"macam mana saya nak buat ni? Awak ajarlah saya king!". Dokumen yang aku tak faham isinya aku suakan kearahnya.
Dia hanya diam membatu. Satu keluhan berat aku hela. "dah dua hari saya kerja sini, dua hari saya tanya awak tapi dua hari tu jugaklah awak tak nak ajar saya! Habistu saya nak pandai macam mana? ". Nadaku sedikit geram. Macam mana tak geram kalau setiap kali aku minta tolong, setiap kali tu jugaklah dia buat bodoh je.
"siapa suruh kau kerja sini? Kau yang nak kerja sangat, kan? Jadi pandai pandailah kaulah settelkan kerja kau! Dan satu lagi, gaji aku bukan dibayar untuk mengajar orang macam kau ni!.". Nadanya sedikit sinis.
"okay fine! Kalau awak taknak ajar takpe, saya minta tolong dengan suzy". Dokumen ditangan aku hempas pada meja sebelum melangkah keluar.
Suzy yang kelihatan sedang menaip sesuatu pada laptopnya aku dekati. Tapi sebelum aku sampai, kelihatan seorang wanita terlebih dahulu sampai di mejanya.
Sesampainya aku disana, tiba tiba perempuan itu berpaling kebelakang dan tanpa sengaja dia terlanggar bahuku. Dokumen ditangan jatuh terhempas pada lantai.
"eah buta ke? Tak nampak ke ada orang!" herdiknya kuat. Eah minah ni, dia yang langgar aku lepastu salahkan aku pulak. Tubuh aku bongkokkan untuk mengambil dokumen yang terjatuh pada lantai.
"excuse me..." kataku mati apabila melihat orang yang aku sangat kenali berada didepanku. Dia juga seperti terkejut melihat wajahku.
"eita". Tuturku perlahan dan dengan spontan mataku memandangnya dari atas hingga kebawah. Tak mungkin...
"eah iman! Kau buat apa dekat sini, hah?". Soalnya terkejut.
"kerja". Otak aku cuba untuk tafsirkan bahawa perempuan yang berada dihadapanku ini adalah kawan rapat sekolah menengah aku dulu. Tak mungkin eita yang dulu berubah bagaikan 360 darjah.
Dia senyum mengejek kearahku" kau cakap apa ni? Kerja? Dekat sini? Buat lawak ke? Kau ingat dengan cara pemakaian kolot kau ni layak ke kerja dekat sini?".
" of course layak! Kalau tak aku dah takde dah dekat sini". Balasku balik. Mulut eita pun nampaknya jugak sudah berubah!.
Dia seakan tidak percaya dengan kata kataku.
"kenapa kau berubah eita? Kau tengok pemakaian kau yang seksi ni! Ini bukan diri kau yang sebenarnya! Mana pergi semua tudung kau?". Akhirnya, terlepas jugak soalan yang aku nak ajukan padanya.
" kau tak payah nak sibuk pasal aku! Aku bukannya eita yang dulu!. ". Selepas itu, dia berlalu dengan begitu saja. Belakang badannya yang berjalan aku pandang dengan pandangan yang kosong.
Kenapa kau jadi macam ni eita?.
"puan iman". Panggilan suzy membuatkan aku tersedar.
"suzy". Aku balas senyumannya. Walaupun suzy ni cina, tapi dialah yang paling ramah dengan aku dekat sini!.
"boleh tak kalau awak ajarkan tentang dokumen ni? Saya tak fahamlah". Dokumen ditangan aku tayangkan dihadapannya.
"okay no problem tapi sebelum tu boleh tak kita pergi lunch sebab dah waktu lunch hour.. Lepas lunch i janji i akan ajar you". Ujarnya. " i tak boleh lapar, nanti i gastrik". Aku ketawa mendengarnya.
"okay boleh! Jap eah saya ambil handbag!". Dia mengangguk.
Langkah aku aturkan kearah bilik. Kelihatan Marteen sedang berbual dengan mikhail sambil bergelak ketawa.
"thank bro! Cuci betul mata aku dekat pejabat kau ni!! Sana sini semuanya menarik mata". Bersungguh suara mikhail. Cakap pasal perempuan lah tu. Cebikku.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...