43

1.7K 76 5
                                    

    "iman! Mama sebenarnya panggil iman sebab mama ada sesuatu nak bagitahu iman". Wajahnya seperti berat dan serba salah.

"kenapa ma? Macam serius je?". Soalku kehairanan.

Sepucuk sampul surat yang bewarna coklat dihulurkan kearahku dan aku menyambutnya dengan teragak agak.

"apa ni ma?". Soalku dengan kening yang tercongket. Sampul apa pulak ni?

"sampul ni adalah amanah terakhir ibu iman! Masa dekat hospital, ibu iman sempat berpesan kepada mama supaya serahkan sampul ni pada iman". Terang mama

"ibu?". Mama mengangguk "bukaklahh".

Sampul surat itu aku buka dengan perasaan yang penuh berdebar debar.

"duit apa ni mama? Banyaknya" tergaman aku dibuatnya apabila isinya adalah sejumlah not 100 yang agak tebal.

"duit iman". Ujar mama membuatkan aku bertambah blur.

"okay macamni, sebelum mama cerita dekat iman tentang semuanya! Iman kena janji dengan mama yang iman akan terima semua ni dengan hati yang terbuka dan tak boleh melenting! Ye sayang". Tanganku digenggam olehnya.

"okay mama".

"sebenarnya duit ni sepatutnya digunakan untuk biayai kos pembedahan ibu yang dulu tu tapi.... Ibu iman bantah sekeras kerasnya pembedahan yang sepatutnya dijalankan keatasnya....".  Suara mama kedengaran serba salah untuk meneruskan ayatnya.

Aku masih terkedu dengan keterangan mama tadi.

" apa semua ni mama? Iman tak faham.".

" sebenarnya pembedahan tu tak dijalankan pun sebelum ni".

Aku tergaman.

"biar betul ma! Setahu iman ibu dah sihat sepenuhnya selepas buat pembedahan dulu dan doktor sendiri yang sahkan dekat iman!". Balasku tidak puas hati.

"maafkan mama iman! Ibu iman yang suruh rahsiakan perkara ni dekat iman dan arwah juga turut sepakat dengan doktor yang merawatnya  ! Awalnya mama pun tak tahu yang ibu iman batalkan pembedahan tu,  pada malam dia masuk ke hospital barulah mama tahu".

Maknanya, sebelum ni ibu hanya berpura pura sihat depan aku.

Ya Allah! Kenapa ibu buat macam ni? Dahlah ibu tinggal sengsorang je kat rumah sebelum ni.

Timbul rasa bersalah pada ibu.

"ibu iman harap yang iman dapat maafkan dia! Dia cakap yang dia taknak susahkan iman lagi dan dia buat semua ni demi kepentingan iman! Dia nak iman guna duit ni untuk sambung belajar balik".

Sayu aku mendengar pesanan ibu itu. Kenapa ibu buat iman macam ni? Takde yang lebih penting dari dunia ini selain ibu!

Sedikit terkilan aku dengan perbuatan ibu.

" iman kuat ye sayang!". Bahuku diusap olehnya.

"duit ni bukan duit iman! Ni duit mama dan papa! Memandangkan duit ni tak digunakan untuk pembedahan ibu, iman pulangkan balik duit ni pada mama". Sampul duit itu aku letakkan diatas tapak tangan ibu tetapi ditolak olehnya.

"duit ni iman guna untuk sambung belajar ye! Lagipun result spm iman sangat cermerlang, sayang kalau dibiarkan macam tu je". Ujar mama dengan muka yang penuh harapan.

"tapi ma...".

"mama tak paksa tapi kalau tak cukup, bagitahu je mama! Mama akan tolong iman". Ujar mama dengan senyuman yang manis.

Memang itulah niat aku selama ni untuk masuk University tapi aku perlu utamakan ibu terlebih dahulu! Last sekali aku hanya batalkan niat aku itu dengan begitu sahaja. Yelah, kos nak masuk universiti kan mahal. Manalah aku mampu!

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now