"kau kenapa iman? Aku nampak muka kau macam sedih je? Badan kau pun makin susut". Soal mia prihatin.
"okay je! Mana ada aku sedih!" dalihku.
"habistu muka kau monyok je ni? Selalunya kau happy je bila kita keluar! Cerita lah dekat aku, kau ada masalah ke? ".
"takde mia, kalau aku ada masalah, aku takkan ajak kau keluar sekarang ni! Aku okay je!". Satu senyuman lebar aku ukirkan kepadanya.
"manalah tahu kalau kau ajak aku keluar sebab kau nak release stress kau tu!".
Aku terdiam. Memang betul pun tekaaan mia!. Aku rasa macam hati aku semakin terseksa apabila hanya memerap je dalam rumah. Bermacam macam perkara yang datang menganggu fikiran aku.
" hah tengoktu! Kau termenung lagi! Jujurlah iman apa masalah kau yang sebenarnya!". Dahinya berkerut melihatku.
"mia aku laparlah, jom kita pergi makan!" dari tadi lagi perut aku ni duk memainkan gendang sebagai meminta untuk diisi.
"kau jangan nak tukar topik boleh tak?" mukanya tidak puas hati.
"eah kedai tu jual makanan Westernlah, jom kita pergi!". Tanpa balasannya, aku mendahuluinya masuk kedalam sebuah cafe.
" kau ni kan iman!". Dia memandangku geram sebelum melabuhkan punggungnya disebelahku..
"rilekslah mia! Kita keluar ni sebab kita nak happy happy, janganlah masam macam ni!". Tegurku apabila melihat wajah sahabat baikku yang masih mencebik.
"okay fine kalau kau taknak cerita dekat aku! Sebagai balasannya aku nak order banyak banyak dan kau yang bayar!".
"okay! Order je ape kau nak!".
"amboi kau, mentang mentanglah gaji besar bukan main lagi kau ye!". Aku ketawa mendengarnya.
"apa salahnya kalau berkongsi rezeki kan!".
"hah tu yang aku suka dengar! Lepasni kau belanja aku tudung pulak!"
" engkau ni! Bagi betis nak paha pulakk!". Kami hanya ketawa.
"eah iman!". Tiba tiba Tegur satu suara dibelakang. Lantas aku palingkam wajah kearah belakang.
"rayden, haikal...". Mereka berdua senyum kearahku.
" boleh kami join korang?".
Belum sempat aku menjawab, mereka berdua sudahpun mengambil kerusi di meja sebelah dan duduk dihadapan kami. Baik tak payah tanya kalau macam ni!.
"hai si cantik manis! Nama apa?". Rayden bertanya pada mia. Suaranya meleret leret.
" Mia Anati".
" nama saya rayden dan ni syed haikal!". Mia hanya mengukirkan senyuman kearah mereka.
"diorang ni kawan kepada suami aku!". Jelasku apabila memahami mimik muka mia yang bertanya 'siapa mereka?.
" eah jomlah order! Korang pun tak order lagi kan?". Soal haikal dan terarah kepada aku. Perlahan aku mengeleng.
Selepas memesan makanan, kami diam seketika kerana terasa suasana agak janggal. Yelah, aku mana biasa lagi dengan diorang berdua ni.
"Mana dani? Kenapa tak keluar dengan dia?". Soal rayden dan terarah kepadaku.
"entah.. Dia busy kerja kut..".
"busy? Seriously iman! I tak rasa yang dia busy kerja.. Mungkin busy dengan benda lain...". Kata kata rayden seperti dia tahu apa yang dani sedang buat apa.
Tapi ikut dialah buat apa? Aku tak nak tahu pun.
"biarjelahh dia! Saya tak kesah pun..".
Mendengar jawapan aku, mereka berdua tiba tiba ketawa sesama sendiri. Aku dan mia pulak memandang pelik sesama sendiri.
Kenapa dengan diorang ni tiba tiba ketawa?.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...