39

1.5K 54 4
                                    

            "imannn". Mia terus memelukku erat apabila aku muncul dihadapannya.

" aku tak kuat mia! Aku fikir yang aku boleh hadapi semua ni tapi tak...".aku tersedu sedan dalam pelukannya.

"janganlah cakap macam tu iman! Aku tahu kau kuat cuma kau terlalu banyak fikir".  Mia cuba menyalurkan kekuatan kepadaku.

"entahlahh mia!". Aku senyum hambar kepadanya "aku dah taknak fikir dah semua tu, aku datang jumpa kau ni sebab aku nak release stress!".

"okay! Kalau macamtu apa kata kita keluar! Pergi makan makan ke, tengok wayang ke nak?". Cadangnya dengan nada terujanya.

Dah memang itu hobby dia, memang excited terlebih lah.

"boleh... Tapi kau belanja". Ujarku

"bolehhh....apa je untuk kawan aku ni! Asalkan kau happy dan jangan sedih sedih!".

Aku ketawa mendengarnya"thank mia sebab kau sentiasa ada dengan aku susah senang".

" alah so sweet iman mikayla! Yelah kalau kau susah aku tolong dan kalau aku susah kau tolong! Kita ni kan saling melengkapi!".

Aku mengangguk mengiyakannya. Inilah dipanggil sahabat dunia akhirat.

Alhamdulillah.

"dah jom kita pergi siap!".








"abah". Tergaman aku apabila tiba tiba abah muncul dihadapanku begitu juga dengan mia.

Ya Allah, baru je tadi aku happy happy keluar lepak dengan mia, tapi sekarang ni dah datang satu masalah lagi.

"kau tak payah nak terkejut sangatlah tengok muka aku ni!" sindirnya.

"nak apa? Duit? Kalau nak duit iman takde duit! Duit iman semua dah habis dekat abah!".

"kau tak payah nak tipu akulah budak! Takkanlah kau takde duit langsung!". Gertaknya

"pakcik... Kenapa nak marah marah pulak? Cakap elok elok kan boleh?."balas mia dengan nada tegas

"kau siapa nak nasihatkan aku! Aku ni abah dia dan dia ni anak aku! Kau jangan masuk campur boleh tak?" bentakknya kuat.

Bau rokok mula menusuk kuat pada hidungku apabila abah mendekatiku.

" aku nak duit!".dia merenungku tajam.

"takde dan kalau ada pun iman dah taknak bagi dah dekat abah! Duit sebelum ni dah banyak tahu tak iman bagi dekat abah! Tapi abah gunakan duit tu untuk apa? Beli dadah? Judi?". Nadaku sedikit kasar.

"berubahlah abah sementara abah masih ada peluang ni! Ingatlah Allah, lagipun abah dah semakin tua! Jangan sampai nanti nyawa dekat kerongkong baru nak menyesal".

Dia ketawa sinis kearahku"kau? Budak? Nak ceramahkan aku? Heh, hidup aku! aku punya hallah! Kau jangan nak masuk campurlahh". Tengkingnya kuat.

"jangan angkuh bila bercakap! Sekali Allah nak tunjuk, dengan sekelip mata je bala akan datang! Kita ni manusia jangan selalu memandang langit yang tinggi tu tapi selalunya memandang tanah yang rendah supaya kita sedar yang kedudukan kita sebagai manusia lemah hanyalah rendah. Jadi kenapa perlu meninggi diri seperti berada di langit? ". Aku memandangnya penuh harapan supaya dia sedar akan kesilapannya.

"ceramahkan aku pandai! Habistu kenapa kau tak ceramahkan laki kau? Aku tengok dia hari hari masuk kelab usung perempuan sini sana!". Dia ketawa mengejek kearahku.

"lagipun duit laki kau tu datangnya daripada duit hasil judi! Duit haram! Apa bezanya kau dan aku? Kau dengan aku dua duanya terlibat dengan duit haram!". Sinis dia memerliku.

Aku terdiam seketika.

"Pakcik jangan nak main tuduh tuduh ye... Saya...".

"mia..".aku menggeleng kearahnya menyuruhnya supaya berhenti.

"iman takkan bagi duit dah dekat abah walau macam mana sekalipun! Keputusan iman muktamad dan abah dah boleh berhenti jumpa iman!". Keras nadaku sebelum menarik lengan mia supaya masuk kedalam kereta.

"aku tanya kau lagi sekali! Betul kau taknak bagi dah duit pada aku?".

Aku mengangguk laju.

"okay!! Tapi kau jangan menyesal iman! Aku akan buat apa saja asalkan kau akan menyesal iman!kau jangan cakap yang aku tak pernah warning kau! ". Keras nadanya berbau ugutan.

"tuhan tu maha adil abah! Kejahatan tu takkan mampu berdiri lama, lama kelamaan kejahatan tu akan makan diri sendiri juga".  Sindirku membuatkan wajahnya berona marah.

"kau memang anak sial! Kau memang anak yang tak guna yang tak boleh beri keuntungan langsung! Kau jangan ingat kau boleh bahagia dalam hidup kau! Ingat tu iman mikayla binti Mohamad!!". Tengkingnya kuat dan selepas itu dia pergi dari situ dengan wajah yang jelas berapi api.

Aku masuk kedalam kereta dengan lemah.

Segala rasa aku luahkan dengan air mata yang melimpah.

Ya, aku iman yang hanya tahu menangis dan menangis. Aku lembik!.

Mia disebelah pemandu mengusap lembut belakang badanku.

"iman kau banyakkan bersabar, istigfar banyak banyak!".

"baik buruk dia, dia tetap abah aku mia! Derhaka ke aku sampaikan dia pnggil aku anak sial? Berdosa besar ke aku melawan cakap dia?". Soalku bertubi tubi.

"iman... Syhh... Kau jangan fikir banyak snagat iman,". Badanku dipeluk olehnya cuba menyalurkan kekuatan kepadaku.

Ya Allah! Kenapa aku diuji sebegini! Memang tak layak ke aku rasa bahagia walaupun sementara?

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now