18

1.4K 42 0
                                    

       "awak, sarapan jom! Saya ada masakkan bihun goreng ni". Pelawaku apabila melihatnya yang baru keluar dari biliknya.

"boleh tak kau panggil aku 'king'? Kau tahu tak semua orang kat luar sana tu panggil aku 'king'!". Wajahnya sedikit ketat.

Hailahh, pagi pagi lagi dah ketat muka tu.

"tapi saya bukan orang luar". Selamba aku menjawab.

"apa kau merepek ni? Heh, bagi aku kau tu orang luarlah, sedarlah diri tu sikit!".

"awak nak pergi mana tu? Jomlah sarapan". Ajakku lagi apabila dia sudah menuju kearah pintu.

" kau ni pekak ke hah? Kan aku dah cakap panggil aku 'king'!"suaranya meninggi. "aku tak suka orang luar yang tak reti nak hormat aku! Kau faham ke tak, hah?!!"..

Naik gerun aku melihat wajah barannya itu.

"saya minta maaf.... King!". Aku menunduk

"aku nak keluar! Kau makan jelah sarapan kau tu! Aku tengok pun dah takde selera!". Tanpa balasan dia terus keluar dengan begitu saja.

"bukan main aku masak banyak, last last aku sorang je kena makan".

Sabar jelah wahai hati.

Selepas membaca basmallah, bihun goreng disua masuk kedalam mulut.

Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 5 petang. Mia yang sedang menulis sesuatu pada buku aku dekati.

"mia!".

"hmm".

"kalau aku nak balik awal sikit harini boleh tak? Aku nak balik jumpa ibulah, dah berapa hari aku tak jenguk ibu". Pintaku.

Rasa rindu terhadap ibu sedang membuak buak sekarang ini.

"boleh je! Lagipun customer harini macam kurang sikit".

"thank mia! Ni buat aku sayang dekat kau ni!". Badannya aku peluk seerat eratnya.

"dahlah! Dah rasa tersekat nyawa aku kau peluk aku! Tak payah nak sayang sangatlah". Ujar mia dengan nada agak menyampah.

"okay aku pergi dulu tau! Assalamualaikum" beg silangku aku ambil dan langkah aku hayun menuju kearah pintu keluar kedai itu.

"Assalamualaikum, ibu...ooo ibu!". Jeritku.

"waalaikumussalam! Eah iman!".

Baru saja ibu keluar, buru Buru aku kearah ibu dan badannya aku peluk erat. Tidak cukup dengan itu, kedua belah pipinya aku kucup.

"rindunya iman dekat ibu".

"ibu pun rindu dekat iman! Iman balik sorang je ke?".

"ha ah bu! Balik sorang jelah! Mia busy dekat kedai, tupun iman mintak nak balik awal sikit sebab nak jumpa ibu". Terangku.

"bukan mia ibu maksudkan, ibu maksudkan marteen! Mana dia?".

Kepala yang tidak gatal aku garu. Nampaknya terpaksalah aku kena kelentong ibu.

"ouh Marteen! Marteen dia busy dekat office bu, tu yang tak dapat temankan iman jumpa ibu tapi dia kirim salam dengan ibu".

Fuhh! First time aku tipu ibu.

"ouhh, kalau macamtu takpelah, jomlah masuk!".

Aku membontoti langkah ibu ke ruang dapur.

"patutlah ibu rasa macam harini nak masak tomyam lebih sikit, rupanya iman nak datang".

Terus teruja aku. "wah tomyam! Lama  iman tak makan tomyam ibu!"

Nasi aku sendukan ke dalam pinggan dan mula menjamah makanan itu. Ibu tergeleng kecil melihatku.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now