41

1.7K 64 4
                                    

          "ibuuuu". Aku terus meluru mendapatkan ibu yang sedang terlantar diatas katil hospital.

Setelah mendapat panggilan daripada mama yang mengatakan bahawa ibu sedang tenat dihospital, aku terus bergegas ke sini.

Bagai nak luruh jantung aku dengar berita itu.

Oleh kerana ingin terlalu cepat sampai, aku hanya menurut marteen yang menyuruhku mengikutnya naik keretanya supaya cepat sampai ke hospital.

Sayu melihat keadaan ibu yang dipenuhi dengan wayar berselirat yang bersambung dengan tubuhnya.

Wajahnya kelihatan sangat pucat dan tidak bermaya.

Terus pecah air mataku melihat keadaan ibu yang sekarang ini. Aku tak sanggup, aku tak kuat tengok orang yang paling aku sayang berada dalam keadaan macam ni.

Tangan ibu aku genggam seerat eratnya. "ibu, iman datang bu! Ibu cakaplah dengan iman!". Aku sudah teresak esak melihat keadaan ibu.

Mama,papa dan  lain lain yang ada dalam wad ni pun aku tak pedulikan langsung. Fokusku hanya pada ibu sekarang ini.

"iman... Iman....". Bibirnya menutur lembut memanggil namaku.

"ibu.... sayang.... Iman... Sangat.... Sangat". Mendengarkan itu air mataku semakin jatuh bercucuran.

Janganlah jadi apa apa pada ibu!

"iman pun sayangkan ibu... Ibu kena kuat demi iman bu! Ibu tahu kan yang iman hanya ada ibu je dalam hidup iman, ibuuuuu.....".aku semakin teresak esak.

" ibu dah tenat iman.... Iman jaga diri elok elok ye! Jangan lupa segala nasihat ibu ye sayang!". Mata tuanya juga sudah bergenang dan tangannya naik mengesat air mataku

Sebaknya ya Allah.

" ibu janganlah cakap macam tu! Insyaallah ibu takkan apa apa! Iman tunggu ibu sihat ye! Nnati kalau ibu sihat, iman janji yang iman akan bawak ibu ke Makkah! Duit simpanan iman dah cukup" aku cuba mengukirkan senyuman kearahnya cuba untuk memberinya semangat.

"jangan bazirkan duit iman lagi untuk ibu.. Ibu taknak semua tu! Ibu tengok iman dah bahagia dengan marteen pun ibu dah bersyukur". Nadanya semakin lemah.

Ya Allah, janganlah engkau tarik lagi nyawa ibu. Aku masih lagi tak tunaikan impian dia untuk ke Makkah.

" marteen". Tangannya tergapai gapai dan selepas itu disambut oleh marteen.

Mataku hanya merenung wajah lesu ibu tanpa beralih sedikit pun kearah lain.

Pandangannya sangat sayu dan anak matanya juga seperti tidak menggambarkan apa apa pun tatkala ini.

Kosong!

Semakin lama aku merenung anak matanya, semakin kosong aku rasakan!.

"marteen jaga anak ibu baik baik ye! Ibu sayang sangat dekat iman! Tolong bahagiakan dia". Pesan ibu membuatkan aku semakin sebak.

"saya janji ibu yang saya akan bahagiakan iman". Ujarnya membuatkan aku terdiam.

Jangan berjanji kalau tak mampu tunaikan marteen daniall! Bisikku pada hati.

"terima kasih". Ibu senyum kearah kami sebelum tangannya yang mengenggam tanganku terlerai dengan sendiri dan kelopak matanya juga sudah tertutup rapat.

Aku hilang arah.

"ibu... Ibu....". Bahu ibu aku goncang sedikit manalah tahu kalau ibu tertidur.

Mama memeriksa nadi ibu dan serta merta wajahnya berubah sebelum dia menggeleng kearahku.

Aku mati kata.

Duniaku seakan akan berhenti berpusing.

Wajah ibu yang seolah olah sedang lena tidur aku pandang lama.

"ibuuuu.... Kenapa tinggalkan imann...". Badanku menggeletar hebat.lutut mula terasa lembik.

Serta merta hidupku berubah menjadi kosong.

Aku tak kuat.

Aku lembik..

Kenapa semua ini berlaku dengan sangat cepat?

Bagaikan Sekelip mata.

Aku hilang semangat,

Aku terlalu terkejut dengan apa yang telah terjadi.

Duniaku menjadi semakin gelap dan lututku tidak mampu lagi memberiku semangat untuk berdiri.

Aku rebah terkulai tapi sempat disambut seseorang.

"imann". Panggilnya lembut tapi aku tidak berdaya lagi untuk membuka mata.

Katakan bahawa semua ini hanyala mimpi buruk aku saja.

Tolong bangunkan aku daripada mimpi ngeri ini!

Tolong...

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now