Marteen yang sedang ralit merenung sawah yang menghijau dihadapannya aku dekati. Dia senyum kearah aku apabila perasan yang aku menghampirinya.
" tengok apa tu?". Saja menyoal walaupun dah tahu sebenarnya.
"tu". Sawah ditunjuknya dengan jari telunjuknya.
"pemandangan sawah ni sangat menenangkan kan?". Aku mengangguk.
"tapi ada yang lebih menenangkan hati aku selain pemandangan sawah ni". Ujarnya dengan segaris senyuman pada bibirnya.
"apa dia?". Soalku ingin tahu.
"kau". Ringkas dia menjawab namun sudah mampu membuatkan hatiku berdegup laju.
Lama dia merenung anak mataku dan aku hanya diam membatu. Tidak tahu hendak memberi reaksi apa.
"kalau aku tanya kau sesuatu , kau jawab jujur ye iman".
Aku mengangguk.
"kau sukakan aku?". Soalnya bernada serius.
Alamak! Apa yang aku nak jawab ni!
"urm... Saya...". Kataku mati apabila tangannya mendarat pada dadaku yang menempatkan jantungku yang sedang mengepam laju tatkala ini.
Aku terkesima. Apa dia buat?
"The best feeling is, hearing someone else’s heartbeat and knowing it’s beating that way because of you.". Ujarnya dengan nada yang lembut sambil mengukirkan senyuman manis kearahku.
Ya Allah! Manisnya dia senyum macam tu! Boleh cair aku macam ni!.
Tangan kananku diambil dan turut diletakkan didadanya. Dadanya juga berdegup kencang tatkala ini.
" You have no idea how fast my heart beats when I see you". Sambungnya lagi.
Aku merenung anak matanya dalam dalam bagaikan mencari sesuatu didalamnya. Lama kelamaan, dapat aku rasakan sesuatu pada dirinya yang dapat memberiku kebahagiaan.
Tanpa sedar, aku turut mengukirkan senyuman lebar kearahnya dan senyuman ini juga turut hadir dengan satu perasaan.
"aku tak tahu macam mana dan sejak bila semua ni berlaku, tapi aku rasa....... Aku dah mula sukakan kau iman! Setiap kali aku pandang kau, aku rasakan sesuatu yang tak pernah aku rasakan sebelum ini! Dan rasa itu... Bermula disini.." tanganku ditekapkan pada dadanya yang berdetak laju.
Aku terkedu dengan luahannya itu. Tak sangka yang dia sukakan aku..
" kau pulak macam mana iman?...... Tapi aku faham kalau kau bencikan aku, aku tahu aku dah banyak sakitkan hati kau sebelum ni! ". Ujarnya dengan riak muka yang bersalah.
Aku senyum dengan begitu ikhlas padanya sebelum tangannya aku genggam "You'll always have a special place in my heart no matter how much you've hurt me Marteen".
Dia tersenyum lebar mendengar ayatku itu.
Ya Allah! Bahagianya rasa perasaan ini.
"thank you iman! Aku janji dengan kau yang aku akan cuba untuk berubah". Janjinya dan dia memeluk tubuhku kedalam dakapannya.
Syukur Ya Allah! Aku tak pernah rasa sebahagia ini sebelum ini.
Malam itu aku rasakan seperti ingin menangis kerana terlalu terharu dengan marteen. First time, Mendengarkan alunan merdu suaranya mengimamkan aku ketika solat.
Tak sangka yang dia mempunyai suara yang begitu merdu sekali.
Selesai mengaminkan doa, badannya dipusing kebelakang menghadapku.
"Assalamualaikum".
Kami saling berbalas senyuman seketika.
"waalaikumussalam ". Balasku dengan wajah yang malu malu.
Tangannya aku ambil dan salam.
"sedap suara awak". Pujiku ikhlas.
" tengoklah siapa! Ni marteen daniall lah". Ujarnya mendabik dada.
Mata dijulingkan keatas mendengar pujiannya itu. Angkat bakul sendiri.
"iman". Panggilnya lembut.
"ye".
"can you call me abang and i call you sayang or maybe baby?". Matanya tepat merenung wajahku meminta jawapan.
Nafas lega aku tarik. Dah lama sebenarnya aku teringin nak dia buang panggilan 'kau' aku bila bercakap dengan aku.
"abang? Boleh.. Tapi janganlah pnggil saya baby! Gelilah saya". Macam gedik semacam je panggilan baby tu.
"okay! So, Abang panggil iman 'sayang'".
Tersenyum lebar aku mendengarnya.
"tapi mesti semua girlfriend abang yang dulu pun abang panggil 'sayang' kan? Yelah awak kan mulut manis, suka ayat".
Nadaku sedikit merajuk, cemburu." abang tahu sejarah hidup abang yang dulu sangat teruk, jahill, jahat.. Sedaya upaya manapun abang cuba lupakannya kisah lama abang, abang tak mampu sayang untuk lupakan semua tu! Tapi itu semua kisah lalu, dah berlaku dah punn! Abang dah nak tutup semua buku lama tu dan buka buku baru dengan sayang, boleh? ". Nadanya semakin kendur.
Bahuku dipegang olehnya.
" boleh sayang? Kita tutup buku lama dan buka buku baru! Abang betul betul nak berubah ". Keikhlasan pada anak matanya aku dapat lihat.
Kepala aku angguk.
" dan boleh iman janji dengan abang?". Soalnya.
" janji apa? ".
"janji yang sayang akan sentiasa ada dengan abang! Tolong tarik abang kejalan yang betul kalau abang tersilap langkah lagi! Abang dah taknak ulang dosa yang lalu, dah terlalu banyak dah".
Air mataku mula pecah dari empangan. Aku benar benar dapat merasai keihlasannya untuk berubah.
Syukur Ya Allah.
"iman akan sentiasa ada dengan abang! Iman janji bang". Tangannya aku ambil dan kucup lembut.
Air mataku diseka olehnya.
"tak sangka yang imanlah orang yang abang yang cari selama ni! You know what?" ayatnya dibiar bergantung seketika.
"You’re one of the people I never asked from God but still, He gave you to me. I asked Him why and He said, “Because he know that you can fill my life like no one else can.” ujarnya membuatkan aku bertambah sebak.
Siapa sangka suami yang sangat kejam padaku dulu telah berubah menjadi seorang yang lembut apabila berbicara dan sangat romantis denganku. Setiap ayat yang keluar daripada mulutnya dapat mencairkan hatiku yang sebenarnya telah beku akibat perbuatannya dulu.
" jiwanglah abang ni!". Aku mahu bangun dari situ tapi dihalang olehya. Tidak semena, kedua dua belah pipiku dikucup olehnya.
Aku terkesima dengan perbuatannya.
"Stolen kisses are always sweetest." bisikknya sensual.
Alahai jantung, janganlah berdetak laju sangat sampai aku rasa macam nak rebah dah ni!.
"apa ni?". Tanganku naik mengesat kedua dua belah pipiku.
"tu tandanya cop mohor yang sayang abang punya".
"kenapalah laki aku ni sweet talker sangat". Rungutku perlahan.
"sayang cakap apa? Tak dengarlah".
Laju aku menggeleng"nothing".
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...