Rasa sakit sakit pada belakang badan membuatkan lenaku terganggu. Sebaik saja aku mencelik mata, kelihatan wajah Marteen yang hanya beberapa inci didepan wajahku. Matanya masih tertutup rapat dan macam biasa tangannya jugak akan melingkari pinggangku. Dia ni memang suka peluk aku ke apa!
Namun, otak aku mula mentafsir apabila mataku dapat melihat tv yang berada di hadapan.
Aku dekat mana ni?.
Ya Allah! Kami tidur atas sofa panjang rupanya! Patutlah badan aku lenguh semacam je. Oleh kerana sofa itu agak sempit dan hanya betul betul boleh memuatkan kami berdua aja, badanku sesikit terhimpit dengan tubuh Marteen yang lebih besar dariku.
Aku bangun dari pembaringan.
Tapi kenapa macam cerah semacam je pagi ni?. Jam didinding aku pandang.
"Ya Allah! Dah pukul 9 pagi! Dah lewat nak pergi kerja!". Aku menjadi kalut.
"Marteen, bangun! Kita dah lambat ni! Bangunlah!". Bahunya aku tepuk kuat supaya dia tersedar.
Namun, badanku ditarik masuk kedalam pelukannya dan tangannya merangkul erat pinggangku.
"hey lepaslah!". Aku meronta ronta untuk dilepaskan tapi dia semakin mangeratkan lagi Rangkulannya.
"kejaplahh! Aku boss takpe masuk lambat pun!". Dia kelihatan selesa dengan posisinya.
"awak lepaslah! Saya nak mandi ni!".
Dia tidak membalas.
Melihatkan matanya masih tertutup dan masih tiada tanda tanda lagi untuk bangun. Aku memikirkan cara untuk membangunkannya walaupun kedua belah tanganku sudah dikunci olehnya sehingga aku tak boleh bergerak.
Yass! Idea datang!
Aku terus mengigit lehernya kuat menyebabkan dia bangun dan mengaduh kesakitan. Akhirnya, bangun jugak!puas hati aku.
Lehernya dipegang olehnya dan aku direnung tajam olehnya. "kau kenapa hah?". Herdiknya kuat.
"dah awak yang taknak bangun! Jadi saya terpaksalah". Selepas menuturkan itu, aku terus bangun dan berlari kearah bilikku.
"kau tunggu nasib kau nanti
lepasni!. Jeritnya lantang.Lehernya yang kelihatan ada lebam merah kecil aku pandang. Wajahnya yang serius memandu disebelah jugak aku pandang dengan serba salah.
Alamak! Tinggal lebamlah pulak?
"apa pandang pandang?! Ni semua sebab kaulahh, takpasal pasal aku ada love bite!". Bentaknya.
"sorry! Saya tak tahulah sampai lebam macamtu! Tapi tu bukan love bite!". Ujarku cuba mempertahankan diri.
"sorry sorry jelah kerja kau! Nanti kalau orang nampak macammana, apa aku nak jawab dengan diorang ni? ".
"alah awak cakap jelah awak terlanggar dinding ke apa? Atau awak cakap...".
"menjawab! Menjawab aje kerja kau!"cantasnya.
Dia tanya sangat, aku jawab.. Dia kata menjawab pulak.. Sabar jelah wahai iman.
" kau ingat eah! Aku akan balas balik apa yang kau buat dekat aku ni". Keretanya diberhentikan secara mengejut di parking miliknya. Tapi nasib baiklah kami dah sampai di bangunan Marteen Holding.
"alah saya minta maaflah! Saya tak sengaja pun! Saya janji saya tak buat lagi". Tangan aku angkat tanda berjanji namun dia herotkan bibirnya sebelum dia mendekatiku. Badanku mengundur kebelakang namun kedua dua belah tangannya diletakkan di kiri dan kananku sehingga pergerakanku terkunci. Hanya mataku bergerak memandang anak mata hitam pekatnya yang sedang merenung bibir mungilku.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...