8

1.5K 52 0
                                    

             Laju aku mengeleng apabila mendengarkan idea yang diutarakan oleh puan sri Ramona. Hilang terus mood gembira aku.

"kenapa iman? Iman tak layak". Nada aku mendatar. Keluhan kecil aku lepaskan.

Tanganku  digenggam olehnya dan  matanya bersinar sinar memandangku."iman! Tolonglah makcik! Makcik dah buntu, makcik dah tak tahu nak buat apa! Macam macam dah makcik dan pakcik cuba buat tapi dia masih lagi macamtu". Sayu suaranya.

"iman faham makcik, tapi kenapa iman? Kenapa makcik pilih iman? Sedangkan iman tak pernah jumpa pun dengan anak makcik!". Aku cuba menolak permintaannya dengan lembut supaya dia tidak berkecil hati.

"makcik dah fikir masak masak, makcik yakin yang imanlah orang dapat tolong makcik... Tolonglah iman... Makcik ni dah tua, selagi anak makcik masih macam tu, selagi tulah hidup makcik tak tenang". Air matanya jatuh bergenang pada pipi.
Aku kalut... Ya Allah .. Apa aku nak buat ni?.

"makcik... Makcik sabar dulu... Makcik istighfar banyak banyak... Ya Allah, apa iman nak buat ni?". Aku semakin kalut.

"iman tolonglah makcik! Makcik merayu.. Makcik dah tak sanggup tengok hari hari dia pergi tempat maksiat tu, makcik dah tak sanggup tengok dia usung perempuan kesana kesini... Makcik taknak dia hancurkan lebih banyak lagi perempuan dekat luar sana tu.. Makcik taknak dia buat lebih banyak dosa iman. ". Luahnya dengan raut yang penuh kecewa. Jatuh simpati aku melihat keadaannya. Tangannya aku genggam cuba mengalirkan semangat kepadanya.

" makcik bagi iman masa untuk fikir ye.... Tapi makcik janganlah berharap sangat takut nanti kecewa... Insyallah iman akan fikirkan keputusan yang paling terbaik". Tangannya aku gosok cuba untuk mengalirkan kekuatan kepadanya.

"ambiklah masa iman... Makcik tak kisah.... Lagipun makcik dah bincang tentang hal ni dengan pakcik kamu... Dan dia pun setuju... Pakcik kamu pun berharap agat iman dapat menjadi menantu kami".

"yelahh". Keluhan berat aku hela namun aku masih mengukirkan senyuman hambar kepadanya.

Ya Allah! Dugaan apakah yang kau duga kepada aku ni?. Kenapa aku?.


Mataku merenung lama pada bucu katil namun itu hanya pandangan kosong kerana mindaku sedang sibuk memikirkan hal lain.

"tolonglah iman... Makcik merayu..".

"makcik dah tak tahu macam mana lagi nak ubah dia! Hanya imanlah harapan kami sekarang ni!".

"kalau dia dah ada isteri, perempuan perempuan tu semua takkan jumpa dia lagi dah!  Mana tahu dengan ada isteri sebaik iman, dia akan berubah... Dia akan tinggalkan semua perangai buruk dia tu".

"iman tolonglahhh". Kata kata puan sri ramona kembali terngiang ngiang di telingaku.

"iman!". Aku tersedar apabila mendengar suara ibu yang sudah dekat denganku.

"ibu...". Ibu duduk disebelahku

"dari tadi lagi ibu panggil iman tahu tak? Iman fikir apa ni sampai berkerut habis muka?.".

"urmm... Iman... Sebenarnya....".

"iman fikirkan pasal permintaan puan sri ke?". Aku memandang ibu dengan riak terkejut.

"ibu tahu?".

Ibu mengangguk"sebelum puan sri bagitahu iman, dia dah bagitahu ibu tentang rancangannya itu".

"habistu ibu macam mana?".

"ibu cakap yang ibu tak kesah.. Ibu terima apa pun keputusan iman...ibu nak iman fikirkan masak masak tentang hal ni... Ni pasal masa depan iman tau... Ibu tak boleh cakap ya kalau jawapan iman adalah tidak". Rambut hitam pekatku diusap oleh ibu.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now