44

1.7K 59 0
                                    

           "kau cantik malam ni iman" ujarnya membuatkan aku kaku sambil matanya melirik kearahku.

"macam biasa je! Tu pun awak yang paksa saya pakai cantik macam ni!". Takut sangatlah kalau isteri dia buruk sampai paksa bagai.

Namun dia hanya ketawa mendengar bebelan aku.

" yang awak beria sangat nak ajak saya keluar ni kenapa?" aku memandangnya pelik disebelah pemandu.

Dia senyum lebar kearahku "saja nak bawak isteri keluar jalan jalan tak boleh ke?".

Hailahhh! Kenapa selalu sangat senyum pulak dia ni? Aku perasan yang sejak dari tadi lagi dia akan senyum kearahku apabila kami bertentangan mata.

Ouh sabarlah iman! Jangan mudah tergoda dengan dia.

" habistu kita nak pergi mana ni? ". Soalku dingin.

"kau marah lagi ke dekat aku iman? Iman... Sorrylahh...". Nadanya meleret leret.

Sabarlah wahai hati! Jangan mudah terpedaya dengan dia.

Aku membisu dan hanya kegelapan malam diluar  menjadi perhatianku.

"okay! Cuba kau cakap apa yang aku perlu buat untuk kau maafkan aku iman! Aku akan buat apa je yang kau suruh!."

"yelah tu". Celahku.

"aku serious ni iman!". Wajahnya kelihatan dibuat serius.

Kami diam seketika sebelum dia memulakan perbualan antara kami.

Peliklah dia ni! Selalunya nak berbual dengan aku pun taknak, tapi malam ni dah terlebih cakap pulak!

"kita dinner nak? Restaurant tu memang sedap gila!". Ujarnya sedikit teruja.

Tiba tiba, satu idea muncul dikepala.

"okay! nak dinner boleh tapi kita dinner dekat mamaklah".  Aku membuat muka comel kearahnya memohon agar dia setuju

Teragak agak dia dengan permintaanku.

"mamak? Lain kalilahh.. This time kita pergilah restaurant yang aku pilih dulu".

"lahh... Tadi cakap sanggup buat ape je! Kan saya dah cakap yang awak tak ikhlas pun minta maaf dekat saya". Suaraku menjadi kendur.

"yelah...yelah..kita pergi dinner dekat mamak! Tapi kejap je tau!". Akhirnya dia mengalah dan aku apa lagi, memang senyum sampai ke telingalahh.

Dah lama tak makan roti canai mamak. Rindu betul dengan masakan mamak ni! Uihh tak sabarnya.

"kau memang sengajakan kenakan aku!".

Ketawa aku mendengarnya.

Yelah orang kaya mana pernah makan dekat kedai mamak macam tu! Entah entah nak lalu depan gerai mamak pun taknak! Takutlah tu kalau standard jatuh lah apa.





"makanlah! Kenapa taknak makan! Tadi beria sangat ajak dinner". Ujarku dengan nada menyakat.

Bukan tak nampak muka terpaksa dia masuk kedai mamak ni. Nak sentuh makanan mamak ni pun teragak agak. Takut ada racun agaknya.

"kau memang buat hal lah iman! Menyesal aku ikut cakap kau tahu tak!". Roti canai dihadapannya dikuis kuis sahaja..

"alah trylah makan! Sedap tau! Confirm sekali je makan nak lagi tau!". Ujarku teruja. Sebiji roti canai sudah selamat masuk kedalam mulutku.

Tanpa dipinta, dia yang berada dihadapanku bangun dan menarik kerusinya kesebelahku dan duduk disitu.

"kenapa duduk sebelah saya?."Soalku pelik dengan tindakannya.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now