Panggilan telefon daripada Alex sedikit sebanyak menganggu fokusku pada pengemasan didalam bilik.
Kenapa dia call malam malam macamni?.
Tanpa membuang masa, butang menjawab aku tekan dan telefon diletakkan di telinga.
"hello Alex!ya ada apa? ".
"hello iman! Iman... Awak tengah buat apa tu?". Soal alex membuatkan keningku bertaut. Takkanlah call semata mata nak tanya tu je.
"urmm saya tengah kemas bilik ni! Kenapa?".
"urmm takde ape cuma saya tiba tiba teringatkan awak je".
Aik, lain macam dia ni!
"kenapa teringatkan saya?". Soalku hairan.
"saya... Sebenarnya.." gugup.
"okaylah Alex.. Awak ada benda nak cakap ke? Kalau takde, saya tutup ye sebab saya tengah busy ni!". Mungkin takde benda penting dia nak cakap!.
"okay.. Good night iman!". Nadanya menjadi kendur. Ni dah kenapa ni?.
"okay.". Talian terus dimatikan.
Peliklah Alex ni! Bosan sangat ke dia sampai call aku! Entah.. Biarlah dia!!. Kalau betul dia bosan, pandai pandailah dia call mia.. Lagipun confirm mia akan layan dia..
Tanpa berfikir lebih panjang, tanganku mula memyambung pengemasanku yang tergendala..
"suzy. Masuk bilik i!". Tegas aku memberi arahan melalui cerobong telefon. Beberapa saat kemudian, kedengaran ketukan pintu di luar.
"masuk!".
"ya boss!". Suzy masuk kedalam ruang pejabat dengan lenggoknya.
"wow.. U look so hot suzy!". Mataku memerhatikan pada pakaiannya yang agak seksi dan pakaian itu membuatkan dia nampak sangat elegant.
"ada ada jelah boss ni, btw tq!". Jelas kedengaran pelat cinanya.
"okay.. I nak u setkan lunch date i dengan perempuan ni! As soon as possible!". Satu kad nombor aku hulurkan kepadanya.
"hai boss.. Jumpa yang baru lagi ke?". Soalnya dengan senyuman pada bibir. Dah masak sangat dah dengan perangai boss dia.
"macam biasa suzy... Tapi i harap u takkan puas dengan kerja ni sebab i akan sentiasa jumpa orang baru... Not the same person for sure!". Ujarku dengan nada angkuh.
"i know boss... I dah kerja lama dah dengan u kan?oklah kalau takde ape, i keluarlah dulu ye boss".
"okay!". Dia menunduk sebelum beredar.
Kedua belah kaki aku silangkan diatas meja dengan senyuman senget pada bibir. " Geena, just wait... and i will see u!". Tak sabar rasanya nak jumpa mangsa baru... Mangsa hotzz dari london kut!
Mataku merenung pintu kedai bakery tempat aku bekerja. Tapi itu hanyalah renungan kosong memandangkan terlalu banyak perkara yang sedang bermain difikiran tatkala ini. Lama kelamaan, satu keluahan berat akhirnya keluar dari bibirku.
" kuatnya kau mengeluh wahai iman mikayla... Tak baik tau asyik mengeluh" mia menghampiriku dengan membawa sepotong kek red velvet. Mia ni macam tahu tahu je aku nak makan kek ni!.
"entahlah mia.. Aku rasa takut sangat ni... Aku takut dengan keputusan aku sendiri!". Dia melabuhkan disebelahku.
"cuba kau cakap dengan aku apa yang kau takut sangat?".
"aku takut kalau aku salah buat keputusan.. Lagipun ni pasal masa depan aku.. Kan tak pasal pasal mamat sewel tu buat apa apa yang tak baik dekat aku lagipun dia bukannya sukakan aku punn.. Aku takutlah!". Luahku dengan nada sayu.
"alah kau ni negatif sangatlah iman.. Cuba kau relax je dan tenangkan fikiran kau... Lagipun kau janganlah buat hal iman, kau pun nak nikah lusa dah.. Kan kecewa puan sri pulak kalau kau buat perangai!".
"kau support aku tau mia walaupun apa pun yang akan jadi!". Tangan mia aku genggam. Aku tahu hanya mia yang ada dengan aku time susah atau senang.
"iyeeee!kau doa banyak banyak dan berserah". Kepala aku anggukan dan cube membuang segala perkara negatif yang bermain di fikiran.
"hye semua!!". Wajah aku angkat dan kelihatan Alex yang masuk ke dalam kedai.
"ouh hye Alex!". Balas mia dengan senyuman melebar.
"macam biasa, saya nak kek red velvet!. Ujarnya dan mia mengangguk. Tanpa dipinta, mia sudah kearah peti untuk mengambil kek.
" iman kenapa muka awak nampak sedih je.. Ada masalah ke? ". Dengan selamba, dia duduk pada kerusi mia tadi.
" okay.. Saya okay je". Jawabku dengan nada buat buat ceria.
"kalau awak ada masalah, just bagitahu saya, mana tahu saya boleh tolong ke?".
Aku hanya membalasnya dengan senyuman.
"boleh saya tanya awak?". Soalnya.
"boleh..".
"kenapa sebenarnya agama awak melarang lelaki dan perempuan dating ye?". Terkejut aku mendengar akan soalannya. Speechless kejap..
" ouh sebenarnya Agama Islam melarang lelaki dan perempuan yang tidak ada ikatan yang sah berdua duaan kerana perkara itu dapat mengundang fitnah masyarakat lagi lagi dating dekat tempat yang sembunyi dan gelap... Bukan itu je tau, kalau lelaki dan perempuan berdua duaan, semestinya akan ada orang ketiga iaitu syaitan... Syaitan ni pula sifat dia adalah menghasut umat manusia untuk melakukan perkara yang tak baik seperti maksiat atau zina... Jadi islam menetapkan peraturan ini kerana mahu menjaga batas lelaki dan perempuan daripada melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan maruah mereka sendiri tercemar". Panjang lebar aku ulas soalan dia.
Dia hanya mengangguk faham.
"kenapa awak tanya ye?". Soalku keliru.
"saya cuma pelik je sebab agama awak dan agama saya sangat berbeza".
"ouhhh". Aku hanya mengangguk faham.
" terima kasih iman sebab bagi saya info pasal islam btw saya suka cara awak bercakap... Tenang je.".
Aku tertunduk mendengar pujiannya.
Matanya yang tidak lepas memandang wajahku membuatkan aku lagi tidak selesa.Mana mia ni? Kenapalah lama sangat dia ni pergi ambik kek? 'rungutku.
" boleh tak awak jangan pandang saya macam tu Alex? ".
" awak ni comellah iman!". Ujarnya tanpa berlapik. Semakin membahanglah pipi aku mendengar pujiannya lagi.
"sorry lambat... Pinggan tiba tiba pulak boleh jatuh tadi!".
Fuhh nasib baik mia datang tepat pada waktunya!.
"kau duduklah sini mia...aku ada kerja dekat belakang". Tanpa balasannya, aku terus melangkah masuk kedalam dapur.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...