56

1.8K 62 2
                                    

             Aku hanya membiarkan marteen menolakku menggunakan wheelchair masuk kedalam kondo tanpa sebarang kata. Dia pun jugak turut tidak bersuara.

Dia yang bersungguh sungguh nak bawak aku balik ke kondo, kononnya nak jaga aku padahal mama dan papa dah offer nak tolong jagakan aku dekat rumah mereka. Tetapi dia masih berkeras untuk bawak aku pulang ke kondonya.

Wheelchair tiba tiba diberhentikan dan aku memandangnya.

"iman lapar?". Soalnya. Aku tidak menjawab akan soalannya dan lebih memilih untuk berdiam.

"okay, kalau iman lapar, kita makan lepas mandi nak? Iman kena mandi, segarkan badan dulu barulahh kita makan ye sayang!." ujarnya sambil tersenyum manis kearahku. Persis budak kecil dia layan aku.

Aku masih diam.

Tiba tiba, badanku diangkat tinggi olehnya membuatkan aku tergaman.

" apa ni? Turunkan saya! Saya boleh jalan sendirilahh! ". Rontaku agar dilepaskan olehnya. Apa ni nak angkat angkat bagai!.

"iman mana boleh jalan! Kaki iman kan tengah sakit lagi tu! Just stay and i will manage everything for you!".selamba dia berkata.

Mataku membulat luas. Everything?.

"abang boleh angkat iman kalau iman nak pergi mana mana! Abang boleh masakkan untuk iman kalau iman lapar!. Dan abang boleh mandikan iman!". Selamba dia berkata membuatkan bulu romaku menegak.

"no! No! Iman boleh mandi sendirilahh! Jangan macam macam tau!". Pipi aku mula terasa membahang.

Dia menggeleng bersama senyuman nakal pada wajahnya" yes! Yes! Iman kan sakit, so inilah masanya untuk abang jalankan tanggungjawab abang sebagai seorang suami!. ".

Pintu bilik mandi yang berada didalam biliknya dibuka membuatkan aku bertambah gugup. Aku diletakkan didalam tub mandi sementara dia keluar seketika untuk mengambil tuala dan pakaian.

Satu keluhan berat dilepaskan.. Kenapalah kau seliuh kaki? Tengok, tak pasal pasal jadi macam ni pulak! Dahlah nak berjalan pun tak boleh!.

Mataku membutang luas apabila marteen masuk kedalam bersama pakaian dan kain tuala. Dia hanya beriak selamba sedangkan aku ni dah tak senang duduk! Apa aku nak buat ni?

"stop!". Jeritku lantang bersama sebelah tangan yang dihalakan dihadapan menyuruhnya untuk berhenti berjalan. Dia tergaman mendengar jeritanku itu.

"jangan datang dekat! Iman boleh mandi sendirilahh!". Ujarku keras namum dia hanya ketawa.

Boleh pulak dia ketawa!

" kenapa? Iman malu dengan abang ke? Nak malu apa? Abang boleh tolong iman! Lagipun luka dekat kepala iman tu belum betul betul sembuh lagi, kalau kena air macam mana?.". Nadanya sedikit menyakat membuatkan aku bertambah geram.

"kepala dan kaki je yang sakit, tangan okay je lagi! Tengok ni, boleh bergerak kan! Iman boleh mandi sendirilahh!". Balasku tidak mahu kalah. Tangan digerakkan kekanan dan kekiri supaya dia faham yang tangan aku masih lagi berfungsi.

"tak, abang boleh tolong....".

"abang please!". Mata dicerlung garang kearahnya membuatkan kata katanya terhenti.

"okay fine! Tapi iman jangan kunci pintu, abang takut apa apa jadi pada iman !". Pesannya dan kain tuala dihulurkan kepadaku." kalau siap mandi, panggil abang tau! Nanti abang angkat iman!". Pesannya sebelum melangkah keluar.

Nafas lega aku hela. Nasib baik!.








Dia yang terlentok lena diatas sofa aku pandang lama. Wajahnya kelihatan sangat keletihan. Sudah empat hari berlalu, dialah yang uruskan segalanya untuk aku. Dialah yang angkat aku kemana mana wlaupun hanya ke tandas. Dialah yang masakkan aku ketika aku lapar dan dialah yang uruskan segalanya.

Kadangkala timbul rasa bersalah padanya, dalam sibuk dia menjaga aku, dia turut sibuk dengan kerjanya. Walaupun dia tidak pergi kepejabatnya tetapi setiap hari ada je pekerjanya yang datang hantar kerjanya yang bertimbum kerumah. Dahlah setiap petang dia akan hantar aku mengurut untuk mengurut kakiku yang terseliuhq.

Aku bukanlah nak sangat dia tolong aku dan buat semuanya tapi dia yang nak buat semuanya! Sudah ditegah tapi dia menegah aku pulak supaya tidak melakukan sebarang kerja.

Kesian dia! Dia banyak kerja dekat pejabat tetapi kerana aku, dia sudah berhari hari tidak ke pejabat.

Dengan menggunakan tongkat, aku berjalan terhinjut hinjut kearahnya yang lena diatas sofa.

Kaki aku ni pun satu! Bilalah nak sembuh! Tapi aku tengok makin surut pun ada.

Dengan berhati hati, punggung aku labuhkan disebelahnya dan wajahnya aku renung lama. Tiba tiba dengan spontan tanganku menyentuh kening hitam pekatnya yang melebat.

"eah iman! Iman lapar ke? Ke iman nak tidur? Iman nak abang angkat kemana mana ke?". Soalnya bertubi tubi apabila dia melihatku.

Masih lagi nak fikir pasal aku? Dia nilahh kan! Geram je aku!.

Tanpa sedar, hatiku juga sedikit terusik dengan layanan baiknya dan mungkin hatiku juga sedikit sejuk dengannya.

" iman, abang tanya ni? Ke anak papa ni ada mengidam nak makan apa apa?" tulah soalan yang akan ditanyanya pada setiap masa. Tapi masalahnya aku belum terasa langsung nak makan apa apa sejak berbadan dua.

Kepala aku geleng. " abang kalau penat rehatlahh dulu! Tidur atas katil barulah selesa! ". Ujarku lembut.

" abang okay cuma tadi pening sikit je. Tapi sekarang ni dah okay!". Aku menjelingnya tidak puas hati dengan jawapannya itu.

"muka abang nampak penat je!".

Bahuku dipeluk olehnya " abang ni kalau dapat tengok muka iman dah okay! Tenang je rasa". Pipiku dicuit olehnya dan sepantas kilat tanganku mencubit perutnya.

"auchhh sakitlahhh... Sakitlahhh". Rungutnya sambil mengusap usap perutnya yang aku cubit tadi.

"kaki macam mana? Okay?". Soalnya sambil menilik kakiku yang masih bengkak.

"entahlah... Kurang dah rasa sakit!". Jawabku jujur.

"dah lewat malam ni!  Iman pergi tidur dulu lepastu baru abang tidur!". Ujarnya dan dia bangun untuk mencempung tubuhku.

"abang ni tak penat ke asyik angkat iman je setiap masa? Iman ni dahlah berat!"

"memang berat pun! Taklah Abang sebenarnya suka angkat iman". Jawabnya membuatkan aku memandangnya pelik

"suka?".

"yelah suka... Sebab abang rasa yang iman dekat dengan abang! Lagi satu Abang rasa yang abang ni suami yang berguna pada iman". Aku mengangguk faham.

Tubuhku dibaringkan diatas katil. Sumpah aku cakap, dia jaga aku dengan sangat baik sehingga aku terlalu terharu dengannya. Sehinggakan aku lupa yang sebenarnya aku dah nekad untuk membencinya.

"goodnight anak papa! Jangan tendang kuat kuat tau perut mama! Kesian mama nak tidur". Perutku diusap lembut sebelum dahiku dikucup olehnya.

"goodnight sweet heart". Bisiknya lembut pada telingaku sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Ya Allah! Sesungguhnya hati manusia itu mudah berbolak balik sperti hati aku sekarang ini.

Adakah satu kesilapan yang besar jika aku jatuh cinta sekali lagi pada suamiku sendiri?.

Salahkah aku  Ya Allah?.

Wlaupun aku cuba untuk meragui keikhlasan dan perubahannya, namun hati aku jugak ada berkata yakin yang dia sudah berubah

Kalau dahulu dia seorang yang tidak pernah solat, tapi sekarang aku sentiasa nampak yang dia berada ditikar sejadah sujud kepada penciptanya.

Kalau dahulu dia seorang kaki mabuk  tegar yang selalu keluar malam, tapi sekarang aku sentiasa nampak dia berada disisiku pada setiap masa bahkan pada setiap malam.

Kalau dahulu dia seorang lelaki yang bermulut jahat dan sinis, tapi sekarang aku sentiasa dapat rasakan yang setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya dapat menenangkan hatiku.

Kalau dulu dia seorang suami yang tidak bertanggungjawab, tapi sekarang dapat aku rasakan dialah lelaki yang paling bertanggungjawab dan penyayang terhadapku.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now