16

1.4K 47 0
                                    

        
      Aku cuba berlagak biasa walaupun pandangan mata kak deena asyik mengerling setiap gerak geriku daripada tadi. Aku perasaan ekor matanya yang tidak seberapa senang dengan kehadiranku namun cepat cepat aku membuang rasa negatif itu.

" sayang, tolong sendukkan tomyam putih tu". Pinta Marteen dan aku hanya menurut.

Tidak semena, kakiku disepak dari bawah dan tanpa sengaja sudu yang aku pegang terpelanting ke atas meja. Kuah tomyam juga sudah tumpah diatas meja.

"kau ni kenapa? Takkanlah benda mudah macam tu pun tak boleh buat?". Jerkah kak deena dihadapan membuatkan semua yang ada disitu terkejut.

"deena, apa ni? Kenapa nak jerit dekat iman macamtu?". Papa mula bersuara.

"taklah papa, tengoklah dia.. Dani suruh buat kerja mudah pun tak boleh buat!". Bentaknya dengan nada yang lebih meninggi.

"apa ni deena? Iman tak sengaja kan!". Kini abang hafiz pulak backup aku.

"sorry... Iman lapkan dulu". Aku bangun untuk mengambil kain pengelap tapi ditahan oleh Marteen.

"takpe sayang... Biar mak minah je yang buat!".

"takpe.. Saya boleh...".

"mak minah! Tolong lapkan meja kotor ni!". Jeritnya dan mak minah buru buru datang.

Aku kembali duduk. Jelas wajah tidak puas hati kak deena.

" mak minah! Sedap tomyam mak minah harini. Siap ada udang lagi!". Puji kak deena. Aku perasan yang dia makan dengan penuh berselera, siap menambah lagi.

" bukan mak minah yang masak puan deena, ni puan iman yang masak". Mendengarkan itu, tiba tiba sahaja dia berhenti makan.

"u kenapa?". Soal abang hafiz.

"i tiba tiba takde selera lagipun i kan tengah diet".

"dah nak habis sepinggan deena makan, takkanlah baru nak diet". Ujar papa dengan nada yang ketawa.

"entahlah pa, tiba tiba rasa tengkak ni dah tak boleh sumbat makanan ni".. Mendengarkan itu, papa tergeleng kecil.

Jauh dilubuk hati, aku agak terasa dengan kak deena tapi aku cepat cepat sedar tentang kedudukan aku.

"ma, pa.. Dani sebenarnya ada benda nak cakap ni!". celah Marteen tiba tiba bersuara.

"kenapa dani?".

"dani sebenarnya dah bincang dengan iman dan kami dah sepakat yang kami nak duduk rumah sendiri".

Aku memandangnya dan dia hanya tersenyum manis.

Dia Tipu lagi..

"la kenapa? Takkanlah iman dan dani nak keluar dari rumah ni". Sayu kedengaran suara mama.

"tak ma, kami bukan nak keluar dari rumah ni tapi kami kan baru je kahwin.. Jadi kami nak lebih berdikari dekat luar sana tu lagipun kondo kami tak jauh dari rumah ni!".

Aku cuba mencerna ayatnya, maknanya dia dah beli rumah lain tanpa pengetahuan aku! Kenapalah dia ni suka buat keputusan sendiri?

" eloklah tu, papa sokong dengan cadangan kamu.. Sekurang kurangnya kamu berdua ni dapat belajar hidup berdikari di luar sana tu, lagipun korang pun mesti nak ada privasi sendiri kan!".

"tapi mama.."

"alah ma, nanti kalau free, kita pergilah rumah diorang.. Takpayahlah risau sangat lagipun kalau mama bosan, sofea kan ada".

Aku nampak Marteen tersenyum lebar.

"hah eloklah tu pindah, at least kami sekeluarga ni ada privasi sikit!". Ujar kak deena dengan nada sindir.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now