?". Keningnya terjongket dan ada senyuman nakal pada bibirnya.
Kepala aku gelengkan dan senyumannya mati.
"kau kenapa iman? Macam sedih je?".
"aku tak tahulah mia macammana dengan perkahwinan ni! Kadang kadang aku rasa menyesal tau!". Luahku dengan nada sayu.
"tak baiklah iman kau cakap macamtu, kenapa ni? Cuba kau ceritakan dekat aku".
"dia tak boleh terima akulah mia... Memang perkahwinan kami ni baru, tapi aku tak rasa perkahwinan kami ni dapat bertahan sebab daripada cara dia pun aku nampak yang dia tak pernah pun nak berusaha untuk terima aku sebagai isteri dia". Setitik air mataku jatuh.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...