"iman menung apa tu?". Soal mama dan aku senyum lebar kearahnya."mama kenapa turun bawah? Mama nak apa apa ke?".
Dia menggeleng.
"mama bosanlah asyik terperap je dalam bilik, takde buat apa. Mama pun dah rasa semakin sihat ni!".
"Alhamdulillah! Tapi mama kena sentiasa makan ubat tau! Jangan buat kerja berat dan yang paling penting jangan stress!".
"terima kasihlah iman sebab ambil berat pasal mama sampai sanggup ambil cuti kerja sebab nak jaga mama!".
Aku senyum kearahnya. " takde apelah ma, lagipun mama dah banyak tolong iman dan ibu sampaikan iman tak tahu nak balas apa dekat ibu!".
" takde apelah iman.. Tadi mama tengok iman menung jauh je, iman tengah fikirkan pasal permintaan papa ke? ".
Lama aku berdiam sebelum mengannguk" ha ah ma! Bila iman fikirkan balik, iman tak pandai nak buat kerja semua tu. Sekolah pun setakat spm je". Nadaku mula kendur.
"hish janganlah cakap macamtu, mama dan papa yakin sangat yang iman boleh! Iman boleh tanya dani kalau tak faham"
"insyaallah, iman akan cuba buat yang terbaik. Kalau mama dan papa rasa itu yang terbaik buat iman, iman ikut je"
Wajah mama kelihatan lega.
"terima kasih iman sebab iman sangat menyenangkan hati mama! Bertuah mama dapat menantu macam iman".
Aku tertunduk malu mendengarkan pujian itu."jom!".
"jom pergi mana ma?". Soalku hairan. Tiba tiba je jom.
"teman mama shopping". Keningnya sudah terjongket sebelah.
"mama kan..".
"mama dah sihat dah iman! Lagipun mama pun nak hirup udara luar barulah macam segar sikit. Ni asyik terperap dalam rumah je! Lagipun mama dah rasa yang mama dah sihat sepenuhnya.". Katanya cuba menyakinkan aku.
"iman jangan risau! Mama dah tanya papa dan dia dah izinkan mama pergi dengan iman".
"okaylah ma". Aku mengalah.
"yeay". Gembira sekali wajahnya.
"jom siap". Tanganku ditarik olehnya menuju ke tingkat atas.
Mataku hanya fokus kepada laptop dihadapan. Busy gila harini, ni semua projek baru lah punya pasal. Sekali sekala kedengaran bibirku mengeluh.
"hai king! U nampak busy je". Tanpa salam atau ketukan, seorang wanita masuk kedalam dengan senyuman yang meleret.
" u ni memang tak reti nak ketuk pintu dulu ke sebelum masuk?".
"ouh perlu ke? Alah u pun sebenarnya tengah tunggu i datang kan? So here i coming". Dasar perempuan gedik, jalan pun dah macam sotong, sempat aku kutuknya didalam hati.
"u nak apa datang sini? Boleh tak u jangan kacau i sekarang, i tengah stress banyak kerja tau!". Rengusku.
perempuan ni selain dapat menyenangkan, kadang kadang tu dapat memberi masalah jugak.
"lah u stress ke king? Don't worry, i boleh picitkan u!". Dia berjalan mendekatiku.
"no please! You keluarlah julia! Ni kan time i kerja, so pleasee!". Tangan aku halakan pada pintu.
"what julia! I bukan julia tau, i ni sally!". Nadanya sedikit meninggi.
"alah penting ke nama u tu? Dah you boleh keluar, kalau u tak nak keluar, i yang keluar!". Aku berkira kira untuk keluar.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...