"aku nak duit!".
Wajahnya yang sedikit serabai aku pandang lama. " minggu ni saja abah dah minta duit dekat iman sebanyak 3 kali, abah buat apa sebenarnya dengan semua duit tu?".
"aku nak buat apa pun ikut suka hati akulah! Yang kau nak menyibuk apasal? Aku cakap nak duit, kau bagi jelahh!". Herdiknya kuat.
"takde! Duit iman dah habis".
"kau tak payah nak tipu akulahh! Laki kau kan kaya, pemilik casino terbesar! takkanlah dia tak bagi kau duit!".
Aku memandangnya dengan penuh kehairan.
"macam mana abah tahu?".
"heh! Kau ingat aku tak nampak yang korang berdua bergaduh dekat casino malam tu, aku ada mata aku nampaklah!".
"habistu macam mana abah tahu yang perempuan tu adalah iman?". Memang soalan ni yang aku nak tanya dari dulu, yelahh muka aku sekarang dan dulu kan berbeza. Mustahillah dia boleh cam aku.
"kau ingat aku pekak ke? Masa korang bergaduh tu, aku dengar laki kau ada sebut nama panjang kau! Tapi bagus jugak, sekurang kurangnya aku dapat tahu yang kau anak aku!". Dia ketawa kecil menceritakan itu.
"bagus sebab boleh ugut iman kan?". Suaraku mengendur. Kalau tak kerana keselamatan ibu, aku takkan bagi duit walaupun seringgit dekat abah.
"kau jangan banyak cakap boleh tak! Aku cakap nak duit, kau bagi jelahh!". Tangannya naik mencengkam kedua belah pipiku.
"sakitlahh... Lepas lahh..." aku meronta ronta untuk dilepaskan namun cengkamannya semakin kuat.
"ye.. Iman bagi duit... Lepaslahh....". Mendengarkan itu, aku dilepaskan bersama senyuman lebar terukir pada bibirnya.
"lepasni kau jangan lari daripada aku kalau kau taknak ibu kau hidup susah". Selesai memberi amaran, dia berlalu dengan begitu sahaja.
Belakang badannya yang melangkah pergi aku pandang dengan gigilan di badan. Rasa trauma kembali menghantui diriku.
Tengah hari itu, aku hanya memilih restaurant yang berhampiran untuk lunch. Suzy takde, so sengsorang jelahh.
Selepas mengucapkan terima kasih kepada waitress yang menghantar pesananku, tangan ditadah untuk membaca doa makan.
Kalau suzy ada kan best, takdelah rasa bosan sangat dengar mulut murai dia tu bercakap.
Tiba tiba, Jantungku berdetak hebat apabila melihat Alex yang melangkah masuk kedalam restaurant.
Janganlah dia perasankan aku,.
Namun aku menjadi tidak tentu arah apabila dia berjalan menghampiriku.
"Assalamualaikum". Hatiku yang gusar tadi tiba tiba menjadi tenang apabila dia memberi salam.
Dia dah islam.
"Waalaikumussalam". Tanpa sedar, satu senyuman lebar aku ukirkan kepadanya.
"boleh saya join but don't worry many people around here". Pintanya dan aku mengangguk.
Suasana agak janggal tapi aku hanya berlagak biasa.
"so iman, saya sebenarnya nak minta maaf kat awak atas apa yang jadi haritu, saya sedar yang saya terlalu ikutkan perasaan! Can we be friend again?". Jelas raut tenang wajahnya tatkala ini.
Aku tersenyum mendengarnya" saya dah maafkan awak dah, kita kan kawan".
Dia tersenyum mendengarnya.
"harapnya persahabatan kita macam dulu balik dan saya taknak kita putus kawan disebabkan masalah haritu.. Saya dah redha kalau awak bukan jodoh saya iman".
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...