Apabila aku mula melangkah masuk kedalam bilik mesyuarat Marteen' sHolding, aku sedikit tergaman apabila melihat semua staf Marteen 'sHolding sudah berada didalam dan mereka juga seperti tertanya tanya kenapa mereka semua dikumpulkan disini pada hari ini. Lebih mengejutkan lagi apabila mama, papa dan mikhail juga turut terlibat dalam mesyuarat ini.
Aku memandang marteen dengan seribu satu persoalan. Kenapa dia buat macam ni? Apa yang dia nak sampaikan sebenarnya? Kenapa sampai perlu kumpulkan semua orang didalam bilik mesyuarat ini?.
Dibalik riaknya yang serius, dapat aku rasakan ketenangan yang terpancar darinya. Dia kelihatan begitu tenang walaupun semua yang berada disini memandang pelik kearahnya termaksuklah aku!.
Dia melangkah menghampiriku dan tanganku digenggam erat dengan satu senyuman yang sangat manis. Tanganku dipegang dan dibawa mengikut langkahnya kearah meja panjang yang paling hadapan mesyuarat itu.
Aku hanya menuruti langkahnya tanpa sedikitpun bersuara.
Apabila melihat wajahku yang sedikit tidak keruan, dia berbisik kepadaku supaya beriak tenang dan selamba.
Apa sebenarnya yang dia nak buat ni?. Aku masih tertanya tanya pada diriku sendiri.
"sayang support abang ye". Bisiknya lembut pada telingaku dan dengan teragak agak aku angguk dengan satu senyuman lebar. Walaupun aku tak tahu apa yang dia hendak buat, tapi aku akan sentiasa support dia!.
"Assalamualaikum semua! Kamu semua dipersilakan duduk!". Setelah mendengar arahan itu, semua yang hadir mula duduk pada kerusi yang telah disediakan kecuali kami berdua yang masih berdiri.
"sayang pun kena duduk jugaklahh, nanti kesian sayang sakit pinggang! Kan tak pasal pasal abang kena jadi tukang urut sayang pada waktu macamni". Sempat dia bergurau denganku membuatkan aku menjegil geram kepadanya.
Punggung dilabuhkan diatas kerusi disebelahnya.
"okay! Saya tahu mungkin semua orang tertanya tanya kenapa kamu semua dikumpulkan dalam bilik mesyuarat pada hari ini! And mama papa, dani minta maaf sebab minta mama dan papa datang dekat Marteen'sHolding hari ini walaupun dani tahu papa memang tak suka jejakkan kaki dekat sini! ".
Semua yang ada disitu tekun mendengar apa yang ingin disampaikan oleh CEO Marteen'sHolding itu tanpa sebarang suara.
Sedang aku ralit mendengar ucapan marteen, aku sempat menangkap jelingan tajam eita haneesya kearahku yang duduk tidak jauh dariku.
Kenapa dia asyik jeling aku je dari tadi?.
Abaikan jelah dia! Bukannya aku datang sini nak gaduh dengan dia pun!.
" Seperti yang disangkakan oleh semua, saya memang ada sesuatu yang amat penting yang nak disampaikan dalam mesyuarat kali ini dan saya harap apa yang saya nak sampaikan ini, kamu semua dapat terima dengan hati yang terbuka!".
Dia kelihatan begitu tenang menuturkan setiap patah perkataannya itu.
" sebelum tu, saya sebagai CEO Marteen'sHolding sangat berbesar hati untuk mengucapkan terima kasih dah tahniah kepada semua staf disini kerana telah bertungkus lumus dalam bersama sama memajukan Marteen'sHolding ini! Saya sangat menghargai jasa kalian semua itu! Dan tidak lupa juga kepada mama dan papa yang banyak menyokong dah membantu saya dalam memajukan diri dalam dunia bussines ini! ".
" thank you mama, papa! ". Tangan kanannya diletakkan dibahu kirinya dan Badannya dibongkok sedikit kearah mama dan papa.
Gembira aku apabila melihat senyuman yang terpancar pada wajah mama dan papa.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...