58

1.5K 48 0
                                    

       
           Aku mengukirkan senyuman manis kearah marteen yang  melangkah mendekatiku yang sedang menonton tv diatas sofa.

"sayang". Dia melabuhkan punggungnya disebelahku dan menghadapku. Riak wajahnya kelihatan agak serius.

"ye". Aku juga duduk menghadapnya.

"abang nak bagitahu sesuatu dekat sayang ni!". Nadanya kelihatan agak berat. Aku memandangnya pelik.

"kenapa ni bang? Kenapa muka abang macam serius je?". Soalku tidak sabar.

"sebenarnya tadi kawan abang, inspektor Razif dia ada call abang... Dan dia ada bagitahu abang pasal abah...".

. Riak wajahku mula berubah apabila mendengarkan perkataan 'abah'  terpacul pada mulutnya. Pasal abah rupanya!.

"kenapa dengan dia?".

" kawan abang cakap yang abah dah kena tangkap semalam sebab dia terlibat dengan kes dadah! Polis sempat tangkap dia semasa dia tengah beli dadah dengan pengedar dekat lorong".

Mengucap panjang aku mendengar berita tentang abah itu. Tak cukup dengan judi, dadah pun dia turut terlibat sama.  Patutlah terdesak sangat nak duit sampai sanggup sakitkan anak sendiri!

Dia semakin tua, tapi tak juga insaf! Perangai dia masih sama dengan dulu! Ya Allah abah, bilalah abah nak berubah?.

"sebenarnya lepas kejadian iman  haritu dengan abah, abang terus upah penyiasat untuk siasat gerak geri abah! Abang sebenarnya risau akan keselamatan sayang". Riaknya jelas menunjukkan yang dia risau akanku.

"terima kasih abang". Ujarku ikhlas.

"terima kasih untuk apa?". Soalnya pelik.

"sebab ambil berat pasal iman! Abang jaga iman semasa iman sakit haritu!".

Dia tersenyum lebar"my pleasure! Dah memang tanggungjawab abang". Tanganku digenggam olehnya.

" sayang". Pnggilnya lagi.

"iye ". Balasku.

"esok ikut abang pergi office nak? Abang ada benda penting nak buat esok dan abang nak sayang ada dekat sana untuk teman abang".

Aku memandangnya pelik

"abang nak buat apa? Kenapa iman kena teman abang?" soalku pelik. Penting sangat ke sampai aku kena kesana. Almaklumlah aku dah lama tak pergi kerja!

"abang nak buat apa tu supriselah tapi sayang kena teman abang esok tau! Abang nak sayang ada dekat sebelah abang dan dengar sendiri apa abang nak cakap esok".

"macam serius je? ".

"memang serius!". Sambungnya lagi dan aku mengangguk faham.

"okay! Tak sabar rasanya nak tunggu esok dan dengar apa yang abang nak cakap". Ujarku dengan excitednya.

"tapi sayang betul ke okay dengan berita abah tu? Abah sekarang ni dalam penjara tau!". Sekali lagi topik abah keluar.

"entahlah... Sedih tu ada jugaklahh, yelah itu kan tetap abah kandung iman.. Tapi kalau itulah jalan yang terbaik untuk abah, iman redha jelahh! Mungkin dengan cara dia masuk penjara, dia boleh berubah ke! Iman percaya yang semua yang berlaku ni ada hikmahnya". Begitu tenang aku menuturkannya dan marteen disebelah hanya mengangguk.

"insyaallah abah akan berubah. Kita sama sama doakan ye". Ujarnya.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now