34

1.4K 52 0
                                    

      
       "hai iman sayang"

Wajah aku ketatkan memandang kearahnya.

"amboi... Ketatnya muka tu! Kenapa ni? Ada masalah ke? Wanna share with me?". Soalnya dengan nada yang penuh romantisnya sambil menuang air kedalam gelas.

"nak apa mikhail? Boleh tak kalau sehari je awak tak kacau saya?". Asyik asyik wajah mikhail je yang mencelah dalam hidup aku.

" saya sebenarnya taknak kacau awak dah tapi saya tengok awak dari tadi lagi duk termenung? Saya kan caring pasal awak, sebab tu saya datang kat awak". Sebelah matanya dikenyitkan kearahku.

Tanpa dipinta, kerusi ditarik dan duduk disebelahku.

"Mikhail! Saya masih hormat awak sebagai adik ipar saya tau, so stop lah kacau saya!". Bentakku.

"tapi awak tak bahagia".sampuknya.

"saya bahagia ke, tak bahagia ke itu semua urusan saya! Takde kena mengena langsung dengan hidup awak! Mind of your business Mikhail danish!". Dadaku berombak kencang menahan amarah.

"iman! Awak tahu tak awak ni bodoh! Awak bodoh sebab stay dengan orang yang tak pernah langsung pandang awak! Abang dani tu playboy, cinta dia boleh jual beli dengan perempuan lain macam tu je!".

Dengan selamba je dia cakap yang aku ni bodoh.

" stoplahh mikhail!! Saya tak tahu kenapa ada awak yang kesah sangat pasal hidup saya! Saya tak minta banyak pun, saya hanya nak minta awak please jangan tambahkan lagi masalah saya... Cukuplah abang awak je! ". Nadaku menjadi lemah. Terasa nafas bagaikan tersekat dikerongkong.

Aku bangun dari situ dan ingin melangkah keluar dari pantri tetapi dihalang oleh Mikhail.

Aku memandang wajahnya dengan kegeraman.

Tak faham bahasa betullah!.

" jangan block laluan sayalahh!". Marahku namun dia tidak berganjak.

"mikhail!!!". Tiba tiba, tubuh mikhail ditolak hingga terdorong ke tepi.

Terkejut aku dengan perbuatan marteen yang tiba tiba datang dari belakang.

"kenapa dalam banyak banyak perempuan dalam dunia ni! Kakak ipar kau jugak kau nak, hah!!". Jerkah marteen. Jelas urat mula timbul di wajahnya.

Namun, mikhail membalasnya dengan ketawa sinis.

Aku tergaman. Kenapa dia ketawa dengan tiba tiba?.

" alah bang! Yang kau nak berkira sangat dengan aku kenapa? Sebelum ni kita share sama sama, kau tak kecoh pun?".

"kau tahu tak iman ni menantu pilihan mama dan papa! Kalau apa apa jadi dekat dia, aku yang kena! Bukannya kau! Jangan disebabkan dengan perbuatan bodoh kau ni, papa akan berubah fikiran untuk tarik balik share dia dengan syarikat ni!". Jarinya ditunding tepat pada wajah mikhail.

Wajah aku tunduk merenung lantai.

'awak buat semua ni bukan sebab nak pertahankam saya, tapi hanya untuk jaga hati papa dan kepentingan syarikat awak saja! Sampai hati awak buat saya macam ni marteen'.

Tanpa menunggu dengan lebih lama, kaki aku hanyun meninggalkan mereka berdua dengan begitu saja.

"iman! Kau tunggu lah aku! Woii!". Jerit marteen daripada belakang.

Kenapa pulak dia ikut aku ni?

Namun, aku terus melangkah tidak mempedulikannya.

"kau ni pekak ke? Aku panggil kau kan!". Dia berlari mengejarku membuatkan aku pelik.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now