SPECIAL PART: (5) 🌹

553 11 5
                                    

Seminggu kemudian.

"Wah, akhirnya sampai juga. Dah lama tak pergi bercuti macam ni" kedengara satu suara yang teruja dengan sebuah percutian.

Sedang dia sibuk mengeliat dan menikmati keindahan suasana pantai, seseorang melanggarnya.

"Haduh, tak ada tempat lain ke nak mengeliat?" kata gadis itu lantang.

"eah kau, ada aku menyusahkan kau ke? Tak ada kan?" balas lelaki tadi.

Suasana di tepi pantai itu agak tegang kerana mereka saling berbalas tenungan.

"haih.. Hatta! Insyirah! Buat apa dekat sana tu? Sini! Haish, kalau tak bergaduh, tak sah lah diorang dua ni" jerit Saera dari jauh. Yanh lain hanya tertawa melihat gelagat Hatta dan Insyirah.

Mereka berjalan menuju ke tempat penginapan mereka. Semua kelihatan teruja. Syafiq yang tadi tidur pun sudah bangun. Bulat matanya melihat sekeliling.

"apa aktiviti kita nanti?" soal Insyirah.

"hmm.. Sekarang kita rehat dulu, nanti lepas asar kita jumpa dekat tempat biasa, ok?"

"Saera, biar mama jaga Syafiq tu. Nak juga kami layan cucu kami tu" kata Datin Rosel sambil mendukung cucunya.

Saera sekadar membalas ringkas sahaja.

Sebaik sahaja masuk kedalam bilik hotel, dia menghempas badannya dikatil empuk.

"selesanya. Nak tidur kejaplah"

Idham yang terdengar kata-kata Saera pantas mendapatkannya.

"kenapa ni?" terkejut Saera bila Idhm tiba-tiba menyergahnya.

"janganlah tidur. Siapa nak teman abang?"

Saera tersenyum nipis lalu membuat isyarat 'kemari' pada suaminya.

"sini, baring sini" ujar Saera sambil menepuk pahanya. Dia mahu Idham berbaring diatas pahanya.

Dengan wajah teruja, Idham pantas bertindak.

"ei.. Dah besar pun nak mengada lagi"

"biarlah"

Mereka tertawa dan tersenyum.

Tiba-tiba Saera memulakan topik yang mengimbau masa lalu.

Mereka berbual-bual panjang.

"eah, sayang, sayang dengar tak?"

"dengar apa?"

"Syafiq"

"kenapa dengan Syafiq?"

"dia kata dia nak adiklah. Perempuan" kata Idham.

Saera terkedu. Lengan berotot Idham dicubitnya kuat.

"ei apa ni? Memandai je"

"betullah, Sayang tak nak ke?" soal Idham sambil membuat muka comel nya. Hehh..

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now