37

1.5K 49 2
                                    

             Silauan pagi yang menembusi kelopok mataku membuatkan aku tersedar dari lena.

Ya Allah, ampunkan aku kerana terlepas fardu subuh lagi.

Kepala aku tergeleng kecil, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 pagi.

Kelibat marteen disebelah aku cari.

Tiada,

Aku bangun dari pembaringan dan kepalaku yang sedikit sakit aku pegang dan sandarkannya pada kepala katil.

Pakaian pakaianku yang berterabur di atas  lantai aku pandang lama bagaikan tiada perasaan.

Tidak lama kemudian, bunyi derap kaki yang keluar dari bilik air membuatkan perutku sedikit kecut.

Aku taknak jumpa dia!

Sakit!

Hatiku meronta ronta tatkala ini supaya tidak mahu berjumpa dengannya.

Tapi aku hanya insan lemah yang tidak mampu menuruti kata hatiku sendiri.

"nah upah kau!". Sejumlah not seratus yang sudah terikat tebal disuakan tepat kearahku.

Aku memandangnya hairan.
"untuk apa duit ini?".  Mataku seperti sayu apabila melihat wajahnya.

Aku tak kuat ya Allah! Melihatkan wajahnya menguatkan lagi ingatan perbuatannya terhadapku. Rasa sakit itu semakin membuak buak dalam diri.

Kalau aku tak sabar dan redha atas ujian ini, aku pasti yang aku tak mampu berdiri lagi sekarang ni.

"upah sebab.....". Katanya bergantung dan matanya jatuh menilik tubuhku yang dibaluti selimut dengan senyuman sinis pada bibirnya.

Mataku mencerlung luas dan dadaku berombak kencang.

" awak ingat saya perempuan macam tu ke marteen, hah?  Awak ingat duit awak boleh beli saya ke, hah?". Dadaku turun naik menahan amarah.

Dia ketawa sinis.

"kau jangan nak tunjuk suci depan aku lah perempuan! Aku tahu kau nak sangat duit ni kan!!".  Sejumlah duit itu dilemparkan pada wajahku sehingga berterabur membuatkan aku tergaman.

"semua perempuan yang tidur dengan aku semuanya gilakan duit! Semua sanggup jual tubuh diorang semata mata nak duit aku iman!". Katanya bernada angkuh.

"saya tak macam diorang! Saya ada maruah". Tegas aku berkata.

"kau jangan nak cakap pasal maruah kau yang tak seberapa bermaruah tu lah iman! Aku geli dengar!". Dia ketawa sinis.

Aku memandangnya lama.

"apa salah saya dekat awak sampaikan awak terus menerus sakitkan hati saya? Apa dosa saya pada awak?". Soalku dengan nada menggeletar.

I hate the moment when suddenly my anger turns into tears.

Dia melangkah kearah almari dan menyarung bajunya pada tubuh tanpa mempedulikan soalanku.

" awak tak boleh hukum saya macam ni! Awak tak boleh tuduh saya melulu  tanpa usul periksa! Saya memang orang susah, tapi saya tak pernah langsung ada niat untuk kikis duit awak ataupun keluarga awak, percayalah!". Rayuku berharap agar dia faham dan berhenti menyakitkanku.

Dia masih fokus pada kerjanya tanpa sedikit pun berpaling kearahku.

" awak buat saya macam patung yang tak bernyawa Marteen! Sakit tahu tak? Saya ni pun manusia biasa, ada hati dan ada perasaan yang senang terasa dan terluka".  Tanganku naik memegang dadaku yang berdetak laju.

Tanpa berpaling kearahku, langkahnya mula mengatur kearah pintu bilik untuk keluar.

Dengan langkah pantas, tanganku mengutip semua duit yang dicampakkan olehnya tadi dan menahannya di pintu.

"awak ambil duit awak ni! Saya tak nak!" duit itu aku masukkan kedalam poket seluarnya.

Dia membuat muka sedikit menyampah memandangku" kau jangan nak main tarik tali sangat lah! Kalau kau nak kau ambil jelah, jangan nak buat drama bagailahh! ".

" saya taknak langsung duit awak Marteen Daniall sebab duit awak sedikit pun tak boleh beli saya! ". Ujarku tegas.

" habistu kau nak apa? Nak rumah? Nak handbag? Nak kereta? ".

" saya taknak apa pun! Saya cuma nak satu je daripada awak".  Aku memandangnya lama.

"apa dia?". Suaranya bernada serius.

"saya just nak minta dekat awak supaya berhenti seksa dan sakitkan hati saya...." nafasku bagaikan tersekat dikerongkong, terasa lemah badanku.

"kalau awak nak sakitkan saya lagi! Pleasee!! Seksalah, sakitkanlah saya sekarang sementara saya mampu berdiri lagi... Jangan nanti saya dah tak mampu baru awak seksa saya sebab saya takut.... Saya takut saya tak kuat lagi hadapi awak marteen daniall". Air mataku mula merembes keluar.

Tangannya aku ambil dan letakkan didadaku, dia hanya menurut tanpa sebarang kata " hati saya dah tak kuat dah! Sakit! Awak nak tahu tak? Hati ni, sejak dari kecil lagi tak berherti rasa sakit? Hati ni selalu menangis keseorangan dari dalam tanpa seorang pun sedar...".

Aku cuba ketawa dalam sedih. " tapi takpe, walaupun beberapa kalipun dia disakiti, dia tetap kuatt! ". Aku cuba tersenyum kearahnya yang hanya merenung lama kearahku.

Lama kami berdiam dan matanya hanya tertancap pada wajahku yang semakin lama semakin  dipenuhi dengan linangan air mata.  Aku tersedu sedan tanpa dapat dikawal lagi.

Tanpa aku sangka,  tangannya naik mengelap air mataku di pipi.

Aku tergaman dan dia juga kelihatan begitu. Lantas tangannya ditarik semula.

Wajahnya yang redup tadi berubah menjadi wajah yang tegang apabila dia tersedar dengan tindakannya.

" aku takkan pernah berhenti sakitkan kau iman!". Bentaknya bernada keras sebelum keluar dari situ.

Aku terduduk di lantai mendengarkan ayatnya yang terakhir itu.

Ya Allah! Kuatkanlah aku!

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now