5

1.7K 58 0
                                    

        
         "iman" aku tersedar apabila mendengar suara ibu dan seprti kepalaku disentuh oleh seseorang. Lantas aku mengangkat wajahku dan kelihatan ibu yang tersenyum manis kearahku.

"ibu... Dah sedar?". Senyuman dibibir turut terukir.

"iman kalau penat.. Baliklah rehat dekat rumah.. Ibu okay je dekat sini". "perlahan suara ibu menuturkannya. Tangan ibu digenggam olehku.

" ibu.. Kenapa ibu tak bagitahu iman yang ibu sakit selama ni? Kenapa ibu nak sorokkan hal ni daripada iman".

Riak wajah ibu menjadi kendur apabila aku bertanya akan soalan itu.

" ibu.. taknak iman risaukan ibu dan ibu taknak susahkan iman. ...lagipun ibu ni dah tua iman". Jelasnya dan membuatkan air mataku bergenang.

"ibu... Ibu takkan pernah susahkan iman... Ibu tahu kan iman sayangkan ibu dan iman sanggup buat apa je untuk ibu..".

Tangan tuanya menyeka air mataku.

"simpanlah duit iman untuk masa depan iman.. Jangan bazirkan untuk ibu".

"ibu... Kenapa cakap macam tu? Ibu tahu kan yang iman hanya ada ibu je dalam hidup iman? Iman akan usahakan cari Wang untuk biayai kos rawatan ibu... Iman hanya nak ibu sihat macam dulu"

"tak payahlah iman, kos rawatan tu mahal... Ibu tak kisah kalau rawatan tu tak dijalankan... Ibu dah tenat, jangan bazirkan tenaga dan Wang iman untuk ibu, lambat laun ibu akan pergi jugak iman". Luluh aku mendengar ayatnya itu.

"tak.. Ibu tak boleh kalah lagi bu.. Ibu kena kuat demi iman! Boleh kan bu?". Soalku dan dia tersenyum hambar sebelum mengangguk.

"iman belikan bubur untuk ibu ye.. Mesti ibu lapar". Kataku seraya bangun dan dompet aku ambil.

Ibu senyum hambar kearahku sebelum mengangguk.

"iman pergi dulu ye bu".



"cik iman". Tegur seorang nurse perempuan seraya tersenyum manis kearahku.

"ye saya".

"Doc Kamil nak jumpa awak". Aku memandang pelik kearahnya.

"jumpa saya? Kenapa?"

"saya tak tahulah pulak kenapa! Saya hanya sampaikan pesanan je". Katanya.

"ouhh.. Takpelah.. Tq". Ucapku. Kenapa dia nak jumpa aku? Tanpa berfikir dengan lebih panjang lagi, langkah aku hayun menuju ke biliknya.

Pintu aku ketuk sebelum masuk kedalam"Assalamualaikum doktor nak jumpa saya? ".

" waalaikumussalam, ya saya.. Silakan duduk". Arahnya dan aku hanya menurutinya.

"saya hanya nak maklumkan kepada awak bahawa rawatan keatas ibu awak akan dijalankan pada minggu hadapan.. Kalau awak setuju, sila sign borang ini". Sehelai kertas diletakkan dihadapnku.

Aku memandangnya hairan"tapi saya tak bayar langsung lagi kos pembedahan tu".

"ouh awak tak tahu lagi ke?".

"tahu apa doctor?" apa semua ni? Aku tak faham lah.

"kos rawatan ibu awak telahpun ditanggung sepenuhnya oleh Tan Sri  khalid dan Puan Sri Ramona". Terangnya dan membuatkan aku bertambah blur.

"tan sri.. Puan sri.. Siapa mereka tu dan kenapa mereka yang tanggung semua kos rawatan ibu?" aku kenal ke diorang?

"kalau awak nak tahu diorang ni adalah jutawan yang kaya raya dekat negara kita ni..... Tapi saya tak tahulah atas alasan apa mereka tanggung kos rawatan ibu awak".

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now