Sambil menunggu marteen yang sedang berbincang dengan pakcik kamal di dalam rumah, aku hanya memerhatikan suasana sawah padi yang menghijau..
"tenang betul dekat kampung ni!". Nafas aku tarik sedalam dalamnnya.
Pada mulanya, aku taknak ikutnya ke kampung ini tapi apabila dia bersungguh sungguh ajakku untuk temannya, akhirnya aku terpaksalah ikut.
Bila aku tanya tentang urusan apa yang dia buat dekat kampung ni dia tak jawab pulak. Dahlah kampung ni boleh kira jauh, ambik masa 3 jam lebih jugak untuk sampai kesini.
"iman,buat apa tu dekat bawah? Kenapa tak duduk dekat atas?". Seorang perempuan separuh abad mendekatiku.
"makcik hasnah, takdelah iman saja je nak ambik angin kampung! Tenang je". Jawabku dengan senyuman manis dibibir. Ramah betullah makcik hasnah ni.
" jomlah makan petang.. Makcik ada buatkan cucur udang ni". Pelawanya.
"buat susah je makcik ni".
"takde yang susahnya iman, lagipun jauh perjalanan kamu berdua dari kl datang ke sini! Mesti iman pun lapar kan". Setelah itu, aku mengikutnya naik keruang tamu rumahnya dan kelihatan pakcik kamarul dan marteen sedang berjamu selera.
"meh makan ni iman". Pelawa pakcik kamarul dan aku mengangguk. Punggung aku labuhkan disebelah marteen.
" terima kasih banyak banyaklah pakcik sebab banyak tolong saya.. Kalau pakcik tak tolong, tak tahulah saya ni macam mana". Ujar marteen dan aku hanya mendengar perbualannya dengan pakcik kamarul.
Apa yang sedang mereka bualkan ni? Kenapa tiba tiba je marteen jumpa pakcik kamarul?.
"lepasni kami dah nak bertolak dah.. Takut lambat pulak sampai sana!". Ujar marteen memandangku.
"dah lewat petang ni! Apa kata kamu berdua tinggal je dekat sini lagipun pakcik tengok dekat luar tu cuaca mendung macam nak hujan". Ujar pakcik kamarul dan disokong oleh makcik hasnah.
"terima kasihlah makcik pakcik.. Mungkin lain kalilah sebab kerja saya dekat pejabat tu banyak sebenarnya". Tolak Marteen lembut.
"baiklah.. Kalau ada apa apa call je pakcik. Insyallah pakcik akan tolong! Kamu berdua hati hati ye balik". Pesan pakcik kamarul.
Selepas bersalaman dengan mereka berdua, kami mula bergerak ke kereta untuk bertolak pulang.
Langit yang gelap di luar aku pandang.
"gelap semacam je! Angin kuat pulak tu". Ujar Marteen sambil matanya meliar memandang sekeliling.
"tulah..macam nak hujan pun ada". Sambungku.
Tidak lama kemudian, air hujan mula turun dengan lebatnya membasahi bumi. Bunyi dentuman guruh kilat mula kedengaran di langit membuatkan aku tersentak.
Kuatnya bunyi petir.
"lebat sangatlah hujan ni! Aku tak nampak jalan depanlah iman!". Ujar marteen kalut.
"awak berhentilah tepi jalan dulu... Bahaya tau".
Dia akur arahanku dan kereta diberhentikan ditepi jalan.
"nampak macam hujan taknak berhenti je dalam masa terdekat ni". Dia mengeluh sambil memeluk tubuh memandang kearah suasana luar yang gelap.
Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 7 malam.
Dah masuk maghrib ni.
Tiba tiba, hatiku menjadi tidak sedap dan sedikit gelisah.
Marteen memandangku pelik"kau kenapa? Gelisah je". Soalnya.
"hah?takdelah mana ada". Balasku. Taknak bagitahu apa yang aku fikir!
"ada iman! Aku nampak kau macam gelisah semacam je!". Soalnya lagi tidak mahu kalah.
"takde...urm...saya... Sejuk je... Kan hujan dekat luar tu" entah datang dari mana idea untuk memberinya alasan sebegitu. Takpelah, tipu sunat.
Dia seperti mencari sesuatu dibahagian dibelakang dan akhirnya jacket hitamnya dihulurkan kearahku.
Aku memandangnya.
"ambillah! Tadi kau kata kau sejuk kan?". Jacketnya dibalut ketubuhku membuatkan aku terdiam seketika.
Melihatkan aku diam, dia senyum kearahku dengan satu kenyitan nakal pada matanya."terima kasih". Ucapku perlahan.
"sama sama kasih".
Aku perasan yang kebelakang ni dia dah lain. Cara dia layan aku pun semakin baik tak macam dulu. Senyumannya juga sering disedekahkan pada aku sejak kebelakang ni. Kalau dulu, nak tengok dia senyum dekat aku pun bukan main lagi payah.
Boleh ke aku percaya yang dia dah berubah?
"iman.. Aku rasa kalau kita tunggu je dekat sini, sampai bilalah kita tak sampai rumah... Kita gerak slow slow lah". Ujarnya dan aku mengangguk setuju.
Dia seperti memandu kereta dengan berhati hati sekali. Tidak ada satu pun kereta diatas jalan raya tatkala ini.
Hujan masih lebat dan guruh masih kedengaran berdentum dentum.
Takutnya aku. Janganlah jadi apa apa dekat kami'.
"Ya Allah!". Kereta dibrek secara mengejut membuatkan badanku terdorong kedepan. Sikit lagi nak langgar dashboard.
"kenapa?". Soalku cemas. Dadaku berombak kencang kerana terlalu terkejut.
"pokok tumbanglah.. Nasib baik aku sempat brek". Suaranya tercungap cungap tapi dihujung suaranya kedengaran sangat lega.
"Alhamdulillah ya Allah.. Habistu macam mana?". Pokok besar yang tumbang dihadapan aku pandang. Nampak gayanya memang jalan ni memang tak boleh lalu dah, pokok yang tumbang tu melintang memenuhi ruang jalan dihadapan
"jalan ni memang tak boleh lalu dah ni! Nak taknak kita kena patah balik jugaklah".
Keluhan berat dilepaskannya.
"tapi kita nak pergi mana?". Soalku memandang kearahnya.
"rumah pakcik kamarul?". Keningnya terjongket memandangku.
"terpaksalah, selain pakcik kamarul dan makcik hasnah, kita memang tak kenal sesiapapun dekat sini". Sambungnya lagi.
"saya ikut awak je". Balasku.
"sweet je kau, selalu nak ikut aku". Sempat lagi dia ketawa dan bergurau.
Aku menjelingnya tajam.
Aku bukan main lagi risau, dia boleh pulak gelak ketawa.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...