Bunyi ketukan pintu yang bertalu talu dari luar mengejutkan lenaku. Mataku meliar memandang keadaan sekeliling.
Aku tertidur dalam tandas rupanya dan pakaian pengantin masih tersarung elok pada badan.
"kau buat apa lama sangat dalam tu! Keluarlah woii!" bentak suara dari luar bersama ketukan bertalu talu.
Jam ditangan aku pandang, dah pukul 8.00 malam, maknanya aku dah tertidur selama 2 jam dalam tandas ni.
"keluarlah woii!! Apa yang lembab sangat kau kat dalam tu!!!". Bentaknya lagi namun dengan nada yang lebih kuat.
Dengan pantas, tombol aku pulas dan pintu ditolak kasar dari luar.
Aku hanya menunduk merenung lantai apabila dia memasuki tandas dan bercekak pinggang memandangku.
" kau tak mandi lagi? Kau ni kenapa? Dah berejam jam kau duduk dekat dalam ni tau! Kau buat apa dalam ni lama sangat, hah!".
Mulutku terkunci.
"aku tanya kau ni!". Kali ini, daguku didongak kasar olehnya. Namun, lama kelamaan terbit satu senyuman sinis pada bibirnya.
"hei perempuan lembik! Aku baru je gertak kau sikit tau, tapi kau dah nangis sampai bengkak mata!".
Ya Allah, macam manalah aku boleh terlupa yang aku nangis tadi, mesti sekarang ni mata aku bengkak sangat sebab aku tertidur selepas nangis.
"apa salah saya? Kenapa awak perlu benci saya? Kenapa awak perlu seksa hati saya?" soalku dengan berani.
Dia senyum senget sebelum mencengkam kuat kedua belah bahuku.
"sebab kau tak setaraf dengan aku! Kau tu tak layak nak jadi isteri aku. Aku ada pilihan isteri aku sendiri tapi disebabkan kau.... Hancur musnah segala impian aku!! Kau tahu tak aku malu nak bagitahu kawan kawan aku yang aku ada isteri macam kau ni!!". Nadanya yang semakin meninggi membuatkan badanku terketar.
Tanganku sedaya upaya untuk merungkaikan cengkamannya pada bahu dan akhirnya dia menolak bahuku kuat sehingga aku jatuh terjelopok jatuh di lantai.
Ya Allah, sakitnya rasa ini! Dada aku pegang.
"kau duduk sini dan jangan berani kau nak turun bawah malam ni.. Aku taknak mama dan papa nampak mata kau yang bengkak ni, nanti mereka salahkan aku.. Dan kau!! Jangan pernah sesekali pun kau beritahu diorang apa yang aku telah buat ni! Kalau tak.. ". Dia duduk mencangkung dihadapanku dan mulutnya mendekati telinga kananku.
" kalau tak, nahas kau aku kerjakan!".keras nadanya.
Tanpa balasan dariku, dia bangun dan berlalu dari situ.
Tanpa dapat dikawal, air mataku jatuh menyembah lantai sekali lagi.
Ibu...apa yang jadi dekat ibu dulu sekali lagi terjadi dekat iman bu! Sakitnya ibu, luahku dalam keadaan sebak. Wajah ibu kembali terbayang di ruang mata.
Ibu silap bu, ibu kata suami iman dapat jaga iman tapi tak.. Dia bencikan iman bu!. Dia sakitkan iman!!.
Deruan nafas kuat yang terasa berada dekat dengan wajahku sedikit sebanyak menggangu lenaku.
Terus terbuka luas mataku apabila melihat wajah Marteen yang berada sangat dekat dengan wajahku. Lebih mengejutkan lagi apabila tangan sasanya elok sahaja melingkari pinggangku.
Dengan perlahan, tangannya aku alihkan dan aku bangun dari pembaringan.
Wajahnya yang masih lena dibuai mimpi aku pandang sebelum langkah aku hayunkan kearah bilik air.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...