1

3K 92 1
                                    

            " Ya Allah makcik! Kenapa ni?" aku meluru kearah seorang wanita yang berusia separuh abad yang tiba tiba rebah pada lantai kedai bakery tempat aku bekerja.

Mujurlah badannya sempat disambut olehku. Wajahnya kelihatan sangat pucat dan nafasnya juga tercungap cungap.

Ya Allah, apa yang aku nak buat ni?. Aku cemas.

"kenapa ni iman?" tanya Mia seraya mendapatkanku.

"aku tak tahu? Tiba tiba je makcik ni jatuh! Badan dia pun mengigil habis ni! Mia apa aku nak buat ni?". Tanyaku cemas.

"macamnilah mia, kau tolong aku papahkan makcik ni kedalam kereta kau, aku nak bawakkan dia ke hospital! Aku pinjam kereta kau jelah mia". Ujarku. Risau apabila makcik dihadapanku ini masih tidak sedarkan diri.

"habistu kedai ni?" wajahnya jelas kelihatan blur.

"kaulah yang jaga, aku pergi sorang je"

Mia membantuku mengangkat wanita ini kearah keretanya dan seterusnya aku membawanya ke hospital.





Mataku memandang kearah wanita separuh abad yang sedang terbaring lesu di atas katil.

Apa yang aku perlu buat sekarang ni? Takkanlah aku nak biarkan wanita ini keseorangan?. Tapi mia dekat kedai sengsorang je? Satu Keluhan kecil aku lepaskan pada bibir.

Tiba tiba, pintu wad itu dikuak dari luar dan kelihatan seorang lelaki yang juga berusia separuh abad masuk kedalam dengan wajah yang cemas.
Dia mengukirkan senyuman manis kearahku sebelum memberikan salam . Aku membalas salamnya dengan satu senyuman manis pada bibir.

Dia menghampiri wanita tadi dan tangannya mengenggam lembut tangan wanita itu. Mungkin lelaki ini adalah suami kepada wanita itu. Jelas kasih sayang yang terpancar pada wajahnya apabila dia memandang wanita yang terbaring lesu itu.

" nama anak siapa?". Lembut saja bicaranya.

"iman".

"cantik nama macam tuan dia". Aku tertunduk malu. Aku tak bolehlah orang puji aku ni.

"terima kasih".

"terima kasihlah iman sebab bawakan isteri pakcik ke sini, pakcik taktahulah apa yang akan jadi dekat isteri pakcik ni kalau iman tak tolong dia... Tq ye iman".

"sama sama pakcik! Lagipun makcik ni jatuh pengsan dalam kedai yang saya kerja, jadi dah memang tanggungjawab sayalah"

" makcik kamu ni degil tau, pakcik dah cakap jangan pergi berjalan sangat sebab pakcik bimbang dengan keadaan dia yang macamni, tapi dia pergi jugak". Jelas wajahnya yang kelihatan risau.

So sweet lah pakcik ni, bisikku dalam hati.

"ermm pakcik, boleh saya tanya sesuatu?". Dia mengangguk.

"makcik ni sakit apa ye?". Terbuak buak persoalan itu bermain di mindaku. Yelah aku yang tengok sendiri macam mana makcik ni rebah, jadi aku pun nak tahulah jugak.

"darah tinggi... Pakcik taktahulah apa yang distress kan sangat oleh makcik kamu ni sampaikan kebelakangan ni semakin teruk darah tingginya, risau pakcik tau". Dia memandang lesu kearah wajah isterinya.

"sabar ye pakcik! Pakcik pun janganlah stress sangat. Mungkin ada hikmah atas apa yang jadi ni, pakcik sabar ye! Perancangan Allah kita tak tahu, mungkin akan ada gembira dihujungnya.". Balasku sekadar memberi semangat kepadanya. Sebenarnya kata kata aku itu juga memang ditujukan khas untuk aku.

" iman nampak macam sedih je? Iman okay". Soalnya prihatin.

"okay je pakcik. Saya nak minta izin dahululah sebab saya ada kerja yang kena buat dekat kedai. Kesian pulak dekat kawan saya sengsorang dekat sana".

"yelah nak.. Terima kasih sekali lagi ye". Dia tersenyum memandangku.

" sama sama pakcik, saya pergi dulu ya, Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam". Jawabnya dan aku menghayunkan langkah kakiku keluar dari wad itu.




"Assalamualaikum ibu". Aku mendekati ibu yang sedang duduk diatas kerusi malas sambil memegang tasbih.

"Waalaikumussalam! Macam mana harini kerja?". Soalan yang wajib yang ibu akan tanya selepas aku pulang dari kerja.

"okay je bu, cuma tadi ada sorang makcik ni pengsan dekat kedai, jadi iman bawalah dia ke hospital". Aku membuka selendang yang aku pakai  dan sangkutkan pada hanger. Stoking kulit dan hand sock juga aku cabut dan letakkan di atas sidaian.

"kenapa? Dia sakit ke?".

"ha ah bu, dia darah tinggi".

Ibu hanya mengangguk faham.

"ibuuuu, ibu masak apa harini? Iman laparlah harini! Iman tak sempat nak makan tadi dekat kedai sebab pelanggan harini ramai". Aku berjalan kearah saji makanan dan membukanya

Tomyam putih dan ikan goreng.

"wahh sedapnya bu! Jom makan bu!". Pelawaku seraya mencedok nasi putih kedalam pinggan.

"makanlah iman! Ibu dah makan, dah kenyang dah! Ibu nak masuk bilik solat isyak dulu". Dia bingkas bangun dan menuju ke biliknya.

Walaupun lauk ini takdelah mahal dan ber'high class', tapi inilah makanan kegemaran aku, asal semua masakan ibu semua jadi makanan kegemaran aku.

Seusai makan, aku menjengah ibu didalam biliknya. Senyap je, selalunya selepas isyak ibu akan mengaji tapi malam ni senyap je

"ibu...."mataku terhenti pada susuk tubuh ibu yang sudah tertidur diatas tikar sejadah dengan kain telekung yang masih tersarung pada badannya.

Aku berjalan mendekatinya dan bahunya aku tepuk perlahan" ibu bangun ibu, bangun tidur atas katil.. Kan sakit badan ibu tidur atas lantai macam ni... Ibu".

Dia tersedar. "Ya Allah, aku tertidur rupanya". Dia mengomel sendiri dan berjalan kearah katilnya. Kain telekung yang tersarung pada badannya dicabut olehnya. Selepas beberapa saat, kendengaran dengkuran halus keluar dari mulutnya. Aku tergeleng melihat ibu, ibu mudah sangat terlelap sekarang ni. Kadang kadang tengah mengaji pun ibu boleh tertidur. Mungkin faktor usia kut ibu jadi macam ni.

Setelah itu, aku bangun dan menuju kearah bilikku untuk mandi dan solat.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now