26

1.4K 47 4
                                    

          " weh bro! Lama tak nampak kau dekat sini!". Tegur syed haikal dan aku duduk dihadapannya dan rayden.

"aku ada! Cuma aku lebih ada dekat club, situ kan lubuk emas!". Kataku seraya tersenyum senget kearah mereka. "sini ada apa? Ada sampah masyarakat yang nak miskin cepat!". Mataku meliar memandang sekeliling. Tempat ni sama je macam dulu, takde yang berubah pun termaksuklah pelanggan yang sentiasa memenuhi ruangan ini.

"sampah tempat ni pun! Ni jugaklah tempat kau, aku dan rayden cari makan!". Ujar haikal.

" weh! Amacam bini kau? Apa citerr". Soal rayden bersungguh.

Sebatang rokok aku kepitkan pada bibir sebelum aku ketawa kepada soalannya.  Asap rokok mula memenuhi ruang apabila aku hembus ke udara. " kau takde soalan yang lebih menarik lagi ke dari tu?". Soalku kasar.

"masalahnya aku kan dah cakap yang aku dan haikal ni dah tertarik dengan bini kau!! Fulamak kulit dia aku tengok , licin je macam ikan segar!". Rayden dan haikal mula ketawa.

"kan aku dah cakap yang aku akan bagi dekat korang lepas aku ceraikan dia!". Tak menyabar betul dua ekor ni.
Gelojoh betul!

"masalahnya bila kau nak ceraikan dia? Bila? Macam lambat je kau buat kerja!". Desaknya.

"boleh tak kau sabar! Aku tak puas lagilah nak seksa dia! Aku baru je dapat sakitkan hati dia sikit je baru, sekurang kurangnya aku nak dia melutut dekat aku! aku tak puas lagi! Kau faham tak?".  Wajah mereka berdua aku pandang serius.

"tak adillah kau bagi dekat kitaorang lepas kau pakai dah! Tu namanya ikan dah busuk!".

"apa yang korang nak sangat dekat perempuan kolot macam tu? Heh! Korang boleh dapat seribu ganda lagi cantiklah dari dia!".

"tak kesahlah semua tu! Yang penting sekarang ni bila kau nak ceraikan dia?". Soal syed haikal.

"entah!".

"atau kau dah mula sayangkan bini kau tu sebabnya kau taknak ceraikan dia! Mulut duk hina dia macam macam tapi dalam hati ada bunga!". Mereka berdua tertawakanku.

"suka dekat dia? Aku takkan sesekali jatuh cinta dengan perempuan macam tu! Tu janji aku!". Serius aku berkata.

"alah kau kalau sayang bini jangan tunjuk sangat ego kau tu! Mulut Cakap nak ceraikan bini tapi hati rupanya sayang dekat bini!". Mereka masih lagi mentertawakanku dengan kuat.

Rahangku dikertap. Terasa begitu tercabar apabila ditertawakan sebegitu.

"ok fine!". Tanganku menghempas kuat pada meja membuatkan mereka terdiam dan memandangku.

"aku akan tidur dengan perempuan tu macam apa yang korang suruh aku buat! dan aku jugak akan ceraikan dia lepas aku puas seksa hidup dia!.......itu janji aku dengan korang berdua!". Bibirku dikertap.

"okay! Let make the deal bro!" rayden dan haikal masing masing memberi isyarat mata.

"Kitaorang bagi masa dekat kau 2 bulan untuk kau bertahan dengan perkahwinan kau dan jika kau  ceraikan bini kau sebelum cukup 2 bulan, kau kalah dan kau kena bagi sejuta untuk aku dan haikal!". Ujar rayden

"atau kalau kau masih tak ceraikan isteri kau lepas tempoh 2 bulan!  Kau jugak kena bagi kitaorang satu juta jugak!". Sambung haikal. Terdapat satu senyuman senget pada bibir mereka berdua.

Senyuman senget aku turut herot pada bibirku. Aku suka permainan ni!  Prinsip hidup aku memang pantang dicabar.

" tapi kalau aku dapat ceraikan dia lepas 2 bulan, korang kena bagi aku sejuta! Setuju!". 

"setakat sejuta apalah sangat! Celah gigi aku jelah". Ujar rayden dengan riaknya.

" okay deal". Tangan kami bertiga bersatu tanda janji sudah terikat.

Aku senyum sinis pada sofa itu sambil menikmati asap rokok yang berada dalam mulut.

"iman Mikayla". Bibirku menutur perlahan namanya.

"so! Date Harini 1 march! Dan kita akan buka balik cerita malam ni pada 2 may, so jangan lupa tarikh keramat ni ye!". Haikal membelek belek telefonnya.

"weh bukan ke 2 may tu hari jadi kau dani?".soal haikal.

Aku ketawa mendengarnya" nampak tak yang hari birthday aku tu aku dapat satu juta! Tu namanya birthday gift! ". Tanganku ditepuk tepuk dan kepalaku sudah terbayangkan aku yang akan menang!. Setakat ceraikan perempuan tu, celah gigi je aku boleh buat.

" bro! Aku tahu kau buat semua ni sebab kau taknak kalah langsung dengan ego kau sendiri tapi aku harap kau still boleh happy dengan janji yang kau buat ni!". Bahuku ditepuk oleh mereka sebelum melangkah pergi dari situ. "cau bro".

Korang tengoklah nanti! Aku tak pernah kalah dengan sesiapapunn!.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now