23

1.3K 49 0
                                    

        Peluh yang merenik keluar dari dahi aku lapkan dengan lengan baju. Dalam hati rasa dah nak meletup dengan Marteen.

Pintu kondominium mewah itu aku kuak dengan kasar. Langkah aku masuk kedalam dan langkahku terhenti tepat dihadapan sofa yang diduduki oleh Marteen.

Wah! Wah! Bukan main lagi ye siap bergoyang kaki lagi atas sofa.

"awak" nadaku sedikit tegas.

Wajahnya dipalingkan kearahku. " kau dah balik?". Wajahnya kelihatan sangat bersahaja tanpa rasa bersalah pun!

"kenapa awak tinggalkan saya?". Geram betul aku, bila aku melangkah keluar dari bangunan syarikatnya, keretanya sudah memecut laju meninggalkanku. Dia bangun dan berdiri dihadapanku.

"dah kau sibuk sangat layan jantan! Aku tinggalkan jelah kau, lagipun bukan tugas aku tunggu kau layan jantan!". Sinis suaranya. 

" awak ni kenapa? Dia tu kawan saya!  Lagipun awak jugak bagi keizinan untuk kami berdua jumpa tadi, lepastu awak nak salahkan saya pulak! ". Aku sedikit kegeraman, suka hati dia je nak tuduh aku macam macam.

" alah aku tinggalkan kau je pun! Yang kau nak bengang sangat kenapa? Lagipun kau dah selamat sampai rumah kan, takde pulak aku tengok kaki tangan kau patah! ". Katanya sinis.

Okay iman! Jangan balas balik! Kalau balas balik sekalipun, kau takkan menang! Jadi lebih baik kau diam je kalau kau taknak sakit hati! '  nafas aku tarik sedalam dalamnya.

Badan aku pusingkan kebelakang dan berura ura mahu pergi dari situ namun baru beberapa langkah terasa tudungku ditarik dari belakang.

"kenapa ni?". Dia ni memang suka betullah cari masalah dengan aku.

" apa benda yang Alex cakap dekat kau tadi? Dia ajak kau jadi girlfriend dia ke apa?".

" tak". Perlahan nadaku. Perlu ke aku bagitahu dia perkara yang sebenarnya?.

"habistu?". Suaranya masih lagi bernada tinggi.

" bukan ke awak cakap yang awak taknak masuk campur dalam urusan saya?".  Balasku balik membuatkan dia terdiam seketika.

" memang aku taknak masuk campur dalam urusan kau! Tapi kalau kau ada buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah aku! Siap kau!!".  Selepas itu, dia berlalu kearah biliknya dengan begitu saja.

Belakang badannya aku renung  dengan pandangan kosong.

Padahal dia sendiri yang buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah dia sendiri, bukan aku!.

Selepas solat isyak, aku hanya termenung diatas katil. Hailah iman, suka sangat kau termenung sekarang ni!. Nak buat macammana, kondominium ni memang sunyi sangat dahlah hanya ada aku dalam ni. Macam biasa, marteen akan keluar malam dan akan balik pagi.

Semakin lama aku kenal Marteen Daniall, semakin banyak perangainya yang aku kenal sehinggakan aku rasa peluang aku untuk tolong dia berubah semakin tipis.

Dia yang aku kenal seorang yang pemarah, panas baran, ego yang tinggi melangit, playboy dan kaki mabuk!.  Harap haraplah tiada lagi perangai buruknya yang aku masih tak tahu!

Puas aku memikirkan Marteen, Tiba tiba ingatanku kembali pada Alex pada siang tadi.

"awak nak jumpa saya kenapa?".

"saya tak tahu sama ada berita ni adalah berita gembira untuk awak ataupun tak? Tapi awak adalah orang pertama yang saya bagitahu...". Wajannya kelihatan serius membuatkan jantungku sedikit berdebar.

"kenapa ni Alex? Macam serius je?". Aku sudah menjadi tidak sabar.

" saya dah fikir masak masak dan saya... Nak peluk agama islam".

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now