E N D I N G

2.5K 92 20
                                    

Malam itu, Marteen mula melangkah masuk kedalam kondo setelah seharian penat menghabiskan masa berkerja di Marteen'sHolding. Kerana terlalu banyak kerja yang perlu diuruskan di pejabat, dia terpaksa balik lewat malam pada hari ini.

Matanya meliar memandang sekeliling kediamannya itu. Kenapa gelap semacam je? 'bisik hati marteen pelik.

"sayang...". Dia mula memanggil isteri kesayangannya itu apabila suasana disekeliling hanya sepi.

Suis yang terdapat di ruang tamu dipetik olehnya.

Tergaman sektika marteen melihat isterinya berada dihadapannya tersenyum manis kearahnya.

"sayang..." terus mati katanya apabila melihat penampilan iman pada malam ini.

Stunning.

Iman nampak begitu cantik sekali mengenakan dress putih labuh dan rambut panjangnya dilepaskan panjang mengurai di setiap bahu kanan dan kirinya. Lebih menyerlah lagi apabila iman turut mengenakan solekan pada wajahnya membuatkan dirinya kelihatan bertambah cantik.

Marteen membalas senyuman iman itu dengan satu kucupan pada dahi iman. Terasa hilang semua penat berkerja seharian apabila melihat senyuman iman.

"Wow! You are so beautiful , You made me lost my word".

"sayang nampak cantik sangat malam ni". Marteen sudah memuji ikhlas isterinya itu.

"malam ni jeke? Sebelum ni tak cantik ke?. Iman sudah mula menarik muncung panjang tanda merajuk.

" sebelum ni pun memang dah cantik tapi malam ni bertambah tambah cantik! Sampai abang rasa nak pandang wajah iman je".

Iman tersenyum lebar mendengarnya.

"abang... Iman ada suprise untuk abang". Bisik iman lembut pada telinga marteen.

Sebelum sempat marteen menjawab, iman sudah menarik tangan suaminya itu kearah meja makan yang terdapat didapur.

Sekali lagi marteen terkejut dengan kejutan yang dibuat oleh iman itu.

"candlelight dinner! So sweet sayang". Kelihatan meja sudah dihias cantik bersama bunga rose segar dan of course ada candlelight.

"jom".
Iman menarik suaminya itu kearah candlelight dinner dan kerusi ditarik oleh Marteen sebelum mereka duduk bertentangan.

"baca doa abang, iman dah lapar ni". Ketawa marteen mendengar rengekan iman itu.

Selesai doa makan dibaca, mereka mula menjamu steak dan juga spaghetti yang dimasak sendiri oleh iman.

"abang macam mana harini kerja? Okay ke?". Soal iman kearah suaminya namun kelihatan suaminya sedang berkhayal.

"abang...". Pnggil iman lagi apabila suaminya masih lagi berkhayal.

"abang! Abang!". Satu petikan jari dipetik oleh iman membuatkan marteen tersedar.

"abang mengkhayal eah? Abang okay ke tak ni? Ke abang penat kerja? Sorrylah sebab iman kacau abang time abang penat macamni". Riak iman sudah serba salah.

"takde la.. Mana ada kacau! Abang okay je.. Cuma..."

"cuma apa bang?". Soal iman ingin tahu.

"abang tak tahu kenapa tapi bila setiap kali abang dengan sayang,abang rasa bahagia sangat.. Abang tak pernah rasa sebahagia ini sebelum ini...".

"and You have no idea how fast my heart beats when I see you everytime..". Luah marteen membuatkan hati iman sudah berbunga bunga.

"I wish I can show you that how much I love you iman mikayla". Matanya kelihatan berkaca kaca menuturkannya.

"i love you too Marteen daniall!". Balas iman dengan senyuman yang penuh ikhlas kepada suami tercintanya.

Marteen bangun dari tempat duduknya dan melangkah mendekati isterinya. Huluran tangannya terarah kearah isterinya.

"sudikah sayang mulakan hidup baru dengan abang. Kita lupakan semua yang pahit dan kita mulakan dengan yang manis."

"Sudikah awak iman mikayla binti Mohamad untuk hidup semati dengan saya, marteen daniall bin tan sri khalid yang hanya mencintai isterinya sepenuh hatinya". Iman mengukirkan senyuman lebar sebelum menyambut huluran tangan itu.

"saya iman mikayla bt mohammad sudi untuk mulakan hidup yang baru bersama suami tercinta saya".

"tq sayang" seusai itu, marteen memeluk tubuh isterinya kedalam dakapannya.

"mulai saat ini, abang dah taknak sayang fikir yang sayang berseorangan lagi dalam dunia ni sebab sayang ada abang, ada babby ni dengan sayang...".

Mendengarkan itu, iman terus mengambil tangan kanan marteen dan mencium tangan itu lama.

" terima kasih abang sebab dah bahagiakan iman.. Iman bahagia sangat sangat"..

Iman dipeluk oleh marteen erat dan mulutnya juga menguncup lembut dahi iman.

" sekarang ni abang dah faham kenapa nama sayang adalah mikayla". Ujar marteen dengan senyuman yang tersirat dibibir.

"mikayla adalah pemberian Allah kepada abang yang sangat bermakna yang pernah wujud dalam hidup abang".

Iman mengangguk seraya tersenyum.

Maksud Mikayla ialah pemberian tuhan dan iman adalah Mikayla kepada Marteen Daniall.

THE END



YEAY! FINALLY DAH HABIS CERITA NI!

TQ SO MUCH KEPADA SIAPA YANG SENTIASA SUPPORT AUTHOR! SENTIASA SABAR TUNGGU AUTHOR UPDATED.

I REALLY REALLY REALLY LOVE YOU❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

RATE ABOUT THIS STORY AND DO YOUR COMMENT😝😝

MEH NAK TANYA PENDAPAT KORANG!

KORANG LEBIH SUKA
CERITA INI ATAU DIA SUAMIKU? EUWW.

KALAU KORANG KOMEN BANYAK BANYAK, AUTHOR AKAN PUBLISH CERITA BARU! 🤭HEHE.

BYE. ASSALAMUALAIKUM!

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now