"jaga diri ye iman! Ibu sayang iman sangat sangat tau". Pelukannya semakin dieratkan pada tubuhku.Air matanya yang sedikit bergenang membuatkan aku menjadi hairan.
Selalunya ibu tak macam macam ni! Tapi aku cuba untuk fikir semungkin positive.
"ibu dahlah, kan esok iman datang lagi! Esok ibu masakkan iman tomyam dan ikan bakar boleh tak ibu?". Aku cuba mengusir perasaan negatif tu jauh jauh dan juga menutup rasa sedih yang terbuku dalam hati.
"marteen, jaga iman elok elok ye". Sudah kali ke berapa dia pesan kepada marteen tentang itu.
Ya Allah! Jauhkan ibu daripada segala malapetaka. Doaku didalam hati.
Entah mengapa renungan ibu pada hari ini kearahku sangat lain.. Suram dan jelas kesedihan pada matanya.
" iman". Panggilannya disebelah menyentakkanku daripada lamunan.
Aku menoleh memandangnya.
"kau kenapa? Monyok je muka".
"entahlahh... Saya rasa tak sedap hati". Jujurku.
"pasal ibu?". Tembaknya dan aku mengangguk.
"entahlah.. Aku pun rasa lain macam jugak sebenarnya tapi aku fikir mungkin sebab first time aku kesana, jadi ibu pesanlah macam macam kat aku". Dia juga kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.
"mungkin". Mungkin betul apa yang marteen fikir, aku je kut yang emosi lebih.
"rapat gila kau dengan ibu". Ujarnya membuatkan aku ketawa kecil.
"memanglah rapat sebab dari kecil lagi hanya kami berdua je yang ada". Tiba tiba terbayangkan memori memori lama bersama ibu. Ada suka dan ada juga duka.
"abah kau mana? Meninggal eah?". Soalannya membuatkan aku terdiam seketika.
"abah?.. Dia tinggalkan saya dan ibu masa saya umur 8 tahun lagi hanya disebabkan masa tu hidup kami susah, takde duit! Dia pulak perlukan duit untuk bayar hutang judi dia yang berlambak! Saya dan ibulah yang akan jadi mangsa keadaan dia". Kendur suaraku menceritakan peristiwa itu.
Kisah silam aku masa kecillah merupakan kisah silam yang paling aku mahu lupakan. Kisah silam itu jugaklah yang membuatkan aku menjadi agak trauma.
"ouh sorry, aku tak pernah tahu pun pasal abah kau". Nadanya sedikit serba salah.
"takpe..".
"habistu sampai sekaranglah kau tak tahu abah kau dekat mana dan tak tahu sama ada dia hidup ataupun mati?".
Nafas aku tarik sedalamnya.
"kita tukar topik lainlahh". Aku senyum hambar kearahnya. Malas nak ulas panjang pasal abah.
"macam mana kereta awak boleh ada dekat depan rumah ibu tadi?". Pelik jugak aku, keluar je rumah dah nampak kereta range rovernya yang terparking elok dekat depan rumah ibu.
"aku suruh driver aku hantar! Kaulah tak cakap awal awal, kalau aku tahu nak datang rumah ibu aku drive sendiri je tadi".
"yelah tu, kan kalau saya cakap awal awal, awak pulak yang taknak datang! Yelah, kaki awak kan allergic dengan rumah saya". Sindirku.
"amboi kau mulut! Boleh tahan ye". Dia merenung tajam kearahku.
"awak". Panggilku lembut.
"urmm".
"esok kan cuti.. Jom balik rumah mama dan papa! Dah lama dah kita tak balik sana". Pintaku.
"tak boleh!". Keras Nadanya.
"tapi kenapa?". Soalku tak puas hati.
"yang kau beria sangat nak pergi rumah mama dan papa ni kenapa? Nak pergi jumpa mikhail ke apa?"
Apa kaitan mikhail pulak dalam hal ni?
"aku tak faham lah kenapa si mikhail tu beria sangat sukakan kau? Tak faham aku". Rengusnya.
"biarkanlah mikhail tu! Malas saya nak layan dia".
"habistu kalau dia sukakan kau pun kau nak biarkan jelahh! Heh, kau sedarlah diri kau tu isteri aku!". Bentaknya membuatkan aku tersenyum kecil.
"saya isteri awak eah marteen?". Sakatku sambil memandangnya yang sedang memandu.
Namun kelihatan seperti dia sedikit kelam kabut apabila aku merenungnya .
"apahal kau pandang aku macam tu? Ada hutang?". Nadanya semakin mengeras.
Ketawa kecil aku melihat gelagatnya.
Dah anggap aku ni sebagai isteri dia pun masih tak nak mengaku.
"takdelah.. Saja". Pandangan aku alih kearah depan.
"habistu esok jadi ke tak pergi ni?"
"apasal kita? Kau kalau nak pergi sorang kau pergi jelahh.. Jangan nak libatkan aku, aku busy esok".
Payah betullah nak cakap dengan dia ni? Kejap okay kejap tak. Entah entah dia ni ada split tak?
Eah apa kau mengarut ni iman?.
"okay tq sebab izinkan". Ujarku bernada ceria. Tak sabar nak jumpa mama esok.. Boleh borak borakm
Selepas itu, kami berdua hanya diam membisu sepanjang jalan.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...