" kau datang sini buat apa? Kalau takde hal penting, kau blahlahh". Bentakku kearah Alex yang tiba tiba masuk kedalam ruang pejabat tanpa sebarang ketukan pun.
Riaknya kelihatan begitu bersahaja.Tanpa meminta izin terlebih dahulu, punggungnya sudah dihenyakkan pada kerusi empuk dihadapanku.
"kenapa? Kau nak cakap yang sekarang ni kau tengah busy kerja?". Senyuman senget dihadiahkan kepadaku.
"come on bro! Aku tahu kau tak boleh fokus kerja sekarang ni!".
Aku memandangnya dengan riak yang penuh menyampah.
"kau nak apa sebenarnya ni? Kalau kau datang sebab nak kacau aku, kau berambuslah Alex! Aku takde mood sekarang ni! Kalau tak kerana kau ni client aku, dah lama aku heret kau keluar dari syarikat ni tau!!". Ujarku bernada tegas.
Semakin lama tengok wajah mamat cina mata sepet ni, semakin panas pula hati ni terasa!.
Kenapa kau kacau isteri aku? Dah takde perempuan lain ke kau nakkan?.
Kalau ikutkan hati, nak je aku tumbuk muka si Alex ni sampai lebam, baru puas hati aku!
"aku tahu kau tak puas hati dengan aku!".
"memang aku tak puas hati dengan kau! Hey, kau memang takde perempuan lain ke nak kacau selain daripada iman? Iman tu isteri aku! Apa hak kau sampai nak pegang pegang isteri aku?". Rahangku dikertap kasar serta mata mencerlung tajam kearahnya. Akhirnya terluah jugak apa yang terbuku didalam hati.
" wo, wo! Rileks bro! Aku dah agak dah yang kau salah faham ni! ".
"salah faham apa? Baik kau jujur sekarang! Kau memang ada hati dengan iman kan?". Jari telunjuk diacukan tepat pada wajahnya.
" rilekslah bro! Kau salah faham ni! Okay, aku mengaku memang aku sukakan iman... Tapi itu dulu! Sekarang ni dah tak dah! Percayalah bro! ". Ujarnya bersungguh sungguh.
"habistu kenapa kau rapat rapat dengan iman? Kenapa kau pegang tangan dia tadi?". Soalku direct.
"that why aku datang ni, aku nak bagitahu perkara sebenar tentang apa yang jadi tadi! Sebenarnya kau dah salah tafsir dekat aku dengan iman! Bukan aku sengaja pun nak pegang iman!".
"okay! Cerita dia macam ni! Kitaorang memang nak bangun dan keluar dari situ, tapi masa kami bangun, aku perasan yang muka iman pucat masatu dan lepastu dia cakap yang dia pening! And masa kau nampak yang aku pegang iman tu, aku nak tolong iman je sebab dia macam nak pitam macam tu, lagipun mia pergi tandas masa tu! Yelah, takkanlah aku nak tengok je kan iman pengsan tanpa tolong dia". Jelasnya panjang lebar.
Nafas aku tarik sedalam dalamnya.
Aku memandangnya lama cuba untuk mencari keikhlasan pada wajahnya. Harap haraplah dia tak tipu aku.
"pleaselahh percayakan aku! Iman tu isteri kau, kau mesti percayakan dia! Lagipun takkanlah iman nak curang dengan kau! Pleaselahh bro, kau jangan sia siakan iman macamtu je"
Rasa serba salah terhadap iman mula membuak buak.
Apa aku dah buat dekat iman tadi? Ya Allah, menyesalnya aku kerana terlalu ikutkan perasaan.
Wajah aku raup berkali kali.
Bodohnyalah kau ni! Selalu buat benda tak fikir panjang dulu!.
"bro! Iman tu isteri yang baik, yang taat pada kau! Walaupun dah macam macam kau buat dekat dia, tapi dia sentiasa terima kau seadanya! So, pleaselahh, jaga iman baik baik!.". Dia beriak tenang tapi matanya menunjukkan seribu harapan kepadaku.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...