Awal awal pagi lagi aku sudah terpacak dihadapan rumah mia. Saja datang sini sebab taknak berjumpa dengan Marteen. Malas dah nak fikir tentang masalah aku dengan dia, jadi lebih baik aku datang jumpa mia, bolrh jugak release stress!.
Tentang apa yang jadi semalam pun dah buatkan aku tak senang duduk. Apatah lagi pagi ni nak berhadapan dengannya.
Aku dah nekad dalam hati yang aku akan buang nama Marteen Daniall jauh jauh dalam hidup aku! Aku dah tak nak terseksa disebabkan dia! Aku pun berhak untuk hidup bahagia!.
Aku kena move on!. Itu nekad aku! Lagipun orang biasa macam aku ni mana setaraf jika dibandingkan dengan dia! Bagai langit dengan bumi!.
Mata meliar memandang rumah mia. Kosong je, kereta dia pun tak nampak dekat parkir.
"takkanlah harini pun kerja mia ni, harini hari cuti kut!".
Namun salamku juga tidak dijawab dari dalam. Hanya sepi je.
"mana kau ni mia?". Aku dah naik lenguh berdiri lama lama depan pagar rumah dia.. Call pun tak angkat si Mia ni, dia pergi manalahh? Takkanlah tak perasan aku call dia!
Apa aku nak buat ni?.
Sedang aku berfikir panjang, tiba tiba seseorang berdeham kuat dari belakang.
Automatik badanku berdiri tegak mendengar deheman itu. Walaupun aku masih tidak nampak wajahnya, tapi aku cukup kenal siapakah gerangan orang yang berada dibelakang aku itu.
"hello anakkku!". Ujarnya dengan nada yang teruja.
Badanku terus menggeletar mengingatkan insiden yang lepas. Apa pulak yang dia nak buat dekat aku kalini?.
Dengan takut takut, badanku berpaling perlahan menghadapnya.
Matanya yang kelihatan merah dan dibawah matanya juga kelihatan hitam membuatkan aku semakin takut dengannya.
Tolonglah aku! Aku sangat takut berhadapan dengannya tatkala ini.
" abah nak apa?". Soalku perlahan.
" kau tanya aku nak apa? Jap, Aku nak fikir aku nak apa !". Dia seperti sedang memikirkan sesuatu sebelum senyum sinis kearahku.
"kalau aku nak duit kau taknak bagi kan? Jadi aku perlu fikirkan benda lainlah yang aku boleh minta dari kau!". Ujarnya menyeringai.
Aku memandangnya yang masih memikirkan sesuatu sebelum matanya terhenti pada tanganku.
Apa yang dia nak pulak kali ni?.
" iman anakku sayang! Sebenarnya kau ni sayangkan abah kau kan? Kau kan anak yang baik! Apa kata kau jalankanlah tanggungjawab kau tu sebagai anak yang baik l". Ujarnya tersenyum senget.
"apa maksud abah ni?". Aku tidak dapat menangkap maksudnya katanya itu dan memandangnya tidak faham.
Dia mendekatiku dan bahuku dipeluk olehnya. Terkedu aku dibuatnya dengan tindakkannya itu.
"kau tahu tak aku ni banyak hutang dengan orang, dan diorang semua tengah cari aku sekarang! Kau kan anak yang baik, takkanlah kau tergamak nak tengok abah kau mati dalam tangan orang jahat tu kan?".
"jadi apa kata kau bagi cincin dekat jari kau tu pada aku! Aku gadai, aku dapat duit lepastu aku bayar lah hutang aku!".
Mendengarkan itu, badanku terus menjauh darinya.
Tak mungkin aku akan bagi cincin kahwin aku pada dia!.
"ini cincin kahwin iman! Iman takkan bagi cincin dekat abah!". Bentakku tegas.
Wajahnya terus berubah menjadi bengis memandangku. Tiba tiba, dia berjalan menghampiriku dan cuba untuk mengeluarkan cincin berlian itu pada jari manis aku.
Tak! Aku takkan sesekali bagi cincin kahwin aku pada dia.
Aku bergelut dengannya apabila aku mempertahankan sebentuk cincin pada jari manisku dan dia dengan nekadnya ingin mengeluarkan cincij itu dari jariku.
"please lahh abah...jangan.ambik cincin kahwin iman.... Iman merayu abah....". Aku merayu rayu padanya berharap dia akan kesian kepadaku.
"aku cakap bagi, bagi jelahh dekat aku!! Kau jangan nak melawan boleh tak?.". Jerkahnya lantang.
"taknak abah! Janganlah....". Aku masih merayu rayu padanya.
"bagi cincin ni dekat aku!! Kau jangan banyak bunyi kalau kau taknak sakit!". Jerkahnya lagi.
"woii!!!". Jerit satu suara lantang. Kelihatan mia dan Alex bergegas keluar dari kereta dan berlari kearah kami yang sedang bergelut hebat.
Habis bergeser jariku sehingga sudah kelihatan lebam kemerah merahan.
Mulutnya menyumpah seranah apabila Alex dan mia semakin menghampiri.
" kacau daun betullah". Bentakknya kasar. Oleh itu, kami semakin bergelut hebat dan dengan tiba tiba, tangannya tertolak kuat tubuhku kebelakang sehingga aku tidak mengimbangi tubuhku. Aku jatuh dan terasa kepalaku seperti terhantuk kuat pada penghadang yang kebetulan ada disitu. Bukan itu sahaja, kakiku juga terasa begitu mencucuk sakit tatkala ini. Mungkin kaki aku terseliuh ketika jatuh tadi.
Kepala yang terhentak kuat aku pegang dengan tangan.
"imann!!! ".jerit mia kuat.
Aku lemah. Sinaran matahari yang terpancar dari atas juga membuatkan pandangan mataku menjadi semakin kabur.
Dapat aku rasakan ada cecair merah likat yang mengalir di kepalaku.
Aku tidak terdaya lagi untuk membuka mata apatah lagi untuk bangun. Hanya kedengaran suara mia, Alex sahaja yang riuh.
Tanganku bergerak memegang perutku yang juga terasa sakit tatkala ini.
"maafkan mama sayang sebab mama tak dapat jaga anak mama dengan baik".perlahan aku menuturkannya sambil mengusap perutku.
" mama tak sempat lagi nak bagitahu papa tentang sayang".
Memikirkan kandungan aku yang kemungkinan akan gugur, hatiku menjadi sebak dan air mata sedikit keluar dari kelopak mata sebelum mata terpejam rapat.
YOU ARE READING
ISTERI KIRIMAN TUHAN
RomanceCOMPLETED✔️(SECOND BOOK) "kau siapa? Nama kau apa?" - Marteen Daniall. "iman". " aku tahulah iman! Iman apa?". "iman Mikayla". "buruk nye nama kau! Nama kuno sangat tapi aku rasa nama kau ni sesuai dengan kau sebab aku tengok kau ni lembik serupa d...