52

1.6K 53 5
                                    

         Kadangkala aku tersenyum melihat kearah mereka yang sedang seronok bermain dengan anak pantai. Terpancar kebahagiaan di wajah masing masing.

Mereka kelihatan seperti  sebuah keluarga yang  sangat sempurna dan lengkap. Pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak lelaki kecil dan kelihatan perut sang isteri yang membulat menunjukkan dia sedang mengandung.

Such a lovely family.

Perut aku yang masih kempis aku usap lembut. Entah bila pulak giliran aku untuk bahagia?.

Satu demi satu masalah muncul dalam rumah tangga aku.

Sakit hati aku belum lagi habis dengan marteen tapi harini dia tambahkan lagi sakit hati aku. Dia sepatutnya tak boleh tuduh aku melulu macam tu!

Satu keluhan berat aku hela.

Terasa sedikit tenang apabila dapat menghirup udara pantai ditambahi pulak dengan pemandangan indah disini.

Terasa sejuk sedikit hati yang tengah panas ni!

"Assalamualaikum". Tegur satu suara

Wajah aku angkat dan memandangnya, ini perempuan yang aku tengok tadi bersama suami dan anaknya.

"Waalaikumussalam!".

Dia mengukirkan senyuman manis kearahku"boleh akak join awak?".soalnya ramah.

Aku mengangguk.

" hai! Nama akak Affiya Aulia, boleh panggil kak fiyya". Tangan dihulurkan kepadaku.

Tangannya aku sambut" hai, saya iman mikayla, panggil iman".

Punggungnya dilabuhkan disebelahku sambil matanya terarah pada suaminya yang sedang melayan karenah anaknya bermain pantai. Jelas Terpancar kebahagiaan diwajahnya.

"akak nampak iman dari tadi lagi duk termenung jauh! Iman okay ke tak ni?". Soalnya ramah. "maaflah! Akak bukan nak menyibuk, tapi entah kenapa hati akak ni tiba tiba tertarik untuk datang pada iman".  Segaris senyuman manis dihadiahkan kepadaku.

Dahlah cantik, ramah pulak kak fiyya ni! Untung suami dia.

"entahlah kak....".

Aku diam sejenak.

"dia dah kecewakan saya kak sedangkan saya dah percayakan dia sepenuhnya ! Yang sangka indah semuanya sebenarnya adalah duri kak". 

Tanpa dipinta, dia mengusap lembut bahuku. " macam tulah kehidupan, tapi kadangkala yang kita sangka duri tu, adalah bunga yang sebenarnya!  Mungkin kita nampak dari luar duri tu bahaya, tapi kita tak tahu yang sebenarnya duri tulah yang melindungi bunga".

Setiap patah ayatnya aku cuba tafsirkan.

" dulu akak benci sangat dekat suami akak tu! Benci sangat sangat, sampai boleh dikatakan setiap hari bergaduh! Tapi Alhamdulillah dia seorang yang penyabar dan baik, dia sabar je layan karenah akak yang ngada ngada ni! Dan Alhamdulillah akak bahagia sangat sangat dengan dia! ".

Aku tekun mendengar ceritanya itu.

" akak tak tahu apa masalah iman yang sebenarnya tapi... Akak cuma nak pesan yang kita ni tak boleh mudah putus asa dan cepat melatah! Ye, semua orang buat silap iman tapi tak salahkan kalau adanya peluang kedua ".

"tapi kak...iman dah bagi dia peluang banyak kali kak tapi dia still tak berubah! Iman dah give up kak dengan dia!".

"no! Iman tak boleh give up dengan mudah! Iman kena kuat! Ingat iman, semua yang terjadi ni pasti ada hikmahnya".

"dahlah! Jangan sedih sedih! Apa kata iman buat something yang boleh gembirakan iman? Tak payah nak fikir sangat pasal masalah tu, buat serabuk kan kepala je! Pergi makan ke, tengok wayang ke, lepak dengan kawan ke?". Keningnya terjongket memandangku.

"betul jugak tu! Iman malas nak fikir dah!.".

Ideanya diterima baik olehku.

"Aqid! Mai sini!". Dia memanggil anaknya yang sedang mencari ibunya.

"comelnya dia!". Aku tersengih sendiri melihat kecomelannya itu.

"ni anak akak! Aqid namanya".

Pipi Aqid aku gosok.. Gebu betul pipi dia.

"hai aqid handsome". Ujarku kearahnya dia tersenyum lebar kearahku. Suka dia kena puji.

" akak dah nak kena pergi ni iman! Ingat tau jangan sedih sedih lagi! Akak pergi dulu.. Bye.. Assalamualaikum".

Seusai bersalaman dan berlaga pipi dengannya, dia mula melangkah pergi dengan suami dan anaknya.

lega sedikit selepas dapat berjumpa dengan kak fiyya ni. Alhamdulillah, rasa lebih bersemangat.


Hehe, saja nak bagi fiyya dengan kimi menyibuk dekat sini dengan Aqid sekali.

Btw, siapa yang masih tak tahu siapa Affiya Aulia dengan aqid ni, boleh pergi siasat siapa diorang ni dalam buku saya yang lain 

Tajuk dia,  Dia suamiku? Euww.

Pergi siasat nohh! Haha. Pergi siasat peristiwa apa yang telah terjadi dekat diorang sekali.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now