" Daripada hasil pemeriksaan kami tadi, ibu cik disahkan menghidap penyakit kanser barah otak tahap ketiga! Harap cik dapat bersabar".
Aku terduduk lemah diatas kerusi panjang yang tersedia dihospital itu. Kata kata doktor tadi membuatkan hatiku sperti disiat siat ngilu sehingga rasanya begitu sakit yang begitu dalam pada hati.
Aku lemah.
Tangisan yang tumpah tidak henti henti dari tadi aku hanya biarkan mengalir begitu sahaja. Aku menekupkan wajahku pada kedua dua belah tanganku melepaskan tangisan semahu mahunya.
"seperti cik boleh agak, pesakit yang menghadapi kanser tahap tiga ni memang sukar untuk diubati. Hanya sebilangan kecil saja yang berjaya diubati dan kebanyakan adalah gagal. Tapi kami akan cuba sedaya upaya kami untuk membuat rawatan yang lebih terapi keatas ibu cik... Tapi ia mmerlukan kos yang sangat tinggi".
"berapa kosnya doktor?".
"22 000".kata kata doktor itu membuatkan aku terkejut yang amat.
Manalah aku nak cari duit sebanyak tu? Setakat Gaji kerja kedai kek apalah sangat?.
Ya allah! Aku buntu! Tolonglah aku!.
"kalau cik bawak ibu cik buat rawatan awal, Insyaallah peluang untuk sembuh adalah lebih besar! Tapi kenapa stage 3 baru cik bawak ibu cik ke hospital?".
"demi Allah doktor, saya tak tahu langsung ibu hidap penyakit sebegini! Dia tak pernah bagitahu pun dekat saya, dia tak pernah pun cerita dekat saya pasal sakit dia".
Ibu....kenapa ibu tak bagitahu iman pasal penyakit ibu? Kenapa ibu perlu sorok sakit ibu daripada iman? Patutlah perangai ibu juga turut berubah sekarang ni!
Orang sekeliling yang memandang pelik kearahku aku hanya biarkan. Tangisan yang mengalir di pipi juga aku biarkan. Rasa sakit di dada mengusai segalanya. Wajah aku tekup dengan kedua dua belah tanganku dan hanya kedengaran esakan dariku.
"eah iman!" tegur satu suara yang pernah aku dengari sebelum ini.
Aku mengangkat wajah memandang kearah pemilik suara itu.
"Ya Allah. Kenapa nangis ni sayang?". Dia meluru kearahku dan terus memelukku.
Tanpa dapat dikawal, aku tersedu sedan dalam pelukannya. Habis basah baju yang dipakai oleh makcik Ramona. Dia mengusap belakang badanku yang teresak.
"Ya Allah! Kenapa ni iman? Cuba iman cerita dekat makcik!". Pujuknya lembut.
Pelukan aku rungkaikan. Kelihatan suami makcik ramona juga turut ada disitu dan dia juga menunggu jawapan dariku.
"makcik... Pakcik......ibu...". Tergagap gagap aku untuk berbicara pada ketika itu tapi aku cuba gagahkan diri untuk bercerita kepada mereka juga.
Tanpa berfikir panjang, aku luahkan segalanya kepada mereka. Aku hanya ingin meluahkan kerana hanya itu yang dapat meringankan bebanku sedikit tatkala itu.
Aku menatap setiap inci wajah pucat ibu dengan rasa sebak. Wayar yang berselirat pada wajah dan badannya membuatkan hatiku luluh.
Tangan tuanya aku genggam erat. " iman sayangkan ibu.. Sayang sangat!! Iman akan usahakan semampu kudrat iman untuk biayai kos rawatan ibu... Iman tak kesah pasal iman sebab iman tak nak tengok ibu dalam keadaan macam ni, iman sakit tau tak ibu! ... Iman tunggu ibu sihat tau bu... "rasa sebak aku cuba kawal. Aku kena kuat demi ibu!!.
" iman". Tangan Mia menyentuh lembut bahuku. Wajahnya jelas simpati terhadapku.
"aku okay mia, kau jangan risaukan aku!". Kataku cuba menenangkannya.
"tapi kau nampak macam..."
"aku okay". Cantasku ringkas.
Dia memelukku daripada belakang. Aku tahu dia cuba memberikan semangat kepadaku."ibu aku akan sihat macam dulu kan mia?". Soalku kerana tidak pasti.
"insyaallah! Aku nak kau bersabar banyak banyak dan kau pun kenalah asyik berdoa minta dekat Allah agar ibu kau cempat sembuh! Yang penting kau tu... Kau kena kuat iman... Kau kena kuat demi ibu kau". Nasihatnya.
"abang... Jangan tinggalkan bihah bang... Bihah merayu bang". Kaki abah dipeluk seerat eratnya oleh ibu bersama tangisan air mata.
"lepaskan aku... Kau jangan halang aku! Tepi!!". Abah meronta ronta untuk dilepaskan. Wajahnya jelas kelihatan bengis.
Aku hanya mampu duduk di hujung dinding dan hanya memerhatikan pergaduhan antara ibu dan abah bersama deraian air mata.
Aku kecil... Aku lemah... Aku takut... Aku tak mampu nak berhentikan pergaduhan mereka... Aku tak mampu nak tolong ibu... Hanya tangisan air mata sahaja yang mampu menemaniku tatkala ini.
"abang...jangan tinggalkan bihah dengan anak... Bihah dah takde sape sape dah selain abang... Abnag tolonglah....". Rayu ibu bersungguh sungguh.
"kau dengar ni perempuan!! Kau ingat aku kesah ke pasal kau dan anak kau, hah!! Tepi.. Jangan halang aku...!". Jerkah abah mmebuatkan bahu ibu terhinjut.
"abang......". Ibu masih lagi merayu.
"kau ni memang tak paham bahasa lah perempuan! Kau memang nak kena aku ajar!!". Tangannya dihayun tinggi dan pipi ibu menjadi sasaran tamparan kuatnya. Tak cukup dengan itu, dia mengheret kasar rambut ibu masuk kedalam bilik.
"ibu.... Ibu..." aku berlari mendapatkan ibu yang kelihatan dalam kesakitan.
"kau jangan nak masuk campur dalam hal ni budak". Tengking abah kuat membuatkan aku menikus.
"tapi ibu sakit..."
"aku cakap diam!". Jerkahnya dan kali ini pipi aku pulak menjadi sasarannya.
Aku menangis kesakitan.
"abang.... Anak tu bang". Jerit ibu. Namun, Abah terus mengheret badan ibu masuk ke dalam bilik dan pintu dikunci dari dalam.
Kedua belah telinga aku tekup semahu mahunya apabila kedengaran suara ibu menjerit kesakitan dan suara ibu merayu kepada abah supaya berhenti memukulnya. Namun, semakin lama semakin kedengaran suara ibu..
"ibuuu". Jeritku kecil seraya tersedar dari mimpi ngeri itu. Nafasku tercungap cungap.
Aku bangun dari sofa dan mengusap wajahku beberapa kali. Bayangan hitam itu kembali menganggu lenaku.
Wajah ibu yang masih tidak sedarkan diri aku renung lama sebelum melangkah kearahnya. Tangan kanannya aku genggam.
" orang jahat tu datang balik ganggu tidur iman bu...". Nafasku tersekat.
"ibu janganlah tinggalkan iman... Iman hanya ada ibu je dalam hidup iman". Tanpa sedar, air mataku tumpah bergenang ke pipi.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...