38

1.5K 57 0
                                    

            Entah kenapa wajah sayu iman pada pagi tadi sering bermain main di ruang kepala sehingga membuatkan aku hilang fokus seharian bekerja.

Degupan jantungnya yang dirasai sendiri oleh tanganku juga membuatkan aku hilang arah.

Wajah redupnya,

Air matanya yang nampak begitu ikhlas,

Kata kata lembutnya tapi kedengaran agak tegas ,

Semuanya sering menganggu fikiranku pada setiap masa sehingga membuatkan aku tidak berhenti memikirkan hal wanita itu.

Kenapa dengan otak aku?

Tak boleh ke iman kau pergi jauh jauh dari kepala aku?

Oleh sebab kau, aku hilang mood nak keluar party malam ni padahal aku tak pernah skip party sebelum ni.

Entah, aku sendiri pun tak tahu kenapa dengan aku!

Dan pertama kali jugaklah aku berdiri dan merenung lama pada pintu masuk kondo aku sendiri sebelum aku masuk.

Entah kenapa aku macam teragak agak untuk masuk kedalam.

Satu keluhan berat aku hela.

Dengan langkah perlahan, kunci dibuka dan langkah kaki masuk kedalam.

Mata meliar memandang sekeliling ruang tamu.

Sepi.

Seterusnya, kaki melangkah kearah dapur.

Juga sepi.

Tudung saji dibuka, kelihatan ayam paprik dan kailan ikan masin sudah tersedia diatas meja.

"walau macam mana sekalipun kau marah dekat aku, kau tak pernah lupa untuk masakkan untuk aku".

Tiba tiba, rasa bersalah kepada iman.

Mata meliar mencari kelibat iman tetapi tiada.

Langkah aku atur menuju kearah bilikku tetapi langkahku mati di hadapan bilik iman apabila terdengar satu suara merdu yang mengalunkan ayat suci Al quran.

Aku terdiam dan menghayati alunan merdu itu.

Terasa tenang yang amat.

Namun disebalik suara merdunya bagaikan terselit suara sayunya yang membuatkan jiwaku sesak.

Pintu biliknya aku tolak perlahan dan kelihatan iman  yang siap bertelekung putih sedang mengaji diatas tikar sejadah.

Bacaannya terhenti apabila dia perasan akan kehadiranku disitu.

"maaf! Aku kacau kau...". Aku berkira kira untuk pergi.

"tunggu". Ujar iman membuatkan langkahku dengan sendirinya bergerak kearahnya dan duduk bersila dihadapannya.

Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu.

Dia hanya menunduk merenung lantai seperti berat untuk bercakap.

Wajah putih bersihnya aku pandang lama.

Cantiknya dia, terdetik dihati yang tiba tiba memuji kecantikannya.

"saya.... Saya...".

"saya apa iman?". Soalku bernada lembut.

"saya nak awak lepaskan saya". 

Wajah aku terus berubah mendengarkan permintaannya. Terkejut barangkali.

"kenapa tiba tiba?" entah mengapa permintaannya kali ini membuatkan hatiku berdetak hebat. Sepatutnya aku tak kesah pun dia nak minta cerai ataupun tak!.

Bukan ke memang itu niat kau sejak dari dulu lagi?.

"sebab saya dah tak mampu lagi dah marteen? Saya dah penat....". Dia mengeluh perlahan

"habistu kau nak cakap yang kau dah give up? Mana pergi kesungguhan dan janji kau pada aku yang kononnya kau tak takkan mengalah dengan aku?". Soalku bernada tegas.

" tapi saya dah tak mampu dah... Saya dah taknak seksa lagi hati saya, cukuplah selama ni je awak seksa jiwa dan raga saya! Saya tak kuatt.... " luahnya dan air matanya juga turut melimpah keluar dari kelopak matanya.

" saya fikir saya mampu ubah awak! Saya fikir saya boleh tolong awak tapi tak..! Saya hanyalah iman mikayla yang lemah, yang lembik, yang selalu menangis... ". Teresak esak dia menuturkan kata.

Timbul rasa kasihan padanya.

"lagipun saya tak nampak apa kebaikan jika kita teruskan perkahwinan ni! Saya taknak disebabkan perkahwinan ni awak sentiasa bergelumang dengan dosa, awak tahu kan apa balasan pada suami yang tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaiknya?". Soalnya bernada lemah.

Kepalaku menggelang laju." tak! Aku takkan lepaskan kau iman! ".

" tapi kenapa? Tak habis lagi ke awak seksa hidup saya? Lepaskanlah saya, biar saya tinggal dengan ibu dan kembali pada kehidupan saya yang sebelum ni! Lagipun awak pun tak suka saya masuk dalam hidup awak!".

"kalau aku lepaskan kau! Habistu mama dan papa macam mana? Mesti diorang marahkan aku?". Bentakku.

" tak gunanya kalau awak pertahankan perkahwinan ni hanya kerana nak jaga hati mama dan papa!  Habistu hati saya macam mana? Lambat laun diorang akan faham jugak! ". Ujarnya tak mahu kalah.

" habistu kau nak biarkan hati mama dan papa terluka? Kau nak tengok diorang kecewa, hah? ".

Dia menggeleng dan menunduk merenung lantai.

Terasa tangan gatal saja ingin mengelap air matanya di pipi tapi ego mengatakan untuk tidak melakukan sebegitu.

" itu balasan kau sebab masuk dalam hidup aku tanpa aku pinta! Jadi kau tak boleh mengalah lagi iman! Kau kena lagi hadap aku! ". Bibirku dikertap.

Entah kenapa hati ini kadang kadang menjerit supaya tidak berhenti menyeksanya dan kadang kadang menyuruh supaya berhenti menyeksanya

Arghhh! Kenapa dengan aku ni?

" tolonglahh! Saya merayu dekat awak marteen! Saya dah tak mampu, saya dah penat dengan semua ni.... Tolonglah faham saya!". Rayunya bersungguh sungguh. Jelas wajah sayunya menjelaskan kesakitan yang dia rasa.

"pipi saya ni dah tak mampu lagi kena tampar dengan awak! Tubuh saya ni dah tak mampu untuk merelakan hanya untuk memuaskan nafsu awak! Air mata saya ni dah tak mampu lagi nak mengalir sebab dah terlalu banyak dah pecah! Dan hati saya ni dah tak mampu lagi untuk disakiti lagi sebab lukanya dah semakin dalam dan mungkin tiada ubatnya".

Aku hanya memerhatikannya yang meluahkan perasaan yang terbuku didalam hatinya.

Ya Allah! Jahatnya aku kerana tak pernah fikir perasaan dia sebelum ni?

Jahatnya aku kerana selalu menyeksa dia sebelum ni tanpa aku rasa bersalah!

"is okay kalau awak taknak buat keputusan lagi... Cuma saya harap awak pertimbangkanlah permintaan saya".

Tanpa kata, aku bangun dari situ dan ingin melangkah keluar dari biliknya.

"marteen..". Panggilan lembutnya membuatkan langkahku terhenti dan memandangnya.

" saya rasa otak saya ni dah banyak sangat fikir! Jadi boleh tak kalau saya nak minta izin dengan awak saya nak stay rumah mia malam ni?". Matanya lama merenung wajahku sehinggakan aku rasakan renungannya padaku malam ni sangat lain. Seperti bukan iman mikayla yang aku kenal dulu yang tak pernah merungut dan yang tak pernah tunjuk perasaan walaupun waktu tu dia sangat sedih.

Tanpa berfikir panjang aku mengangguk perlahan.

"terima kasih".

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now