33

1.5K 51 4
                                    

         "asal kau tak usung je mamat cina sepet tu bawak balik rumah?".  Sindir marteen sebaik sahaja aku melangkah masuk kedalam bilik pejabat.

"awak ni kenapa? Dia ada nama okay!".  Balasku sambil mata dijuling keatas. Tak habis habis moody!.

Sabar iman sabar..

"hAh eloklahh tu backup mamat mata sepet tu! Bukan main happy lagi kau ye dapat berasmara dana dengan dia!". Dia merenung tajam kearahku.

"ya Allah! Apa awak merepek ni! Saya cakap pasal.....".

"dah! Kau jangan nak cipta seribu satu alasan dekat  aku!". Cantasnya dan Dia berjalan menghampiriku dan tiba tiba tubuhku dipaksa duduk diatas kerusi.

"awak buat apa ni marteen?". Soalku pelik.

"kau duduk, kau buat kerja kau! Jangan nak curi tulang nak dating!". Suaranya bernada tegas.

Nafas berat aku tarik.

" saya tak de apa apa pun dengan Alex! Kami kawan biasa je! Awak janganlah salah faham....".

"kau diamm!". Jari telunjuknya diletakkan pada bibirku membuatkan  aku terdiam. Hanya jelingan tajam aku hadiahkan kepadanya.

Dia ni kenapa moody semacam je? Semalam bukan main lagi baik tapi harini dah berubah balik.

"kau jeling aku? Aku korek biji mata kau baru kau tauu!".  Ugutnya dengan jari yang sudah terhala pada mataku.

"atau kau nak aku tutup mulut kau dengan mulut aku?". Keningnya terjongket nakal.

Mendengarkan itu laju aku menggeleng.

Wajahnya semakin menghampiri dengan satu senyuman nakal.

"oppp.... Sorry....". Kami berdua memandang kearah suzy yang kelihatan serba salah. Lantas dadanya aku tolak ke belakang dan melangkah dari situ.

Kepala yang tidak gatal aku garu, pipi pula sudah terasa membahang. 
Kenapalah time begini jugak suzy datang? Memalukan betul! Tapi okay jugak sebab aku boleh lepaskan diri daripada marteen.

"sorry boss.. Iman.....i..."...

"takpe suzy..... Saya memang nak keluar ni.." ujarku.

Sebelum melangkah keluar, sempat marteen mengenyitkan sebelah matanya kearahku dengan satu senyuman yang sangat manis.

Awhh! Cairnya tengok senyuman dia!

Kenapalah mood dia asyik berubah ubah ye? Kejap okay kejap tak! Kejap senyum, kejap masam.

Hailahh sabar jelahh kau wahai iman mikayla!.

"imannnnn!!".

"woi!!! Kau tak dengar ke aku panggil kau ni?"

Tergopoh gopoh aku berlari kearahnya yang berada  di ruang tamu.

"ye.. Ada apa awak panggil saya?". Soalku dengan nada yang masih lembut.

"aku nak air! Kau pergi buatkan aku air!". Arahnya.

Lah. Nak air je ke? Aku ni bagaikan nak luruh dah jantung dengar jeritannya tadi.

"nak air apa?".

"kau buat jelah air apa pun! Takkanlah tu pun aku nak kena fikir untuk kau!".

"tanya je pun. Takkanlah tu pun nak marah!".

Sabar! Tarik nafas!

"yang kau banyak cakap sangat ni kenapa? Kau ni...".

"okay, saya buat". Cantasku.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now