Dahinya masih berkerut memandangku dengan riak yang masih tidak puas hati "are you sure nak pergi? Abang risaulah dengan iman, iman betul ke dah sihat sepenuhnya?". Ni dah masuk kali berapa dia bertanya akan hal itu kepadaku.
Aku tertawa halus melihat kerisauannya itu. " kan iman dah cakap yang iman dah okay abang! Janganlah risau lagipun ni kan wedding mia, bff iman kan! Takkanlah iman taknak pergi! ".
" lagipun tengok ni kaki iman". Kaki aku hentak pada lantai berkali kali menunjukkan bahawa kakiku sudah pulih sepenuhnya. " kan dah urut banyak kali, okaylah dia!".
"okaylah macamtu! Abang nak cari butang baju melayu abang!". Dia terus melangkah kearah almari dan mencari cari didalamnya.
Solekan nipis aku calitkan pada wajahku dan selendang berwarna putih dililit pada kepala dengan kemas. Mestilah nak melawa, wedding mia kut!.
Mia ni pun satu! Sepatah pun tak pernah cerita dekat aku yang dia sedang syok bercinta dengan seseorang, tiba tiba je bagitahu nak kahwin! Terkejut jugak aku! Dengan aku pun nak berahsia! Geram je aku dengan mia ni.
Dahlah tiba tiba je hantar kad kahwin dekat aku! Lebih mengejutkan lagi apabila pasangan yang dipilih oleh mia adalah ALEX! Yess ALEX!! atau nama islamnya Adam. Sejak bila entah dua orang ni menjalinkan hubungan cinta, sampai hati tak bagitahu aku!.
"sayang dah siap dah ke?". Dia berdiri dibelakangku dan kami saling berpandangan dari pantulan cermin besar dihadapanku. Oleh kerana dia yang memaksaku untuk memakai warna sedondon dengannya, kami kelihatan serasi mengenakan persalinan berwarna biru tua.
" dah, jom! ". Ajakku tidak sabar. Tak sabar nak tengok mia dan Alex bersanding.
"jap! Kita selfie dulu". Tangan yang memegang iphone dipanjangkan kehadapan.
Senyum.
Klik!.
Peace!.
Klik!.
Mini love.
Klik!.
Tangannya memeluk tubuhku.
Klik!.
"cantik! Okay abang nak buat wallpaper gambar last ni!". Ujarnya sambil menilik gambar yang diambil tadi dengan seyuman.
"dahlah jom kita pergi! Kan lambat kan!". Tangannya aku heret tidak sabar.
Seusai majlis akad nikah mia dan Alex, kakiku mula melangkah keluar dari rumah mia dan menuju kearah buffet yang terhidang pelbagai jenis makanan. Perut dari tadi lagi berkeroncong hebat minta diisi.
Mataku membulat luas melihat makanan yang banyak terhidang di atas meja itu. Tak sabar rasanya nak makan.
"anak mama nak makan yang mana satu ni?" soalku pada perut sendiri sambil mengusap perutku yang sudah sedikit menonjol. Kalau diikutkan, kandunganku sudah mencecah dua bulan lebih.
Pinggan diambil dan mula mengisi pelbagai jenis makanan diatasnya sehingga penuh. Entah kenapa aku rasakan sejak kebelakangan ni, selera makanku semakin menjadi jadi, setiap masa asyik nak mengunyah je.
Setelah pinggan diisi penuh dengan makanan, kaki melangkah kearah meja yang masih kosong yang berada sedikit tersorok daripada orang ramai.
Tangan diangkat dan doa makan di baca. Satu persatu makanan disua kedalam mulut.
"sedap tak sayang?". Soalku lagi kepada perutku sambil Tersenyum lebar. Bahagia apabila dapat makan makanan yang sedap sedap. Alhamdulillah,
"dapat makan terus lupa abang kan?". Kerusi ditarik dan duduk disebelahku.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...